Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. sadaqallohu-adzhiim.
1. Fenomena lama wujud dalam bentuk baru. Adakah benar PAS ini membawa ajaran ISLAM syariat Nabi Muhammad shallallohu-alaihi-wassalam? Pada lahirnya nampak begitulah. Hakikat sebenarnya?
2. Benarkah Dewan Ulamak PAS dianggotai oleh orang-orang yang berkelayakan dan bertaraf ulamak serta merupakan sebuah majlis ulamak yang diiktiraf dalam pentadbiran hal ehwal agama ISLAM di Malaysia di sisi perundangan Malaysia?
3. Apakah benar hanya PAS sahaja memperjuangkan ISLAM di Malaysia dan bukan UMNO?
4. Atau jawapan yang paling tepat bagi kesemua persoalan tersebut tersurat dan tersirat ialah PAS hanyalah sebuah parti politik sama seperti UMNO, DAPIGS, SUPP, MAKKAL SAKHTI, MCA, MIC, PKR dan parti-parti politik lain yang wujud di mukabumi ini. Apa bezanya pun PAS dengan Parti Demokrat di USA dan Parti Ba'ath Mesir ataupun Parti Buruh Israel. Serupa sahaja, sebuah parti politik.
5. Namun, di bawah pengaruh Mahadewataraya Nik Ajis, PAS melangkah ke depan sedikit daripada entiti parti politik lain, yakni menjadi sama seperti pergerakan Zionis Sedunia dan Parti Nazi Jerman. Kenapa?
6. Pergerakan Zionis Sedunia dan Parti Nazi Jerman bukan sahaja wujud sebagai sebuah parti politik tetapi juga sebagai sebuah KULTUS yakni 1 SISTEM KEPERCAYAAN SESAT berbentuk pelampau. Samalah seperti PAS ini.
bersambung ............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa