EDISI SARAPAN SENAMAN MINDA & AKAL pada kali ini membicarakan mengenai KEKUATAN, kekuatan adalah penting kerana tanpa kekuatan apa yang ada pada kita? Sudah tentu yang ada hanya Kelemahan. Dengan kekuatan , kita menguasai dan tanpa kekuatan kita dikuasai.
1. Ada berapa banyak kekuatan yang kita tahu ? Umumnya ada 2 jenis kekuatan iaitu KEKUATAN ROHANI dan KEKUATAN JASMANI. Apakah dia Kekuatan Rohani dan Kekuatan Jasmani? Pada hari ini istilah Rohani dan Jasmani ramai yang kurang faham dan kurang jelas maksudnya. Masakini, Rohani di sebut Spiritual dan Jasmani sebagai Fizikal.
2. Kekuatan Ruhani / Spiritual ialah perkara-perkara ghaib yakni tiada nampak oleh kedua biji mata tapi dirasai oleh kita, Agak berat juga nak diterangkan. Ringkasnya, Kekuatan Ruhani ialah Lisan/ Kalam, Akal, Penglihatan dan Pendengaran. Sumber kekuatan Ruhani ialah 'Keyakinan' manakala suisnya ialah 'Perasaan' penggeraknya ialah 'Semangat'. Cukup setakat itu,
3. Kekuatan Fizikal, semua orang maklum. Kekuatan Fizikal digerakkan oleh Kekuatan Rohani, Menguatkan Kekuatan Rohani maka Kekuatan Fizikal menjadi kuat. Setakat itu saja. Pada hari ini, Pakatan Jahat menggunakan Kekuatan Lisan dan Kekuatan Akal untuk menguasai kekuatan rakyat. Semakin besar pengaruh mereka ke atas rakyat semakin besar kekuatan mereka.
4. Mutakhir, barangsiapa yang mempunyai Kekuatan Lisan yang ampuh mampu menguasai keyakinan, semangat dan perasaan (Kekuatan) rakyat. Barangsiapa menguasai 'Kekuatan Rakyat' akan dapat KEKUASAAN MEMERINTAH.
5. Tiada ada kekuatan yang lebih kuat daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kekuatan Pakatan Jahat PASDAPKR kerana adanya Kelemahan. Jadi fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia. Kepada pihak siapakah yang anda akan meletakkan kepercayaan anda untuk diberikan Kekuatan anda yang mana kekuatan anda itu menjadi Kekuasaan Memerintah. Jika anda memilih Pakatan Jahat PASDAPKR, anda sendiri tahu siapakah yang paling kuat antara mereka itu, iaitu DAP. Mahukah anda dikuasai oleh DAP BERKUASA ? Fikirkanlah.
MAHUKAH KITA DIKUASAI ? ATAU MAHUKAH KITA MENGUASAI ? JIKA DAP BERKUASA, KITA AKAN DIKUASAI. JIKA BARISAN NASIONAL BERKUASA, DAP AKAN DIKUASAI. FIKRKANLAH, ADALAH LEBIH BAIK KITA MENGUASAI DARIPADA KITA DIKUASAI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa