Cepat-cepat lah membaca entri terkini matkilaupenang yang memberikan fakta yang sungguh mengejutkan mengenai perbezaan besar antara jumlah penduduk di Pulau Pinang dengan jumlah pengundi berdaftar.
1. Betul apa yang mat kilau penang tulis dalam blognya mengenai jumlah perbezaan yang begitu ketara antara jumlah penduduk Melayu di Pulau Pinang yang melebihi penduduk Cina tetapi jumlah pengundi berdaftar Cina melebihi pengundi berdaftar Melayu. Hairan bin Ajaib! Mungkin ada seorang pemimpin veteran di Utara sepatutnya lebih peka mengenai isu ini daripada sibuk bising tidak dapat projek sebagai habuan.
2. Seterusnya, matkilaupenang juga mempertikaikan kenapa peruntukan sejumlah RM4 juta bagi kepentingan Melayu hanya digunakan untuk urusan pentadbiran? Sudah jadi terlalu mahalkan kos pengurusan di Pulau Pinang? Apapun kita tunggu sajalah pendedahan selanjutnya olej matkilaupenang kerana dia yang timbulkan isu tersebut.
3. Apapun terimakasih kepada matkilaupenang yang telah bekerja keras dan memberikan kepada kita maklumat yang sungguh memeranjatkan mengenai perbezaan jumlah penduduk Melayu dengan Cina antara jumlah pengundi berdaftar Cina dengan Melayu di Pulau Pinang. DAP simpan pengundi hantu kot dan ada pemimpin veteran di Utara terlalu sibuk mengenai agenda Melayu di luar sehingga terlupa hendak tengok dalam negerinya sendiri.
Agenda Melayu bukan suatu agenda untuk dijadikan sebarang batu loncatan kepada mana-mana pihak persendirian dalam menunjukkan kejantanan ayamnya. Agenda Melayu adalah untuk Melayu agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk smaa rendah tanpa perlu melakukan diskriminasi terhadap kaum lain. Jangan jadi macam Hanna Yeoh yang keliru mengenai bangsa anaknya, TEPUK DADA TANYA IMAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa