Khamis, 12 Mei 2011

WAJIB BACA: JEFF OII & DAP, POLEMIK DALAMAN DAP.

Rakan bloger JS , rbf telah mendedahkan 1 analisa terbaik mengenai Isu Agenda Kristian yang di bawa oleh bloger bebas Zakir bigdotcom. Sebelum itu, papa gomo turut membidas Zakir bigdotcom atas isu yang sama. Malah sebelum daripada itu, 2 entri JS juga turut mempersoalkan samada isu tersebut benar-benar asli atau ada Agenda Tersembunyi. Daripada kesemua entri dan analisa, didapati bahawa Isu tersebut sememangnya ada Agenda Tersembunyi yang bermatlamatkan serampang berbagai mata.

Gambar Kredit RuangBicaraFaisal [rbf]


1. Bloger rbf mempersoalkan dari manakah Zakir bigdogdotcom memperolehi maklumat tersebut ? Jawapannya ada dalam gambar di atas dan berdasarkan kepada analisa kenyataan Jeff Oii yang mengatakan bahawa beliau sedang sibuk dengan iPad beliau di waktu kejadian. Menurut rbf lagi, secara logik dan kewarasan akal, sudah tentulah Zakir bigdogdotcom memperolehi maklumat itu daripada seseorang yang hadir dalam majlis tersebut dan sudah tentulah si Jeff Oii. Ini diperkuatkan lagi dengan fakta bahawa keduanya adalah bersahabat baik sebelum PRU 12 dalam sebuah perkumpulan bloger termasuk gambar di atas. Baca selanjutnya di sini Ruang Bicara Faisal.

2. Persoalan seterusnya ialah kenapa Jeff Oii berbuat begitu ? Menurut rbf, Jeff Oii berbuat demikian  kerana 

Pertama : Mungkin di dorong oleh rasa tidakpuashatinya dengan ikrar tersebut memandangkan beliau seorang penganut Buddha (disahkan sendiri oleh Jeff Oii bahawa dia adalah seorang penganut Buddha)

Kedua:, Di samping menghentam dan mencantas rakan DAP lain yang membawa agenda tersebut, Jeff Oii mampu meraih publisiti untuk dirinya tanpa disyakki oleh rakan-rakan DAPnya.

Ketiga:   Isu ini mampu menjatuhkan maruah para bloger pro BN yang amat ditakuti oleh Pakatan Jahat PASDPKR sekaligus menjadikan grup bloger Zakir bigdogdotcom sebagai grup mendominasi pasukan siber Barisan Nasional. Isu ini mampu memecahbelahkan dan menimbulkan isu lain yang membawa kesan buruk kepada bloger pro BN lain dengan kerajaan Barisan Nasional.

Keempat:   Kerajaan Barisan Nasional mampu diugut dan diletakkan dalam keadaan serba salah bagi mengoyahkan kembali kekuatan Barisan Nasional yang kini semakin kukuh.

3. Jadi jelaslah bahawa Isu Agenda Kristian ini sebenarnya adalah Isu Polemik dalaman DAP sendiri. Wujudnya percanggahan dan diskrimasi kuat antara ahli dan pemimpin DAP yang beragama Kristian dengan yang bukan beragama Kristian. Ini menunjukkan bahawa DAP sedang mengalami pertelingkahan dalaman yang begitu serius sehinggakan Jeff Oii meminta bantuan rakan blogernya dahulu untuk talian hayat. di samping  menjuarai Isu ini tanpa disyakki oleh musuh politiknya di dalam DAP. Begitu liciknya permainan dan helah politik adu domba Jeff Oii dan bloger Zakir bigdogdotcom ini.

Zakir sepatutnya di soal siasat oleh Polis dengan segera termasuk Jeff Oii dan kepada rakan-rakan Jeff Oii di dalam DAP, berapa lama lagi agaknya PEKUNG dalaman DAP ini bakal meletup? Anwar sudah semakin rimas dan menyampah dengan DAP. Tepuk Dada Tanya Iman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa