Kelompok Pundekkutty Rakyat (PR) menyebarluas fitnah ke atas DS Rosmah mencampuri urusan rasmi kerajaan dan menguasai DS Najib tapi mereka terlupa mengenai Wan Jijah isteri kecundang kepada Anwar Aljuburi. DS Rosmah hanya kata Wanita Pertama tapi Wan Jijah Presiden Utama Pundekkutty Keromok Rakyat (PKR) 1 Fitnah dan 1 Fakta.
Datuk Dr Rosli Mat Hassan (Pok Li Dungun)
Ketua UMNO Bahagian Dungun
Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA.
1. Pok Li dengan selamba sahaja menempelak kelompok Pundekkutty Rakyat (PR) dalam isu DS Rosmah menurut laporan Papa Gomo yang mengikuti laporan Klpos.com . Pok Li Dungun atau nama sebenarnya Datuk Dr Rosli Mat Hassan, Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM) merangkap Ketua UMNO Bahagian Dungun, Terengganu di petik menyanggah dakyah fitnah jahat mengenai DS Rosmah berkata seperti berikut:-
Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Datuk Dr. Rosli Mat Hassan menyangkal pandangan sesetengah pihak terutamanya Pembangkang yang cuba bermain api dengan menuduh serta mengaibkan Isteri Perdana Menteri dalam mencampuri urusan Kerajaan.Beliau mendakwa apa yang dilakukan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu tanggungjawab dan amanah seorang isteri Perdana Menteri yang bukan hanya bertindak sebagai pengiring suami ke Majlis-Majlis keramaian mahupun lawatan ke luar Negara.Datin Seri Rosmah kata beliau seorang wanita yang mempunyai Visi dan Misi tersendiri dalam melahirkan generasi baru yang lebih berdedikasi dan bertamadun. Melalui penubuhan PERMATA, memperlihatkan ketelusan beliau dalam mendidik anak-anak Malaysia ke arah berilmu dan berdaya maju di masa akan datang.Datuk Rosli yang juga Ketua UMNO Bahagian Dungun turut mempersoalkan tindakan Pemimpin-Pemimpin PKR pimpinan Anwar yang mendakwa Datin Seri Rosmah seorang isteri yang bertindak mencampuri urusan suaminya.Isteri Presiden UMNO ini tidak pernah mempersoal apatah lagi mengawal pentadbiran Negara. Beliau platform isteri Perdana Menteri dengan bergiat aktif dalam NGO PERMATA yang memfokuskan didikan kanak-kanak agar dapat menjamin masa depan golongan ini.Wan Azizah kata Datuk Rosli merupakan individu yang sewajarnya diserang kerana bukan sahaja berjawatan tertinggi di dalam Parti, malah menggunakan platform politik semata-mata untuk memperkuat kuasa suami sendiri.
2. Jadi jelaslah, daripada penerangan dan penjelasan yang diberikan oleh Pok Li Dungun, peranan yang dimainkan oleh DS Rosmah hanyalah setakat sebagai Wanita Pertama dan tidak mencampuri langsung urusan rasmi kerajaan mahupun mempengaruhi DS Najib.
3. DS Rosmah pun tahu batas sempadan peranan yang dimainkan olehnya dan adalah mustahil DS Rosmah tidak tahu batas sempadan. Kita bertuah dan beruntung mempunyai DS Rosmah yang bergiat membantu usaha-usaha murni kerajaan melalui NGO PERMATA. Rakyat tidak perlu resah gelisah dan takutkan DS Rosmah, dia bukan polong tapi dia mahu menolong.
4. Tapi rakyat perlu risau dan resah dengan peranan yang dimainkan oleh Wan Jijah isteri kecundang Anwar Aljuburi termasuk juga anak perempuannya si Nurul Izzah. Wan Jijah dan Nurul Izzah bukan mahu menolong sebaliknya mereka jadi polong belaan Anwar Aljuburi.
Muahahahahha , padan muko puak Pundekkutty Rakyat kena sound baek punyerrr oleh Pok Li. amat jarang pemimpin UMNO mempertahankan kehormatan dan maruah DS Rosmah seperti Pok Li Dungun lakukan. Syabas Pok Li Dungun. TEPUK DADA TANYA IMAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa