Kini sudah ada Kelab Pencinta UDA HOLDINGS untuk mempertahankan kepentingan Agenda Bumiputera dan membetulkan segala persepsi salah mengenai Nur Jazlan dan halatuju UDA HOLDINGS. Kami ingin bercakap dengan penuh sopan santun serta mengikut akal yang waras, emosi tiada tempat dalam penulisan kami.
1. Isu mengenai UDA HOLDINGS boleh dibahagikan kepada 2 persoalan pokok yang utama:-
(a) Kegagalan UDA HOLDINGS sebelum ini sepertimana dakwaan para pengkritik bersopan santun dan berniat baik kepada UDA HOLDINGS serta kesalahan yang dibebankan ke atas pengerusinya Nur Jazlan yang baru setahum memegang jawatan pengerusi UDA HOLDINGS dikambinghitamkan oleh pengkritiknya,
(b) Teks ucapan ikhlas pengerusi UDA HOLDINGS yang dikatakan mahu memandu UDA HOLDINGS keluar daripada menjayakan Agenda Bumiputera, antara lain, :-
(i) Mengenai realiti pembeli optima dalam pasaran hartanah di negara ini.
(ii) Mengenai usahanya mahu memberikan gambaran UDA HOLDINGS di lihat sebagai pemaju hartanah yang membuka penjualan dan penyewaan aset hartanah UDA HOLDINGS kepada semua pembeli optimum tanpa menjejaskan Agenda Bumiputera.
PENJELASAN WARAS TANPA EMOSI.(iii) Memilih untuk mengumpul kekuatan Dana dalam memperkasakan kewangan UDA HOLDINGS agar dapat menjayakan Agenda Bumiputera untuk generasi akan datang.
2. Peranan UDA HOLDINGS sebagai sebuah GLC yang diberikan amanah menjayakan Agenda Bumiputera masih diteruskan dan dijayakan cuma UDA HOLDINGS bertransformasi kerana sudah ramai bumiputera di bandar menjadi Pembeli Optima dalam pasaran terbuka hartanah di negara ini.
3. Kementerian Kewangan masih lagi relevan di dalam setiap keputusan Ahli Lembaga Pengarah UDA HOLDINGS dan di pantau oleh SPRM. bagi membersihkan kembali dan menaikkan kembali imej kompetitif UDA HOLDINGS. Tidak timbul isu mengenai pengautan kekayaan secara peribadi oleh mana-mana ahli lembaga pengarah UDA HOLDINGS dalam mana-mana projek UDA HOLDINGS.
4. Tidaklah perlu bagi UDA HOLDINGS menyahut cabaran mana-mana pihak yang bersalah sangka dengan UDA HOLDINGS dan pengerusinya kerana jika di sahut dibimbangkan akan mendatangkan 'aib besar pula kepada syarikat-syarikat bumiputera yang gagal mengemukakan dan memenuhi syarat-syarat terma Rujukan yang diberikan oleh UDA HOLDINGS. Ini akan menjejaskan pula peluang syarikat-syarikat tersebut bagi melobi pakej-pakej lumayan daripada EICEC.
5. Pemilihan AHLI LEMBAGA PENGARAH UDA HOLDINGS adalah lantikan daripada Kementerian Kewangan dan sudah tentulah mereka akan memilih orang-orang yang benar-benar berkelayakan dan mempunyai keupayaan membawa UDA HOLDINGS ke arah puncak kejayaan. Adalah sesuatu yang mustahil Kementerian Kewangan tidak tahu apa yang dilakukan oleh AHLI LEMBAGA PENGARAH UDA HOLDINGS dan adalah mustahil Kementerian Kewangan tidak tahu mengenai kesebelasan syarikat Bumiputera yang telah membida bersama EICEC.
Pada masa ini, memberikan Kerjasama Erat kepada UDA HOLDINGS adalah langkah yang betul dan lebih bermanafaat untuk bersama-sama menjayakan AGENDA BUMIPUTERA di bandar-bandar utama. Agenda Bumiputera bukan hanya dalam skop sempit pemberian awad kontrak pembangunan kepada syarikat bumiputera, mana yang layak saja lah.
Bersama-sama bantu membantu, itulah yang Terbaik buat semua pihak. Meletakkan kesalahan ke atas seseorang hanya kerana tidak berpuashati dan mengikut emosi tidak akan membuahkan sebarang hasil positif ke arah menjayakan AGENDA BUMIPUTERA. Kritikan membina adalah dialu-alukan. TEPUK DADA TANYA IMAN.
salam untuk ahli kelab pencinta uda holdings. dengan penuh sopan santun, ingin mengulas komen yang diberi. memang benar lantikan pengerusi, pengarah urusan dan pengarah adalah oleh mof. tidak dinafikan bahawa kesemuanya berkaliber. tapi bagi kes nur jazlan dan jaafar, kedua duanya membuat keputusan sebahagian besarnya atas kepentingan peribadi. apa yang jaafar buat dah terbongkar. cuma belum disiasat oleh sprm, tetapi terus meletakkan jawatan dgn tuntutan gila. kebodohan jaafar dieksploit sepenuhnya olah nur jazlan dgn mewar warkan kedudukan aliran tunai uda seolah olehnya terlalu tenat dan kalau tak jual tanah jsi dan bbcc, uda akan bankrap atau tidak mampu membantu melaksanakan agenda bumiputra. hutang uda diperbesarkan di dalam media tapi tak nampak pula di dalam p&l dan balance sheet uda, pengerusi tu akauntan. jaafar telah selamat dikebumikan dari uda tersayang. tapi masih ada lagi satu penyamun yg lebih cerdik dari jaafar dgn maharajalela menganugerahkan kontrak kontrak secara direct nego tapi dgn jumlah setiap satu tidak melebihi 10 juta. tak lah bising org luar tapi dari dalam tertanya tanya. kebiasaanya sekiranya terdapat masalah aliran tunai, perbelanjaan dikawal dan hutang hutang dikutip. pendekatan melaksanakan projek dikaji dan fokus kepada projek yg menjana aliran tunai masuk. tapi sebaliknya berlaku. mungkin sbb beneficiaries projek tersebut nombor talipon bermula dari 07-Xxx xxxx. maaf sekiranya terkasar bahasa dan tidak bersopan berdasarkan anggapan.
BalasPadampesanan buat kelab pencinta uda holdings. sekiranya diteruskan usaha memuji nur jazlan yg korup ni, kami dengan penuh sopan santun akan memberi versi dari perspektif dalaman bersama sama dengan fakta fakta yang terbukti kesahihan. harap jangan dijolok tebuan manja.
BalasPadam