Sabtu, 14 Mei 2011

EDISI SARAPAN: Khianat.


EDISI INI SEPATUTNYA KELUAR PADA HARI RABU, TETAPI KERANA BLOGGER SEDANG DIKEMASKINI, PADA HARI IN BARULAH DAPAT DIKELUARKAN,

Khianat adalah sifat terkeji, tercela dan terhina dalam semua sifat-sifat mazmummah. Khianat ialah pecah amanah, sifat tidak jujur, menjual rahsia kawan kepada lawan, menikam kawan daripada belakang dan sifat berpura-pura baik di hadapan tapi lain di belakang dan memutuskan kesetiakawanan, mengadu domba. Takrifan paling mudah ialah Sifat Kawan Makan Kawan dan Tikam Belakang. Inilah sifat paling merbahaya dalam sesebuah organisasi. 

1. Semua orang tahu, sebab sebenar kekalahan Barisan Nasional pada PRU 12 ialah kerana SIFAT KHIANAT . Sifat Khianat ini semakin ketara apabila Anwar bin Ibrahim dibebaskan dari penjara. Ini kerana semasa Anwar bin Ibrahim berada di dalam penjara, terlalu banyak aset-aset berada di dalam tangan orang-orang Anwar bin Ibrahim. Buku 50 Dalil Kenapa ANwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri adalah BENAR.

2. Apabila grup-grup berkepentingan mula mengkhianati perjuangan kelompok yang tidak berkepentingan, itu sudah amat melampau. Kelompok yang tidak berkepentingan ini hanya bermatlamat untuk mengalahkan Pakatan Jahat PASDAPKR. Mereka mahu memastikan KEMENANGAN BESAR berada di pihak BARISAN NASIONAL serta mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO dan BARISAN NASIONAL.

3. Kembali semula mengupas apakah sifat-sifat khianat ini, lihat di bawah:-

(a) Tikam Belakang.
(b) Memburukkan kawan di belakang
(c) Menabur fitnah terhadap kawan di belakang
(d) Bermuka-muka
(e) Ambil kesempatan untuk meraih keuntungan diri sendiri
(f) Membocorkan rahsia kawan kepada pihak musuh
(g) Menjual nama kawan untuk keuntungan diri sendiri
(h) Menjatuhkan kawan untuk menaikkan dirinya sendiri dan kumpulannya
(i) Berjanji tai memungkiri.

4. Dalam memastikan dan menentukan sesuatu perbuatan itu adalah Khianat atau tidak, terlalu banyak faktor perlu dipertimbangkan. Kita tidak boleh menuduh sembarangan secara rawak sembrono kerana perbuatan itu juga adalah KHIANAT.

KHIANAT adalah perbuatan yang amat jahat. Lihat saja contoh Kg Buah Pala dan Kg Sg KErandang Hulu Selangor di mana para penduduk kampung yang dikhianati oleh Rejim Pakatan Jahat PASDAPKR. Adalah benar, Rejim Pakatan Jahat PASDAPKR merupakan Pengkhianat Utama Rakyat Malaysia. Fikirkanlah. Tepuk Dada Tanya Iman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa