Jumaat, 29 April 2011

Tidak Ada Sebab Munasabah AMK Merusuh Di Ruang Utama Solat Dalam Masjid

1. AMK sudah menunjukkan kebiadapan melampau. AMK tidak menghormati masjid ini bermakna AMK tidak menghormati tempat ibadah orang Islam sekaligus AMK melakukan kesalahan menghina agama Islam, menghina Sultan Selangor, menghina Perlembagaan Malaysia, menghina umat Islam, menghina Hari Jumaat, menghina Rasullullah s.a.w dan menghina Allah Subhanahu wa Ta'ala.

2. Kebiadapan AMK ini merupakan wajah sebenar PKR. Adakah slogan KETUANAN RAKYAT yang dilaungkan oleh mereka bermakna Kebebasan Merusuh Di Tempat Ibadah? Sama-sama kita fikirkan dan renungkan betapa AMK ini diasuh dan dididik menjadi Perusuh Tempat Ibadah. Adakah ini yang kita mahukan?

3. AMK dan PKR wajib dipertanggungjawabkan di atas tindakan rusuhan mereka ini. Tiada kelonggaran dan kemaafan boleh diberikan kepada mereka kerana mereka sudah merusuh di masjid dan tidak mustahil mereka merusuh di kuil, gereja dan mana-mana tempat ibadah rakyat Malaysia yang lain. Ini amat merbahaya kepada ketenteraman Awam. AMK telah menjadikan Tempat Ibadah tidak selamat untuk para penganut agama untuk beribadah.

INSIDEN RUSUHAN OLEH AMK DI MASJID INI MEMBUKA MATA KITA SEMUA BETAPA PKR MENDIDIK ANAK-ANAK MUDA MUDI KITA MENJADI GANAS TIDAK TERKAWAL. INI ADALAH SAMA SEPERTI TINDAKAN NAZI DI BAWAH HITLER YANG MENDIDIK KETAKSUBAN MELAMPAU KEPADA PARTI POLITIK DAN BERSIFAT GANAS. INI ADALAH PENZAHIRAN IDEA-IDEA HITLERIAN. RUPANYA, GUAN ENG DAN SEKUTUNYA YANG MENGAMALKAN IDEA-IDEA HITLERIAN INI.


NADI RAKYAT MENGECAM KERAS RUSUHAN DI MASJID AMRU AL AS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa