Isnin, 11 Julai 2011

KENAPA PEDULI PUN? BERSIH BIN RUSUHAN AWAM TERANCANG.

JIKA DIZAHIRKAN ' BERSIH' INI DALAM BENTUK TUBUH BADAN MANUSIA YANG MEMPUNYA KAD PENGENALAN BIRU YANG MEMPUNYAI KEDUA IBU BAPA, ADIK BERADIK, ATOK NENEK, MAKCIK PAKCIK , SEPUPU SEPAPAT DAN MEMPUNYAI KETURUNAN YANG PASTI; NAMANYA ADALAH BERSIH BIN RUSUHAN AWAM TERANCANG. 




Keturunan sebelah bapanya, adalah DEMONSTRASI JALANAN manakala atok dan neneknya datang dari sebuah keluarga PEMBERONTAK REVOLUSIONER SOSIALIS. Keturunan sebelah ibunya pula adalah KOMUNIS NASIONALISMA manakala atok dan neneknya adalah ATHIES AGNOSTIK.

Abang sulungnya ialah seorang LEBAI MALANG di sebuah KEM MILITAN JIHADIS. Kakaknya pula adalah seorang PENGAMAL UNDANG-UNDANG & AKTIVIS INTERFAITH COUNCIL. BERSIH BIN RUSUHAN AWAM TERANCANG ialah anak bongsu.

Semenjak dia dilahirkan, dia telah di didik dan di asuh oleh seorang bibik yang diimpot khas dari AMERIKA SYARIKAT berketurunan YAHUDI SESAT BERAGAMA ZIONIS tapi berkulit hitam. Dia telah di hantar ke pra sekolah yang di taja melalui derma orangramai. 

Di pra-sekolah, BERSIH BIN RUSUHAN AWAM TERANCANG sudah diajarkan bagaimana hendak membenci pihak kerajaan. Dia turut di didik mengenal erti surga dan neraka MILITAN JIHADIS KHAWARIJ. Gurunya mengajarkannya bahawa BUGHAH DAN HIRABAH adalah KEMULIAAN PALING TINGGI terhadap kerajaan ianya sama seperti solat jemaah 5 waktu sehari semalam dan ibadat haji. Dia tahu sebut Allah swt tapi dia tak kenal agamanya ini kerana di rumah abang dan kakaknya memberitahu kepadanya bahawa ALLAH adalah milik semua agama.. Bila dia bertanyakan kepada kedua ibu bapanya, bangsa apakah dia dan apakah agamanya, kedua ibu bapanya berkata "KAMU ANAK MALAYSIA, AGAMA KAMU BILA KAMU PILIH SENDIRI PADA UMUR 18 TAHUN. KAMU TAK PERLU IKUT AGAMA PAPA DAN MAMA' Kedua atok dan neneknya pula berkata, ' AGAMA ITU CANDU BUAT MANUSIA"

Persekolahan rendahnya, dia dimasukkan ke sekolah swasta berasrama mewah dan bergaul dengan abang-abang senior. Di sini dia mula mengenali apakah yang dinamakan persetubuhan nikmat dapat anak di buang begitu saja. ' TAK SALAH! INI HAK KITA " seorang kakak senior pernah memberitahunya. Kadangkala, dia pernah melihat abang-abang seniornya melakukan 'aksi panas' di atas katil. " INI TAKDIR ADIK, BUKAN SALAH ABANG DILAHIRKAN LELAKI TAPI BERNAFSU KEPADA LELAKI JAMBU. ASALKAN HATI KITA BAIK. ALLAH TAK MARAH, DIK' Abang sulung pernah mengatakan kepadanya ' DIK, TENGOK AKSI TU BERDOSA, BUAT AKSI ITU HAK MASING-MASING. KALAU KITA MENUDUH TANPA 4 ORANG SAKSI KITA LAKUKAN KESALAHAN SYARA' YANG BOLEH DIKENAKAN HUDUD QAZAF" 

Guru-guru sekolah rendahnya memberikan layanan istimewa dan baik kepadanya dan mengajarkan kepadanya bahawa nilai keadilan itu ialah melihat apa keburukan kerajaan lakukan serta kebaikan yang kerajaan buat itu adalah tanggungjawab kerajaan dan bukan kebaikan kerajaan. Dia di suruh dan di latih kemahiran bercakap di depan awam. Dia amat fasih dan petah berkata-kata dalam semua hal dan isu walaupun dia sendiri tak mengerti apa yang dituturkannya. Apa yang dia tahu ialah persembahan mesti baik dan diakhirnya dia dapat memukau pendengarnya.

Bila BERSIH BIN RUSUHAN AWAM TERANCANG meingkat dewasa dan berada dalam alam persekolahan menengah bawah dan atas, dia mula mengenali prergaulan bebas tanpa batas dan  seks bebas tanpa sekatan. Pernah dia di tuduh memperkosa teman wanitanya oleh kedua ibubapa teman wanitanya tetapi peguam keluarganya berjaya melepaskan dia daripada pertuduhan kerana enggan memberikan sampel DNA. Teman wanitanya bersumpah laknat di dalam masjid tapi abangnya menasihatinya agar tidak bersumpah laknat kerana bersumpah ini sifat orang munafik. Dia juga mula mengenali apa itu KUASA bila dia menjadi TAIKO SEKOLAH dan KAWASAN KEJIRANANNYA. Dia juga mula belajar BIOLOGI & KIMIA dengan intensif untuk membuat pelbagai jenis dadah. Tak ketinggalann juga dia mula memahirkan dirinya dengan AKSI MOTORSIKAL. REMPIT sebagai hobi.

Setelah lulus dengan cemerlang dan terbaik mendapat 9A dalam SPM, BERSIH BIN RUSUHAN AWAM TERANCANG masuk ke sebuah IPTA yang terkenal. Di situ dia belajar berpolitik dengan begitu intensif dalam persatuan mahasiswa dan pilihanraya kampus. Dia membenci semua yang ada di sekelilingnya, dia mempercayai bulat-bulat kata-kata pensyarahnya ' KAMU ADALAH PEJUANG KEBEBASAN !' Dia semakin membenci kerajaan dan sejarah yang ada. Dia menjadikan semangat ANARKIS sebagai JIHAD. Dia mengajak rakan-rakannya menyertainya, Dia mencemuh rakan-rakannya yang cintakan KEAMANAN. 

BERSIH BIN RUSUHAN AWAM TERANCANG, kini menjadi SETPOL kepada pemimpin idolanya dalam sebuah PARTI BERTANDUK BERMATA SATU BEROKET SEBIJI BERBULAN MADU. Baginya, berjuang dan bernaung di bawah partinya itu adalah segala-gala buat dirinya, Inilah kehidupannya, inilah kecintaannya dan inilah wadah tujuan matlamat penghidupannya. Dia mempercayai dengans epenuh jiwa raganya bahawa segala kejahatan, keburukan dan kemudaratan kepada rakyat jelata adalah SALAH SISTEM.

Apabila partinya kalah teruk di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil, dia menjadi terlalu marah. Dia menyakini bahawa kerajaan telah berlaku salah, SPR bermain kotor. ' MUSTAHIL KAMI KALAH ! RAKYAT MENYOKONG KAMI!' katanya dalam sebuah ceramah jalanan walaupun yang hadir hanyalah ahli-ahli partinya sahaja. Apabila pemimpin idolanya didapati berasalah meliwat rakannya, dia mencemuh dan mendengus , ' ITU FITNAH ! ITU REKAYASA KERAJAAN ! KERAJAAN BERMAIN KOTOR!!' walaupun dia tahu pemimpinnya itu tidak pernah berani mengangkat sumpah laknat, menangguhkan kesnya berulangkali tanpa sebab yang munasabah.

BERSIH BIN RUSUHAN AWAM TERANCANG, sentiasa mempercayai bahawa kerajaan ini kotor, rasuah dan zalim walaupun dia tahu atok dan neneknya menerima bantuan kebajikan setiap bulan daripada kerajaan. Akhirnya di hujung usia BERSIH BIN RUSUHAN AWAM TERANCANG, dia dimasukkan ke dalam pusat jagaan oranggtua yang dibiayai sepenuhnya oleh KERAJAAN dan jenazahnya dirusukan oleh BADAN KHAIRAT YANG DIBIAYAI OLEH KERAJAAN YANG SELAMA INI BERSIH BIN RUSUHAN AWAM TERANCANG KATA AMAT ZALIM !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

  1. semua yang berhimpun tu bodoh2 belaka... aku pernah pangkah PAS, aku jugak pernah pangkah BN.BN pernah menang, PAS pun pernah menang.. semua sama je, jalan dpn rumah aku x berturap sejak 15 tahun dulu. Lampu jalan pun x de, kena suruh tnb pasang dan bayar bill sendiri... fikir2 la sendiri

    BalasPadam
  2. Kenapa aku ada 'terhidu' bau busuk ' BERSIH' ?

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa