Khamis, 28 April 2011

X-KLU-SIXTY TWO: Terkini, Aljuburi Maki Wartawan Di Balai Polis Dang Wangi.

1. Mengikuti blog MALAY DELIMA klik disini untuk pembacaan lanjut ANWAR IBRAHIM MAKI WARTAWAN DI BALAI yang melapurkan melalui sumber KLPOS.COM kilk disini untuk bacaan selanjutnya klpos.com/news  yang membuat Lapuran Asal bahawa Aljuburi telah dipanggil memberikan keterangandi Balai Polis Jalan Dang Wangi petang tadi di temani oleh Wan Jijah, Nurul Izzah, R Sivarasa sebagai peguam, Nik Nadzmi dan Tian Chua telah mengherdik dan memaki wartawan semasa kleuar dari Balai Polis Dang Wangi apabila di soal mengenai DNA.


Gambar ini Ihsan Malay Delima

Gambar ini Ihsan KLPOS.com
Perhatikan, Wan Jijah bersarung Tangan dan tidak mengenggam erat tangan Al Juburi Seperti Biasa. Ada apa-apa tak Kena Ke Ni?

2. Papagomo pula melapurkan Dato' Eskay bakal bersumpah laknat dan mencabar Aljuburi turut serta. Baca di sini PAPAGOMO . Menurut papagomo yang memetik The Malaysian Insider, Dato Eskay dipetik sebagai berkata (sebahagian petikan)
Shazryl berkata beliau akan membuat sumpah laknat itu selepas solat Jumaat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini dan mencabar Anwar untuk turut serta. 


Menurut Shazryl, hanya beliau sahaja yang akan melakukan sumpah laknat, namun dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim akan hadir dan solat Jumaat bersama-sama sebelum melakukan sumpah laknat. 
 “Hanya saya sahaja yang akan membuat sumpah laknat, kalau diperlukan mereka (Rahim dan Shuib) akan buat juga. 
“Saya juga ingin mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut. 
“Sesungguhnya segala tindakan kami berasaskan kebenaran dan memenuhi kepentingan rakyat, akhir sekali dengan nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak-anak cucu kita, saya dan rakan-rakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan tersebut,” kata Shazryl.
Saya sangat mengenali Anwar secara peribadi, maka saya percaya beliau tidak akan berubah, malah tidak menyesal dan insaf terhadap perbuatan terkutuk yang beliau lakukan mengikut nafsu dan kerakusannya walaupun menghadapi pelbagai tuduan beliau tidak pernah bertaubat. 
“Malah beliau tidak sedikit pun serik atau rasa bersalah untuk mengulangi perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan syariat Islam,” katanya. 
Untuk teks penuh sila layari The Malaysian Insider. dan blog Papagomo.


BEGITULAH KEADAANNYA ALJUBURI, ALAH MALU ... DI TELAN MATI KATAK DI LUAH MATI AKAL. DI CABAR BERSUMPAH OLEH DATO' ESKAY. TIADA MALUKAH ALJUBURI BERBOHONG?



1 MALAYSIA menanti seterusnya ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa