Rabu, 6 Julai 2011

AMBO TABEK HURMAT KEPADA SUARA KEAMANAN MAHASISWA !


Semasa melayari youtube dan mencari-cari maklumat mengenai sekumpulan anak muda prihatin Malaysia yang berstatus mahasiswa menamakan diri mereka sebagai SUARA KEAMANAN MAHASISWA , saya merasa sungguh terharu dan amat berbangga sekali dengan mereka kerana mereka tahu menilai erti KEAMANAN yang dikecapi selama ini. Inilah LOGO MEREKA, mereka mempunyai akaun FB.




manakala di bawah ini adalah hasil karya agung mereka MENYUARAKAN MESEJ KEAMANAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA




Dalam video di atas yang di rakam oleh mereka sendiri, mereka berusaha menyebarkan risalah ANTI BERSIH kepada orangramai dan usaha mereka ini sememangnya patut menerima pujian dan penghargaan yang amat tinggi. Ini membuktikan bahawa tidak semua mahasiswa menyokong RUSUHAN AWAM TERANCANG BEERSHIT.

Saya menyeru para pembaca budiman saya dan juga para pembaca setia blog-blog rakan-rakan saya yang pro BN/ UMNO silalah berikan suntikan semangat kepada SUARA KEAMANAN MAHASISWA ini di atas usaha mereka dan silalah klik 'Suka' kepada klip video tersebut di youtube dan meninggalkan komen-komen yang memberikan sejuta peransang kepada mereka kerana mereka di cemuh di maki di hina dan diperlekehkan oleh kumpulan mahasiswa lain yang bercita-cita hendak jadi hero Anarkis Revolusiner Sosialisma Ekstrimis seperti Che Guevara, Rashid Mydin dan Abdullah bin Ubai. 

Mereka SUARA KEAMANAN MAHASISWA merupakan golongan mahasiswa dan anak muda yang BERANI MENONGKAH ARUS PENGARUH PEER GRUP mereka. Dalam arus kerasokan dan keamukan rakan mereka yang terpengaruh dengan semangat ANARKIS REVOLUSIONER SOSIALISMA EKSTRIMIS, mereka berakit-rakit mudik ke hulu mahu suara KEAMANAN mereka di dengar, mahu kehendak mereka diketahui dan mahu mengatakan kepada RAKAN-RAKAN MEREKA YANG LAIN BAHAWA KEAMANAN ITU LEBIH PENTING DARIPADA MENCARI KEADIWIRAAN MENUMBANGKAN KERAJAAN YANG DI SANGKA ZALIM DAN INILAH SEBENARNYA TUNTUTAN DALAM AGAMA ISLAM YAKNI MENYERU MANUSIA KE ARAH PERDAMAIAN DAN MENYINTAI KEAMANAN.

KAMI MENYOKONG PENUH USAHA BAIK ANDA 
SYABAS MERE BETHEY !

TEPUK DADA TANYA IMAN

1 ulasan:

  1. terima kasih tuan atas sokongan dan kata2 semangat yang diberikan. segala pengorbanan dan perjuangan kita diharap diberkati. semoga allah terus mengekalkan semangat perjuangan ini. selamat berjuang.

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa