Jumaat, 22 April 2011

BIAR DAP SAJA CAUVINIS-RASIS ..... UMNO KEKAL MULTI-RASIS.

        

"Saya harap ia tidak berlaku.... Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik...jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," 


 

"Itu pendapat peribadi penulis yang berkenaan tetapi daripada segi kerajaan kita sudah ada gagasan yang cukup jelas dan kita akan teruskan usaha kita. Dan, bagi orang Melayu, yang penting sekali mereka sokong Umno kalau hendak bersatu daripada segi politik," 




In the 13th national general elections, we should avoid any multi-cornered contests which can only benefit the Barisan Nasional and for this reason, I would even suggest that DAP and SNAP should seriously consider a merger of the two political parties to accelerate Iban/Dayak political awakening following the 416 Sarawak general elections.”

1.  Gerakan 1 Melayu 1 Bumi yang diseru oleh PERKASA sebagai Tindak Balas Ofensif terhadap Percaturan Politik cauvinis rasis DAP yang kini sedang mempergiatkan usaha pengasingan komuniti Cina dari arus perdana masyarakat Malaysia bagi memecahkan dominasi BARISAN NASIONAL.

2.   Walaupun bukan semua pengundi komuniti Cina menyokong dasar dan polisi cauvinis rasis DAP, namun siapa yang mahu ketinggalan dalam percaturan politik DAP yang mahu menjadikan Dominasi Cina sebagai Mutlak dan bersifat Agresif? Jika anda seorang Cina rakyat Malaysia sudah tentu anda mahu menyahut seruan DAP berbanding seruan 1 Malaysia yang di lihat sebagai usaha dan langkah UMNO mengekalkan Dominasi Melayu/ Bumiputera melalui perikatan BARISAN NASIONAL.

3.  Bagi kelompok yang anti UMNO pula, pada pemikiran mereka adalah tidak salah mereka turut menyertai seruan DAP tersebut asalkan saja dapat menumbangkan hegemoni dan dominasi UMNO kononnya sebagai Jihad Suci Murni menyelamatkan untung nasib orang Melayu dari cengkaman UMNO walaupun dalam usaha penyelamatan itu mereka terpaksa mengorbankan semua kepentingan Melayu/ Bumiputera untuk selama-lamanya.

4.  Bagi pemimpin-pemimpin UMNO pula, mereka sudah ada visi dan misi yang amat jelas dan terancang melalui GAGASAN 1 MALAYSIA yakni formula perkongsian kuasa bagi mengimbangi semua kepentingan etnik yang ada di Malaysia dalam ertikata lain UMNO ini mengamalkan MULTI RASIS Polisi. Jangan salahfaham pula, jika DAP mengkategorikan perjuangan yang berdasarkan kepada 1 ras merupakan perjuangan Rasis, jadi adalah benar jika perjuangan yang memperjuangkan kepentingan semua ras di sebut sebagai MULTI RASIS. Ya tak? Bangsa Malaysia adalah 1 Ras, memperjuangkan hak Bangsa Malaysia bermakna anda MULTI RASIS.

5.  Berbeza dengan pendekatan DAP yang mengamalkan polisi CAUVINIS RASIS yakni walaupun parti DAP membuka keahlian kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira ras dan agama, namun pengekalan Dominasi 1 ras saja diperjuangkan melalui sikap CAUVINIS bukan atas dasar HARMONIS. DAP mahu menjadi Raja tetapi enggan berkongsi kuasa berbanding dengan UMNO melalui BARISAN NASIONAL, UMNO mahu jadi RAJA tetapi mahu berkongsi kuasa.

Pemimpin UMNO dalam BARISAN NASIONAL sudah lama tahu apa mereka lakukan dan untuk siapa mereka lakukan. Pemimpin DAP masih lagi kekal dengan Dominasi 1 Ras melalui sifat cauvinis. Malaysia mempunyai 14 buah negeri, dalam sebuah negeri itu, 1 didominasikan oleh kaum Cina iaitu Pulau Pinang, selebihnya dikuasai oleh Bumiputera. 

Dalam formula perkongsian pakatan pembangkang, Polisi DAP inilah menyebabkan malapetaka besar pada 1969, PAS Kelantan pula memerintah Kelantan selama 21 tahun tanpa sebarang perkongsian kuasa dengan mana-mana parti lain dan diketahui PAS didominasikan oleh Melayu Islam sama seprti UMNO. 

Kini DAP masih mahu mengekalkan Polisi Cauvinis Rasis itu, lalu disindir tajam oleh Negarawan Ulung TDM melalui petikan di atas, Sekarang anda faham maksud CAUVINIS RASIS dan MULTI RASIS?


1 MALAYSIA menentang CAUVINIS RASIS!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa