"Bukti-bukti keterangan sampingan adalah merupakan sekelompok jaluran cahaya di dalam bilik gelap..." Kata-kata ini adalah diucapkan oleh seorang Hakim mahkamah Rayuan England di dalam penghakimannya mengenai kebolehpercayaan bukti-bukti keterangan sampingan untuk dijadikan bukti suatu kesalahan jenayah membunuh jika kesukaran mendapatkan keterangan tepat. Dalam isu kes pembunuhan Altantuya mengikut versi penyampaian Anwar Ibrahim, kita dapat melihat petanda-petanda bahawa apa yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim merupakan pembohongan yang pasti..
Kita amat hairan dan merasa ta'ajub dengan penceritaan petah Anwar Ibrahim mengaitkan Altantuya dengan DS Najib dan DS Rosmah seolah-olahnya kita sedang menonton sebuah filem dokumentari 3 D. Timbullah sebuah persoalan di benak kita, bagaimana Anwar Ibrahim boleh mengetahuinya dengan begitu terperinci? Setiap pengetahuan bermula dengan pertanyaan, begitulah para hukama' berpesan.
Ya, bagaimanakah Anwar Ibrahim boleh mengetahuinya dengan begitu terperinci? Pada hukum akal, pengetahuan terperinci mengenai seseorang hanya diperolehi jika ada hubungan yang amat intim dengan orang tersebut. Adakah keterlaluan jika kita menghukumkan mengikut hukum akal bahawa Anwar Ibrahim mempunyai hubungan intim dengan Altantuya? Sudah tentu ianya tidak keterlaluan. Hukum akal mengharuskannya.
Adakah terdapat sebarang bukti fakta yang mampu menafikannya? Sejauh ini, kita belum lagi menemui sebarang bukti yang menafikan keharusan hukum akal perhubungan intim antara Anwar Ibrahim dengan Altantuya itu wujud. Oleh itu, JS memberikan pautan-pautan ini untuk pembacaan seterusnya para pembaca yang mencari KEBENARAN dan yakinlah kebenaran itu ada dalam diri masing-masing.
Altantuya Perisik Tajaan Anwar (klboyzchannel)
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa