Ahad, 26 Jun 2011

5 HAK JALANAN & PERKARA 10 PERLEMBAGAAN,

PERKARA 10 PERLEMBAGAAN menyatakan dengan jelas:-

1. Hak Bersuara
2. Hak berhimpun secara Aman Tanpa SENJATA. (anggota Tubuh Badan juga senjata)
3. Hak Berpersatuan.

Namun, perenggan 4, Perkara 10 meletakkan batasan yang wajar diikuti agar hak-hak yang disebutkan di dalam Perkara 10 tidak di SALAHGUNAKAN & DISELEWENGKAN YANG BERNIAT JAHAT OLEH PIHAK TERTENTU.

Kesemua sistem perundangan di dunia mengakui dan menerima Pandangan bahawa TIDAK ADA HAK MUTLAK. Perseimbangan antara HAK INDIVIDU dengan HAK KEPENTINGAN AWAM bagi menjamin ketenteraman dan keselamatan nyawa, hartabenda dan maruah orang awam. Pandangan ini selari dengan ajaran dan nilai ISLAM.


Dalam hadis di atas, dapatlah kita memahami bahawa ada 5 HAK JALANAN yang wajib dipatuhi yakni :-

1. Menundukkan pandangan.
2. Jangan Menganggu.
3. Jawab salam orang yang lalu
4. Menganjurkan kebaikan
5. Mencegah mungkar.

Menerimapakai 5 HAK JALANAN dan PERKARA 10 PERLEMBAGAAN Malaysia dengan merujuk kepada PERKARA 3 dan PERKARA 8. Amat jelaslah bahawa , HAK BERHIMPUN SECARA AMAN WAJIB MEMATUHI kesemua peruntukan PERLEMBAGAAN dan hadis Nabi s.a.w. tersebut. Ini termasuklah segala ayat-ayat Al Qur'an berkenaan dengan tingkahlaku di jalanan. 

PERSOALAN.

1. Berdasarkan kepada fakta dan maklumbalas yang terpapar di laman-laman sosial seperti di facebook. twitter, Tagged dan blog yang pro kepada Perhimpunan BEERSHIT 2.0, mereka mempamirkan niat dan maksud mahu meneladani serta meniru demonstrasi jalanan yang bergolak di Timur Tengah.

2. Tiada JAMINAN LISAN mahupun secara bertulis dalam kapasiti RASMI diberikan oleh Pengajur Beershit 2.0 bahawa kesemua perkara yang disebutkan sebelum ini akan dipatuhi.

3. Tiada juga JAMINAN KESELAMATAN & KETENTERAMAN awam diberikan.

4. Tiada juga sebarang kenyataan bahawa Penganjur Beershit mampu mengawal emosi para peserta dan tidak akan berlaku sebarang kekacauan.

5. Kalau dah berhimpun sehingga melebihi 100 000 orang adalah MUSTAHIL TIDAK AKAN BERLAKU KESESAKAN DAN GANGGUAN KEPADA ORANG AWAM, PALING TIDAK AKAN MENGGANGGU ORANG YANG LALU LALANG DAN KENDERAAN SERTA PARA PENIAGA.

TEPUK DADA TANYA IMAN.


2 ulasan:

  1. klu p'gnjur xdpt bg jaminan xyah la wt demo k..wt semak kt jln rya je...

    BalasPadam
  2. kat malaysia, even xd demo pun xd ny nak jawab salam, kerajaan siap kasi wat kemungkaran. judi, arak, pelacuran, kelab. ye x ye? :D:D:D:D

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa