ADEEEHHH.. CAKETTT NYER ... MUNGKIN ITULAH YANG DIUCAPKAN OLEH KHALID G SETELAH MENERIMA TAMPARAN HEBAT AKIBAT KERAJAAN NEGERI PIMPINANNYA KALAH KES SIVIL DI MAHKAMAH BARU-BARU INI. DI BAWAH DIPETIK KESELURUHAN LAPURAN TERSEBUT DARIPADA BLOG AAKJ. TQ AAKJ! YG MEMETIK DARIPADA SUMBER THE UNSPINNERS.
KL Larut berjaya batal keputusan Exco SelangorSHAH ALAM 14 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan semakan kehakiman sebuah syarikat perlombongan untuk membatal dan mengetepikan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 6 Oktober tahun lalu yang menolak permohonan pembaharuan pajakan lombong yang dikemukakan oleh syarikat terbabit.Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Zaki Husin dalam penghakiman lisannya turut memerintahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk meluluskan permohonan KL Larut Sdn. Bhd. (KL Larut) bagi tempoh 10 tahun berkuat kuasa dari tarikh tamat lesen pajakan terdahulu iaitu pada 21 Julai tahun lalu.Beliau turut memerintahkan kesemua responden membayar kos sebanyak RM10,000.Ahmad Zaki membuat penghakiman tersebut selepas mendengar hujahan daripada pihak-pihak yang terlibat dalam kes itu.Pada prosiding hari ini, KL Larut diwakili peguam, K. Saraswathy manakala pihak responden diwakili peguam, Md. Azhari Abu Hanif.Selain Pengarah Tanah dan Galian Selangor selaku responden pertama, syarikat perlombongan itu turut menamakan Pentadbir Tanah, Daerah Kuala Selangor sebagai responden kedua.Dalam permohonan yang difailkan pada 3 Mei 2010, KL Larut turut menamakan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. sebagai responden ketiga tetapi membatalkannya pada prosiding hari ini.Dalam penghakimannya, Ahmad Zaki menyatakan, pihak berkuasa negeri mempunyai kuasa mutlak dalam urusan tanah tetapi ia perlu dilakukan dalam lingkungan undang-undang.Bagaimanapun, katanya, apabila kerajaan negeri mengambil alih tugas tersebut, ia telah menafikan hak plaintif untuk membuat sebarang rayuan pada masa hadapan.Terdahulu ketika berhujah, Saraswathy menyatakan, menurut Seksyen 66(9) Enakmen Mineral (Selangor) 2000, mana-mana syarikat yang telah beroperasi akan diberikan lanjutan pajakan secara automatik sehingga keputusan mengenai pembaharuan pajakan yang muktamad dibuat oleh Pejabat Tanah dan Galian negeri.Bagaimanapun, Md. Azhari menyatakan, keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco itu adalah betul dan tidak mala fide (berniat jahat) kerana permohonan pembaharuan itu dikemukakan selepas tempoh pajakan tamat. - Utusan Malaysia
Dalam hal ini, hakim menetapkan:
1) Keputusan Exco (MKN 36/2010) tarikh 6 Jun 2010 membatalkan kontrak KL Larut terbatal,
2) Order Mandamus supaya pajakan lombong dilanjutkan selama 10 tahun, berkuat-kuasa dari tarikh luput (dulu) 21 Jun 2011.
Kumpulan Semesta dikeluarkan dari senarai defenden kerana secara sukarela menggugurkan semua hak keatas dilombong terlibat. Dah tahu kerajaan Selangor salah dan ngaku kalah.
Keputusan semakan dibuat di mahkamah terbuka (inter parte) dgn Smesta diwakili 2 peguam dan Parit Tali dan Galian serta Pentadbir Tanah diwakili Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor.
Ini adalah 'signature & important judicial decision' against Kerajaan PKR Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa