Rabu, 4 Mei 2011

PDRM Sila Umumkan Hasil Siasatan, Wan Jijah Tidak Sabar Menunggu Lelama!



1. Kasihan sungguh isteri mithali lagi taat setia kepada Aljuburi, Kak Wan Jijah. Agak lama dia menunggu hasil siasatan PDRM berkenaan pengesahan identitas Lelaki Y dalam video salahlaku seksual Aljuburi. Adalah mustahil bagi Kak Wan Jijah untuk mengesahkan lelaki Y dalam video salahlaku seksual Aljuburi adalah suaminya sendiri sudah tentu dia akan menafikannya. Namun jauh di lubuk hati sanubari Kak Wan Jijah menanti pengumuman pihak ketiga seperti PDRM untuk disambutnya dengan penuh ceria dan gumbira sekaligus melepaskan dirinya dari cengkaman Aljuburi yang amat menzalimi dan menguris hati Kak Wan Jijah. Baca seterusnya di blog papagomo http://www.papagomo.com/2011/05/pdrm-main-silap-mata-ke-bila-nak.html








2. Sejauh ini, PDRM telah mengesahkan dan rakyat sudah teramat arif perkara-perkara berikut:-

(a) ketulinan video itu disahkan.

(b) identiti China Doll sudah dikenalpasti adalah seorang pelajar warga China.

(c) China Doll telah memberi keterangan secara sukarela kepada PDRM.

(d) pengesahan oleh pakar penyiaran Korea mengesahkan secara kaedah Biometrik, lelaki Y mirip Anwar

(e) Bloger Papagomo telah dipanggil memberikan keterangan

(f) Datuk Eskay telah dipanggil memberi keterangan 

(g) Datuk Eskay telah memberikan sampel DNA

(h) Anwar juga telah dipanggil dan memberikan keterangan. 

(i) Datuk Eskay telah bersumpah laknat dalam masjid.

(j) Datuk Eskay telah menyahut cabaran Ujian Poligraf daripada Husam Jamnapuri

(k) Jam Omega masih belum dikemukan oleh Wan Jijah.

(l) Sehingga sekarang Aljuburi masih tidak menyaman Datuk T






3. Rakyat pun telah mendapat akses meluas melihat kebenaran video salahlaku seksual Aljuburi dan begitu yakin 100% bahawa lelaki Y dalam video salahlaku Aljuburi adalah Anwar Ibrahim mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Umum PKR yang berangan-angan hendak jadi PM Malaysia. 

KESIMPULANNYA, PDRM HENDAK TUNGGU APALAGI? SEMUA ORANG KAMPUNG SUDAH PUN TAHU. UMUMKANLAH IDENTITI LELAKI Y. PDRM WAJAR BELAS KASIHAN KEPADA KAK WAN JIJAH. AKHIRILAH PENANTIAN YANG MENYIKSAKAN DAN PENDERITAAN KAK WAN JIJAH SELAMA INI, DENGARLAH JERITAN BATIN WAN JIJAH WAHAI PDRM !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa