Selasa, 26 April 2011

KAUM CINA MULA MERASA TERPINGGIR DAN TERANCAM. (1)


PENUBUHAN MALAYSIA, 13 MEI 69 & DEB.
Permulaan Ketidakpuashati Kaum Cina.

1.  Pada pra dan pasca kemerdekaan 1957, kaum Cina hanya diwakili oleh MCA sebagai pelindung dan adiwira kaum Cina di Malaya. Apabila soal Kerakyatan dapat diselesaikan, secara otomatis perjuangan BINTANG 3 melalui Parti Komunis Malaya gagal total meraih sokongan orang Cina.

2. Namun, apabila kemasukan Singapura ke dalam Malaysia pada 1963 yang menyaksikan PAP sebuah parti politik kaum Cina yang juga membawa Gagasan Nanyang haluan Koumintang yang membawa slogan Malaysia Malaysian bermulalah kemuncak pemisahan dan peralihan sokongan kaum Cina dari MCA ke PAP.

3. Kini keberadaan PAP dilihat sebagai alternatif penaung kepada kaum Cina. Pertikaman lidah hangat sering terjadi di dalam Parlimen dalam tahun 1963. 1964 dan 1965. Perlu diingati, Singapura tidak merdeka melalui Malaysia tetapi Singapura merdeka setelah berjaya mendapat kuasa autonomi terhad daripada British pada tahun 1959. 

4. PAP berkuasa penuh di Singapura selepas mengalahkan Parti Buruh Singapura dan ini berlaku kerana kemasukan Singapura ke dalam Malaysia. Menjadi 1 tandatanya yang begitu serius ialah tidak diketahui secara terperinci dan mendalam bagaimanakah perhubungan PAP dengan MCA pada waktu itu.

5. Seterusnya, apabila UMNO cuba mengembangkan pengaruhnya di Singapura, langkah ini di lihat sebagai ancaman kepada kepentingan kaum Cina di Singapura. PAP melawan dengan melancarkan kempen Malaysia Malaysian.

6. Hasilnya ialah Gagasan Nanyang Raya diberikan nafas baru oleh PAP dalam bentuk Kebenaran Fiktif yakni menentang kezaliman dan penindasan kaum Cina di bawah konsep perkongsian kuasa Perikatan dan kerangka Perlembagaan Malaysia. Hak Istimewa Bumiputera menjadi sasaran utama.

7. Hasil gerakan PAP ini melahirkan parti multi-rasial seperti GERAKAN tapi didominasikan oleh kaum Cina. Pemisahan Singapura dari Malaysia bukanlah pengkhianatan UMNO kepada Melayu sebaliknya tindakan ini menjejaskan momentum Gagasan Nanyang Raya kerana sokongan kaum Cina mula beralih arah ke PAP.

8. Pada tahun 1965, apabila Singapura dipisahkan dari Malaysia, cawangan PAP di Malaya ditukarkan menjadi DAP. Kini, dengan munculnya GERAKAN dan DAP, penguasaan MCA semakin berkurangan kerana tidak lagi di lihat sebagai penaung dan tidak berdaya melindungi kaum Cina. 

9. Apabila DAP dan GERAKAN berjaya menang dan menguasai Selangor dan Pulau Pinang pada tahun 1969, semasa perarakan kemenangan tersebut, berlakulah kejadian menghina dan mencela orang Melayu secara terang-terangan. Ini membawa tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. MCA pada masa itu, hilang sokongan majoriti kaum Cina dan tidak dapat berbuat apa-apa bagi mengekang gelombang kebangkitan emosi kaum Cina terhadap Perikatan.

10. Selepas 13 Mei 1969, berlaku pertukaran kepimpinan dalam UMNO, dan GERAKAN beralih sokongan dan menyertai BARISAN NASIONAL kerana tidak mahu lagi menjadi ultra seperti DAP yang mengakibatkan kaum Cina terancam. Pemisahan GERAKAN dengan DAP ini, menyebabkan kembalinya sokongan kaum Cina kepada MCA tetapi MCA terlepas Pulau Pinang buat selama-lamanya.

11. Walaupun begitu ini menambahkan bilangan perwakilan kaum Cina dalam kerajaan kerana kini kaum Cina diwakili oleh 2 kelompok iaitu GERAKAN dan MCA. Manakala, DAP semakin kehilangan pengaruh. Ini kerana pada tahun-tahun selepas 1969, kaum Cina berasa selesa dan aman disebabkan mempunyai perwakilan yang ramai dalam kerajaan melalui GERAKAN dan MCA.

12. Namun begitu, kaum Cina merasa dikhianati oleh GERAKAN dan MCA apabila mereka menyetujui perlaksanaan polisi DASAR EKONOMI BARU yakni polisi menstruktur semula masyarakat bagi mengimbangi jurang besar di antara kaum Cina dengan Melayu dan India. 

BERSAMBUNG SEBENTAR LAGI. DAH TERLALU PANJANG, ORANG MALAYSIA SUKA BACA PENDIK-PENDIK SAJA.


1 MALAYSIA jangan lupa Sejarah

1 ulasan:

  1. interesting... mesti di kongsi sama dengan blog yang lain

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa