Rabu, 18 Mei 2011

CONTOH KEMATANGAN- KES DOMINIQUE STRAUSS-KAHN RAKAN BAIK ANWAR IBRAHIM.



Rakan Baik Anwar Ibrahim 
Pengarah Urusan IMF
Dominique Strauss-Kahn
Dominique Strauss-Kahn (kanan) dengan ditemani peguamnya Ben Brafman mendengar tuduhan di Mahkamah Jenayah Manhattan, New York. — Foto Reuters 
NEW YORK, 17 Mei — Hakim sebuah mahkamah New York meletakkan Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn dalam reman berhubung tuduhan melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja wanita hotel. 

Strauss-Kahn akan muncul semula di mahkamah Jumaat ini. 

Laporan Reuters menyebut, pendakwa raya berhujah yang mereka khuatir ketua IMF itu akan berlepas ke Perancis jika dibebaskan dengan diikat jamin. 

“Tuduhan-tuduhan dan tingkah laku sangat serius,” kata penolong peguam daerah John “Ardie” McConnell. 

McConnell menyifatkan ketua IMF itu sebagai seorang yang ‘berisiko pesawat’ — boleh meninggalkan ke Perancis dan bertegas Strauss-Kahn perlu diletakkan di lokap. 

Peguam-peguam pembela berkata Strauss-Kahn telah menafikan segala tuduhan ke atasnya. 

Strauss-Kahn dibawa keluar dari pesawat dalam penerbangan ke Paris Sabtu lalu (awal pagi kelmarin, waktu Malaysia) dan dikenakan tuduhan jenayah seksual, cubaan merogol dan kurungan secara tidak sah — skandal yang dilihat akan menjejaskan harapannya bertanding pemilihan presiden Perancis tahun depan. 

Tuduhan-tuduhan itu juga mencetuskan persoalan sama ada Strauss-Kahn berupaya untuk meneruskan jawatan tugas dan tanggungjawabnya di IMF yang berpejabat di Washington. 

Laporan media lain menyebut penyiasat New York juga memberi tumpuan ke atas laporan-laporan lain sebelum ini. — Agensi / TMI 


1.  Di Malaysia, Anwar bebas mengatakan bahawa sistem kehakiman tidak bebas dan tidak boleh memanggilnya untuk membela diri, malah mengutuk dan mencela Badan Kehakiman sebagai Black Justice dan berbagai cacian. Nasibnya lebih betuah daripada rakan baiknya, Dominique Strauss-Kahn yang ditahan dan dimasukkan ke dalam lokap serta passport antarbangsanya di tahan pihak berkuasa, sedangkan Anwar Ibrahim bebas ke sana ke mari. 

2. Barisan peguambela Dominique Strauss-Kahn [ DSK] juga amat bertamaddun dan menghormati sistem perundangan mereka dan akur kepada apasaja perintah Mahkamah tanpa mengomel sepertimana barisan peguambela Anwar Ibrahim lakukan di sini walaupun ada di antara mereka menjadi Ahli Parlimen Malaysia. 

3. Buatlah perbandingan antara layanan yang diterima oleh Dominique Strauss-Kahn dengan Anwar Ibrahim dalam kes masing-masing yang melibatkan dakwaan kesalahan jenayah seksual walupun DSK dituduh melakukan hubungan seksual tanpa kerelaan dengan seorang wanita manakala Anwar lebih sikit dari DSK, di dakwa meliwat. Anwar Ibrahim lebih bebas berbanding rakannya itu. Fikirkanlah.

Jelaslah kepada kita, dalam kes Anwar Ibrahim, dia mendapat layan istimewa berbanding dengan rakannya DSK, pengikut Anwar Ibrahim boleh bersorak dan menjerit serta merosakkan ralling manakala barisan peguambela Anwar menunjukkan sikap tidak matang berbanding dengan barisan peguambela Domininque Strauss-Kahn. Tepuk Dada Tanya Iman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa