HULU LANGAT, MEI 22, 2011. Kejadian Tanah runtuh yang melibatkan sebuah rumah anak yatim Madrasah Hidayah At Taqwa di Sg Semungkis, Hulu Langat meragut banyak korban. Kejadian ini amat menyayat hati. Kita semua bersedih di atas kehilangan saudara-saudara seagama dan sebangsa yang terkorban. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah swt dan diberikan tempat yang baik di sisi Nya. Alfatihah dan takziah.
1. Bukan niat hendak membanggakan dan memperbesarkan bantuan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional yang berbentuk wang tunai sejumlah RM10,000.00 bagi setiap keluarga mangsa beserta tanggungan percuma kos rawatan tetapi sekadar menyampaikan kepada rakyat Malaysia mengenai keprihatinan kerajaan Barisan Nasional. Amat bertuah rakyat Malaysia mempunyai sebuah kerajaan dan pentadbiran Eksekutif yang prihatin selama ini.
2. Begitulah yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin semasa melawat tempat kejadian, kerajaan akan menunggu laporan penuh siasatan berhubung tragedi itu sebelum memutuskan langkah seterusnya. Beliau berkata, kejadian malang itu mungkin berpunca daripada keadaan tanah yang tidak stabil dan hujan lebat.
“Saya telah mengarahkan Datuk Seri Noh Omar (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk menguruskan segala urusan berkaitan kejadian ini,” katanya Dalam pada itu, Muhyiddin merakamkan ucapan takziah kepada semua waris mangsa kejadian malang itu. Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut merakamkan ucapan yang sama.
“Turut merakamkan ucapan takziah dan simpati, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah,” katanya. Selain itu, beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan.
3. Kepada sesiapa yang berminat dan berniat untk berderma, silalah mengunjungi laman Facebook 'TANAH RUNTUH SG SEMUNGKIS' semua butiran ada diletakkan di situ.
Tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional di atas keprihatinan. Ternyata, kerajaan Barisan Nasional ini membuktikan komitmen mereka dari masa ke semasa. Bukalah mata wahai rakyat. Tepuk Dada Tanya Iman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa