TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
Kita sering mendengar ungkapan Rakyat Marhaen, Rakyat di Bawah. Miskin Bandar, Rakyat Berpendapatan Rendah dan pelbagai istilah yang cuba mengambarkan keadaan rakyat jelata. Sejauhmanakah kefahaman kita mengenai istilah-istilah tersebut? Apakah yang tergambar dalam kotak fikiran kita bila istilah-istilah itu diperkatakan? Pernah anda mendengar mengenai POLISI AWAM? atau KEPENTINGAN AWAM? Sejauhmanakah dan seberapa dalamkah pengetahuan dan kesedaran kita mengenai segala hal dan keadaan yang berlaku di sekeliling kita? Apakah kemampuan kita menyerap , mencerna, memahami dan mengerti semua maklumat yang kita perolehi. Seterusnya, menterjemahkanya ke dalam tindakan yang di sebut sebagai POLISI AWAM dan KEPENTINGAN AWAM.
1. EDISI SARAPAN SENAMAN MINDA DAN AKAL pada hari ini mengajak para pembaca memikirkan mengenai kefahaman pengistilahan yang disebutkan di awal sebelum ini. Apakah yang kita faham? Di petik di sini pendapat Aziz Othman bekas Ketua Statistik Malaysia dalam kerta kerjanya The Role of Statistics in Factual-Based Policy-Making :-
sila ke pautan ini untuk teks penuh AZIZ OTHMAN- JABATAN STATISTIK NEGARA
Public policy is regarded as a product of government or the
administrative system. It is often not seen by the layman asthe expression of a democratic process, expressed throughthe political system and democratic institutions. There is anapparent disconnection. Policy is often seen as somethingdelivered to the public rather than emanated from the public.
Terjemahan bebas:
Polisi Awam dianggap sebagai produk kerajaan atau sistem pentadbiran. Pada kebiasaan orang kebanyakan tidak memandangnya (Polisi Awam) sebagai penterjemahan proses demokrasi, diterjemahkan melalui sistem politikal dan institusi demokrasi. Wujudnya pemisahan yang jelas.Polisi adalah sesuatu yang di pandang sebagai penyampaian dari kerajaan kepada orang awam dan bukannya sesuatu yang datang dari orang awam.
2. ' Polisi adalah sesuatu yang di pandang sebagai produk kerajaan yang datang dari kerajaan dan bukan datang daripada orang awam' Ini ada benarnya. Kesedaran kita dalam berusaha mempengaruhi proses membuat Polisi Awam amat jauh berbanding dengan kaum Cina. Ini ada kaitan dengan MAKMAL NKRA dan segala pintu yang dibukakan oleh pentadbiran DS Najib bagi menampakkan dan mengubah persepsi orang awam bahawa setiap polisi yang di buat oleh kerajaan bukan lagi datang dari kerajaan tetapi ianya adalah datang dari denyut nadi rakyat. Malangnya, sejauhmana pula penglibatan orang awam? Mana orang miskin dan golongan rakyat yang selalu diperkatakan sebagai terpingigr dalam menyuarakan hasrat hati mereka? Jadi masih salah kerajaan ?
3. Bandingkan dengan pentadbiran Rejim Toghut Satanisma PASDAPKR yang selalu menjerit KETELUSAN, AKAUNTABILITI DAN KREDIBILITI tapi sejauhmanakah penterjemahan slogan tersebut diamalkan oleh mereka? Jawapannya ialah TIDAK ADA! Pentadbiran Rejim Toghut Satanisma PASDAPKR tidak ada makmal untuk orang awam menyertai proses polisi awam yang di buat oleh pentadbiran mereka. Buku Jingay adalah produk pentadbiran Rejim Toghut Satanisma PASDAPKR dan bukan datangnya dari rakyat jelata.
Fikirkanlah, Rejim Toghut Satanisma hanya bermain slogan tapi tidak berupaya menterjemahkan apa yang mereka slogankan. Benar kata DS Najib, puak toghut Satanisma PASDAPKR hanya menjual mimpi dan slogan kosong. Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar aktif dalam menagmbil bahagian di makmal-makmal NKRA, selalulah memberikan maklumbalas. Kepada pihak yang diamanahkan menjaga makmal-makmal NKRA, anda lakukan dengan penuh tanggungjawab sebarkan kepada semua. Pilihkan pentadbiran yang telah melakukan Transformasi dalam pentadbirannya berbanding puak saudagar mimpi dan slogan kosong. TEPUK DADA TANYA IMAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa