PARLIMEN BELIA bakal dilancarkan dalam masa terdekat membeuka lembaran baru para belia Malaysia memilih dan mengundi wakil-wakil kepercayaan mereka untuk menyampaikan hasrat dan cita-cita mereka kepada kerajaan. Semua usul bakal diberikan pertimbangan oleh kerajaan.
1. TERIMAKASIH KEPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK, kerana berjaya melakukan Transformasi dalam kerajaan Barisan Nasional dan menyandarkan polisi Transformasi kepada para beliawan serta beliawanis Malaysia, walaupun di benci oleh pihak pembangkang satanisma DAPKRPAS.
2. Dalam ucapan perasmian HIMPUNAN BELIA 1JUTA PUTRAJAYA pada hari ini, YAB DS Najib Razak memberikan penghidupan kepada para beliawan dan beliawanis Malaysia dengan membuka 2 peluang terbesar buat golongan tersebut. Pertama, penubuhan Parlimen Belia dan kedua penyediaan Tapak Belia di Putrajaya.
3. Golongan para beliawan dan beliawanis wajiblah mengambil bahagian dalam 2 rencana terbesar buat mereka nanti apabila ianya dilaksanakan. Dalam masa yang sama diharapkan penubuhan dan kerangka 2 rencana terbesar tersebut disertai sepenuhnya oleh golongan belia.
4. Bercakap mengenai golongan belia, bakal terlintas di fikiran kita mengenai takrifan BELIA digunapakai selama ini di Malaysia. Setakat ini, di Malaysia , golongan belia ditakrifkan sebagai mereka yang berada dalam julat umur 15- 40 tahun. Sudah tiba masanya takrifan disemak kembali dan diberikan penakrifan baru.
5. Sewajarnya, pengelasan bagi mereka yang berada dalam julat umur 13 tahun dan di bawah 40 tahun dikelaskan mengikut julat umur seperti berikut:-
(a) Julat umur 13 tahun - 19 tahun - Belia Remaja. Tahun Perkembangan 7 tahun
(b) Julat umur 20 tahun - 29 tahun - Belia Dewasa Tahun Perkembangan 10 tahun
(c) Julat umur 30 tahun - 39 tahun - Belia Matang. Tahun Perkembangan 10 tahun
Julat-julat umur yang diberikan merupakan tempoh masa kritikal dalam pembinaan Modal Insan. Pada tahap-tahap tertentu pembentukan sahsiah diri dan perwatakan dapat dikembangkan dengan baik tanpa menjejaskan bakat-bakat semulajadi yang ada dalam diri mereka.
6. Sesi pertama Parlimen Belia mengusulkan bantahan kepada aksi Anwar Ibrahim di Siam berdasarkan kepada klip video di bawah ini. Selamat menonton.
Golongan Belia di Malaysia amat perlu diberikan perhatian dan suara mereka di dengar. Pendapat mereka dipertimbangkan dan memberikan peluang dan ruang luas kepada golongan ini untuk berkembang maju dalam segala bidang. TEPUK DADA TANYA IMAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa