Sambungan daripada artikel terdahulu mengenai BAR MALAYSIA dan MAJLIS PEGUAM, Tahukah anda bahawa mana-mana anggota MAJLIS PEGUAM boleh hilang kelayakan menjadi anggota dan ahli jawatankuasa MAJLIS PEGUAM dan mana-mana JAWATANKAUSA BAR NEGERI di bawah perenggan (a) - (c)(i)(ii)(iii) , sub-seksyen 1, seksyen 46A di mana PEGUAM NEGARA diberikan kuasa untuk membuat keputusan muktamad yang tidak boleh dipersoalkan dan dipertikaian di dalam mana-mana mahkamah Sekarang buka minda seluas-luasnya mengenai perkara ini,
Seksyen 46A APG 1976 mempunyai tiga sub-seksyen, tiga perenggan dan tiga sub-perenggan. Sila lihat gambar seksyen yang berkenaan, terutamanya sekali mengenai kawasan berpetak kuning.
Adalah jelas, semua anggota pimpinan MAJLIS PEGUAM adalah dilarang samasekali memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana kesatuan sekerja; mana-mana parti politik; atau apa-apa kua pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia yang mempunyai tujuan atau menjalankan aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai berjenis, bercorak atau berbau politik atau diisytiharkan oleh PEGUAM NEGARA dengan perintah yang disiarkan dalam Warta sebagai suatu pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang mempunyai tujuan itu atau menjalankan aktiviti itu.
Secara tersirat ianya juga merupakan larangan perundangan MAJLIS PEGUAM terlibat dalam mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang mempunyai tujuan dan menjalankan aktiviti tersebut.
Apakah yang dilakukan oleh MAJLIS PEGUAM pada hari ini dengan mengambil tindakan proaktif memfailkan HABEAS CORPUS bagi pembebasan 6 tahanan EO dan mempertikaikan keputusan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA merupakan suatu tindakan yang tidak menyalahi peruntukan di atas dan kuasa-kuasa serta fungsi-fungsi yang disebutkan di dalam seksyen-seksyen 41. 42, 46A, 56 & 57 APG 1976?
Tidakkah selama ini penganjuran dan pelbagai aktiviti yang berbau politik sentiasa dianjurkan oleh MAJLIS PEGUAM yang menyalahi APG 1976? Sejak 2008 anggota pimpinan MAJLIS PEGUAM sentiasa menganjurkan ceramah-ceramah yang berbau politik dan menyokong kuat semua program-program politik pembangkang. Masih belum cukupkah buktinya ? Dalam rumah mereka sendiri pun mereka tidak BERSIHKAN inikan pula hendak mengotorkan dan mencampuri hal ehwal kerajaan, Sedor lah diri tu sikit.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa