Selasa, 26 April 2011

GUAN ENG DAKWA MELAYU TAK SOKONG BARISAN NASIONAL .. BUKTIKANLAH GUAN ENG ! BUBARKAN DUN SELANGOR, PULAU PINANG,KEDAH, KELANTAN

1. Diketahui bahawa dalam 100 janji Pakatan Jahat PAS DAP PKR dalam Manisfesto mereka pada PRU 12 lalu, boleh di bilang dengan jari berapakah sudah tertunai.Malah, Guan Eng di asak begitu hebat kerana pentadbirannya yang begitu pincang tugas. Tahukah anda Guan Eng masuk ICU kerana tertekan emosi? Untuk pengesahan sila email bloger empayarpemuda, matkilaupenang dan M.i.M serta Pisau.net.

Gambar ini Ihsan GAP.

2. Mengikuti blog Gerakan Anti-PKR, GAP dalam entri bertajuk Guan Eng Kata Melayu Tak Sokong Kerajaan yang mengulas mengenai kenyataan gementar Guan Eng bagi terus menipu dirinya sendiri berkenaan Gelombang Peralihan Sokongan majoriti rakyat dari Pakatan Jahat ke Barisan Nasional.

3. Pentadbiran DS Najib berjaya mengembalikan semula sokongan rakyat kepada Barisan Nasional melalui polisi-polisi berteraskan Transformasi dan mula menunjukkan komitmen tinggi bermula dengan NKRA, NKEA, ETP. MEB dan 1 MALAYSIA. Satu persatu tembok pemisah yang dibina oleh Pakatan Jahat roboh.

4. Kembali kepada persoalan asal tajuk mengenai kenyataan Guan Eng. Guan Eng sedar bahawa sokongan majoriti rakyat sudah kembali semula kepada Barisan Nasional dan hanya sebahagian kecil pengundi Cina yang masih mempercayai pembohongan Pakatan Jahat PAS DAP PKR dan ini bakal berubah pula bila pengundi Cina mulai sedar bahawa pengasingan dari Melayu bakal merebahkan semua penguasaan mereka dalam bidang ekonomi, mana ada tauke yang hendak rugi.

Bersambung pada jam 9.30 a.m

DAP BERUSAHA UNTUK MENGASINGKAN PENGUNDI CINA DARI MENYOKONG BARISAN NASIONAL DAN MENYAKINKAN MEREKA BAHAWA JIKA MENGUNDI DAP PUN, KEPENTINGAN DAN KEBAJIKAN MEREKA TETAP TERJAGA DI BAWAH KONSEP 1 MALAYSIA, DALAM ERTIKATA LAIN, DAP MENGAKUI KEBERKESANAN POLISI TRANSFORMASI 1 MALAYSIA PENTADBIRAN DS NAJIB. 



1 MALAYSIA mahukan Perpaduan bukan Pengasingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa