Khamis, 21 Julai 2011

UMMATAN WASATA WA KHAIRATUN UMMAH- PASCA KEGAGALAN BERSIH 2.0

UMMATAN WASATA WA KHAIRATUN UMMAH, BAHASA ARAB BRADER ... TERJEMAHAN HARFIAH DALAM BAHASA MELAYU SLANGA SAYA 'UMAT SEDERHANA & SEBAIK-BAIK UMAT'.

INI ADA KAITAN DENGAN PERBAHASAN MENGENAI PASCA KEGAGALAN BERSIH 2.0, KERANA RAMAI ANAK MUDA YANG NON-PARTISAN MASIH TERTIPU DENGAN DAKYAH KLIP VIDEO ' THE TRUTH CANNOT BE UNCOVERED'. KLIP VIDEO TERSEBUT MERUPAKAN DAKYAH YANG PALING KOTOR DAN JIJIK SERTA MERUPAKAN PERSEMBAHAN YANG SAMA TARAF DENGAN FILEM AKSI FIKSYEN TERBITAN BOLLYWOOD.

Pertama-tama juga, disentuh di sini, klip video 'THE TRUTH CANNOT BE COVERED-BERSIH 2.0' TTCBC sudah didedahkan mempunyai banyak babak-babak ajaib yang mempaparkan 'rakyat' (pendemo yang di bayar upah RM300 dizalimi dan dianiayai oleh Polis, tapi tidak pula dipaparkan bagaimana polis melayan para tahanan tersebut di pusat reman sementara di mana para tahanan mendapat makanan, minuman dan layan perubatan secara percuma sedangkan geladangan belum tentu lagi dapat layanan seperti itu.

Diberikan kepada perusuh berbayar Beershit kelebihan manafaat keraguan, adakah wajar hari ini menuntut perubahan; esuk lusa mahu tengok perubahan yang dituntut itu 100% dipatuhi ? Umum ketahui bahawa 8 tuntutan Ambiga adalah mustahil dilaksanakan tanpa pindaan kepada Perlembagaan yang memerlukan majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat. 


Jika pun ada pihak yang merasa diri mereka dizalimi kerana dinafikan hak untuk menjadi Presiden Republik yang pertama dan Perdana Menteri yang diidamkan selama ini, adakah wajar mereka membuat demonstrasi jalanan/ rusuhan jalanan terpekik terlolong disamakan dengan perhimpunan aman tanpa senjata serta solat berjemaah dan wukuf di padang Arafah?

Bukannya Ambiga tidak tahu impak perundangan 8 tuntutannya adalah mustahil dilakukan oleh SPR di atas kapasti dan kuasa-kuasa yang sedia ada tapi Ambiga sengaja membiarkan isu tersebut tergantung-gantung seperti  tergantungnya dua gunung berapitnya.Kenapa perlu mengajarkan kepada anak-anak muda Melayu Islam menjadi ganas di jalanan? Sedangkan anak India anak Cina duduk di rumah menatap laptop masing-masing?

Dengarlah apakata serorang pendakwah bebas yang terkenal di Malaysia HUSSEIN YEE.



TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa