1. EDISI SARAPAN SENAMAN MINDA DAN AKAL, kita berbicara mengenai BERLAKU 'ADIL. Apakah takrifan 'Adil ? Tanyalah soalan ini kepada 1 billion manusia, anda akan dapat jawapan yang berbeza tapi sama. Pada takrifan awam [bukan umum] 'adil bermakna apa yang jiran anda ada itu sepatutnya anda ada. Inilah adalah takrifan mengikut hawa nafsu.
2. Mustahil sesuatu benda itu adalah bersifat sama dan berzat sama. Zat manis gula tidak sama dengan zat manis cokelat dan gula-gula. Zat manis pada wajah seseorang gadis sudah tentulah tak dapat dirasai oleh lidah sepertimana lidah merasai zat manis gula dan segala yang berzat manis. Ambil saja tebu manis yang di tanam di bibir oleh Anwar bin Ibrahim dengan Khalid bin Ibrahim. Zat manisnya pun akan berbeza dirasai oleh halwa telinga pendengar.
3. Adakah kita berlaku 'Adil apabila kita mengatakan bahawa sepatutnya manis tebu di bibir Anwar Ibrahim mestilah sama dengan manis tebu di bibir Khalid Ibrahim ? Sudah tentu tidak. Apatah lagi bila kita membicarakan mengenai 'Adilnyal sesuatu perkara itu. 'Adilkah Anwar Ibrahim mengatakan bahawa mahkamah tidak berlaku 'adil kepadanya? Atau Anwarlah yang tidak berlaku kepada sesiapa pun selama ini dan setiap kebaikan yang ditunjukkan olehnya dia mengharapkan balasan yang melebihi daripada kebaikan yang diberikan.
Teringatkan di dalam Al Quran ada menyatakan kunci kepada berlaku 'adil ialah bersabar di atas apa saja yang menimpa dan kunci sabar ialah redho. Kunci redho ialah tawakkal. Tepuk Dada Tanya Iman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa