Rabu, 22 Jun 2011

CAMPURTANGAN KUASA ASING- SEJARAH YANG BERULANG KEMBALI.

  1. Tanah Melayu pernah terjajah akibat persengketaan sesama sendiri di mana puak-puak yang bersengketa meminta pertolongan dan membuat Perjanjian yang di tulis dalam Bahasa Ingeris / Bahasa Belanda / Portugis.  PIhak yang menang mahupun yang kalah masing-masing gigit lidah dan jari jemari kerana tertipu dek kuasa asing. Akhirnya, Menang Sorak Kampung Tergadai dek kerana itulah mungkin timbulnya cerita rakyat LEBAI MALANG, SI LUNCAI, PAK KADUK dan PAK PANDIR.

  2. Setelah merdeka, keturunan Lebai Malang, Si Luncai, Pak Kaduk dan Pak Pandir masih ada. Sebelum merdeka, keturunan Lebai Malang tubuhkan PAS dan keturunan Pak Pandir menyertai Parti Komunis Malaya dengan nama Rejimen ke 10. Setelah merdeka, Lebai Malang terus menerus mendesak sana sini dan mula mendapat perhatian daripada kuasa asing.

  3. Tiba-tiba muncullah Si Luncai di Ceruk Tok Kun. Si Luncai ini pandai berpura-pura. Masuk ABIM, tunjuk alim. Masuk UMNO tunjuk lagak hero dan ramai juga berubah jadi Si Luncai terikutkannya. Akhirnya Si Luncai terjun dengan kes liwat nya dan salahguna kuasa masuk Sg Buloh selama 6 tahun.

  4. Ntah bagaimana boleh lepas si Luncai ini dan bermulalah episod warisan Mat Jenin nak tawan Putrajaya. Lebai Malang , Si Luncai dan Pak Kaduk pun bergabung dan ramailah menjadi Pak Pandir mengikuti mereka. Ada juga dalam UMNO terikut-ikut jadi pandir. 

  5. Sejak Si Luncai terlepas, maka kuasa-kuasa asing digunakan untuk campurtangan dalam hal-hal yang menajdi dendam kesumat Si Luncai, Lebai Malang dan Pak Kaduk kepada UMNO. Kerajaan Perancis dan Switzerland dijadikan pertaruhan. Ulama muktabar seperti Sheikh Yusuf Al Qardawi di tipu hidup-hidup. 

  6. Pengaduan yang di buat oleh Si Luncai kepada kerajaan Perancis dan Switzerland mengenai dakwaan Rasuah kapalselam Scorpene dan Balak merupakan usaha Si Luncai membawa masuk campurtangan asing ke dalam negara. Apabila usaha Si Luncai, Lebai Malang dan Pak Kaduk gagal, mereka mahu adakan BEERSHIT untuk melepaskan Si Luncai daripada kesalahan jenayah seksual meliwat seterusnya sebagai jalan pintas memenuhi angan-angan Mat Jenin menawan Putrajaya. 
Begitulah peel Si Luncai, Lebai Malang dan Pak Kaduk hendak membawa masuk Uncle Sam, Lady Liberte ke dalam urusan negara hanya kerana mereka berdendam kesumat kepada UMNO. Lalu mereka hasut anak-anak muda agar jadi pewaris Luncai, Lebai Malang dan Pak Kaduk. Terjunlah mereka dengan Mat Jeninnya. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa