1. ASSALAMU-ALAIKUM WARRAHMATULLAHI WA BARAKATUH dan SELAMAT 1 MALAYSIA, kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik pakcik-pakcik dan adik-adik semua, senaman minda dan akal kita pada pagi ini ialah mengingati betapa luasnya 'ilmu Allah Subhanahu wa Ta'ala.
2. Perumpaan yang diberikan dalam Al Qur'an mengenai keluasaan 'ilmu Allah Subhanahu wa Ta'ala yang tidak terbatas ialah jika semua lautan di bumi dijadikan tinta untuk menulis Kalam Allah Subhanahu wa Ta'ala niscaya kering air laut masih belum dapat menulis kesemua Kalam Allah Subhanahu wa Ta'ala walaupun di tambah lagi 7 lautan, tidak mengapa, tambah lagi 7 lautan yang sama, niscaya kering juga tapi Kalam Allah Subhanahu wa Ta'ala masih belum kering.
3. 'Ilmu manusia ini hanya ibarat setitik air dalam lautan berbanding dengan 'ilmu Allah Subhanahu wa Ta'ala. Bayangkanlah betapa luasnya 'ilmu Allah Subhanahu wa Ta'ala ini. Tidak terjangkau dek akal fikiran kita hendak membayangkannya walaupun diberikan perumpaan-perumpaan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.
4. Begitu jugalah akan segala hukum hakam yang terkandung dalam Al Qur'an kerana Al Quran ini Kalamullah. Jika bukan ahlinya membicarakan hukum hakam dalam Al Qur'an jangan dibicarakan. Begitulah keadaannya seperti pepuak Pakatan Jahat PAS DAP PKR termasuk terkini Tian Chua yang cuba hendak mempersoalkan sah atau tidak Sumpah Mubahalah yang dilakukan oleh Datuk T. Siapa mereka ini dan layakkah mereka membicarakan sesuatu yang mereka bukan ahlinya? Fikirkanlah
PAKATAN JAHAT PAS DAP PKR SEWENANG-WENANGNYA MENUDUH ITU DAN INI SEDANGKAN 'ILMU MEREKA INI ADALAH SEBAHAGIAN KECIL DARI SETITIK AIR DI LAUTAN. TIDAK PERNAHKAH MEREKA FIKIR BAHAWA SELAMA INI MEREKA MENIPU DIRI MEREKA SENDIRI DAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA? MEREKA MENYEMPITKAN ISLAM BERDASARKAN KEPADA RUNTUNAN HAWA NAFSU MEREKA DAN BERANI MENDAKWA APA YANG ADA DI SISI MEREKALAH YANG BENAR DAN BETUL SERTA DATANG DARIPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA. TIADA MALUKAH MEREKA?
1 MALAYSIA 1 MATLAMAT
Hebat bro...hakikat yang sering terlepas pandang oleh setiap lapisan manusia..terutama para 'ulamak' dan 'cerdik pandai'.Nauzubillah..
BalasPadam[Peringatan ALLAH swt.menghindar riak dan takkabur , kepada mahluk ciptaannya ]
wallahuwa'lam