TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
Kerajaan Barisan Nasional mahu membawa negara dan rakyat ini ke arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi. Adakah kita rakyat marhaen sudah bersedia ke arah itu? Pada era Tun Dr Mahathir dalam dekad 80an dan 90an, orang Melayu terlalu sibuk mempersoalkan itu dan ini, menolak kemajuan ihktisas tidak mahu menerima perubahan enggan berdegil tidak mahu merebut peluang-peluang yang ada sebaliknya lebih banyak memikirkan perkara-perkara remeh temeh dan bersangka buruk Akibatnya, kaum lain mengambil peluang-peluang yang ada dan meninggalkan orang Melayu jauh ke belakang. Kini dalam menghadapi cabaran hebat pada alaf baru, ADAKAH KITA BERSEDIA ATAU MASIH MAHU BERDEGIL DAN BERKERAS KEPALA YANG MENGAKIBATKAN KITA DAN GENERASI KITA RUGI SEPANJANG MASA ?
1. Semasa Tun Dr Mahathir hendak membina jambatan Pulau Pinang, orang Melayu mencuih bibir dan menuduh Tun Dr Mahathir hendak membazirkan wang. Tidak ada orang Melayu berebut dan mengambil peluang menjadi syarikat konsesi mengutip tol jambatan Pulau Pinang mahupun menjadi pemaju perumahan di kawasan sekitar. Kini jambatan yang dulunya dikatakan sebagai Gajah Putih tidak mencukupi buat Pulau Pinang. Kawasan sekitarnya menjadi makmur dan maju, tapi Melayu di mana ? Melayu tertinggal kerana Melayu tidak mahu mengambil bahagian bukan kerana salah kerajaan.
2. Bila Putrajaya di bina, perkara yang sama berlaku tapi lihatlah sekarang betapa pentingnya Putrajaya malah kawasan sekitarnya turut membangun pesat. Mujurlah ada sedikit orang Melayu sedar dan merebut peluang yang ada. Adalah bahagian orang Melayu dalam kemajuan tersebut.
3. Projek Kereta Nasional menjadi cemuhan dan kejian. Akhirnya, orang Melayu dapat peluang pekerjaan dan menjawat jawatan-jawatan tertinggi dalam Proton. Ramai anak Melayu menjadi kaya raya kerana projek Proton ini, Barulah dapat orang Melayu memiliki kereta.
4. Selepas itu, muncullah golongan pertengahan Melayu. Peluang-peluang pekerjaan yang banyak tapi pemikiran kebanyakan Melayu masih lagi belum sampai ke tahap yang memuaskan. Walaupun sudah ada bilangan orang Melayu berjaya dalam serba serbi tapi tidak ramai yang menjadi penjana semula kekayaan dan kemewahan. Juga tidak ramai yang memberanikan diri menjadi pencetus dan peneroka kekayaan baru.
5. Mengitar dan menjana semula kekayaan adalah penting bagi memacu terus ekonomi serta memastikan pembahagian lebihan kekayaan diseratakan kepada pihak yang belum memperolehinya dalam sistem kerangka pengagihan kekayaan. Kita sudah sepatutnya sampai ke peringkat menjadi pencetus, peneroka, penjana dan pengitar kekayaan agar kekayaan lebihan dapat diagihkan dan di urustadbir dengan lebih cekap sesama kita. Barulah kita tidak perlu mengejar kekayaan kemewahan dan kemajuan keranalah KITALAH KEKAYAAN KEMEWAHAN DAN KEMAJUAN.
Kita mestilah menanam semangat untuk menjadi ORANG HEBAT. Hukum alam menetapkan bahawa untuk menjadi HEBAT, anda mestilah berfikir HEBAT, bertindak HEBAT dan bersama kelompok HEBAT. KEHEBATAN anda adalah kerana orang sekeliling anda adalah orang-orang HEBAT belaka dan kerana anda mempertuhankan yang MAHA HEBAT. Terjemahkanlah KEHEBATAN itu agar AGAMA BANGSA dan NEGARA menjadi TERHEBAT kerana mempunyai rakyat HEBAT seperti anda. Lakukanlah ! Tepuk Dada Tanya Iman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa