Khamis, 30 Disember 2010

YEAHHHHHAAAAAA FAM MALAYSIA TIM MENANG PIALA AFF SUZUKI!



1. Ya la, walaupun kalah 2-1 kira menang dari segi agregat gol. 4 - 2. Hehehehehehhe. Apapun tahniah kepada penjaga gol Malaysia , FAHMI yang berjaya menjaga galang gol Malaysia daripada ditembusi sehingga mengagalkan INDONESIA menjuarai AFF SUZUKI 2010 walaupun tembus gol sebanyak 2 kali yang membolehkan INDONESIA menang dalam FINAL II. Apa jadi kepada senjata rahsia laser pelakon seksis Indonesia? Mungkin ada masalah taknikaliti.Atau mungkin OTROMEN yang PAPA GOMO hantarkan berjaya menangkis serangan laser tersebut.

2, Bola ini sama je cam POLITIK. Semuanya berkenaan dengan BILANGAN NOMBOR. Siapa yang punyai kelebihan bilangan NOMBOR , dialah menang walaupun kalah.. Kita juga mengucapkan tahniah kepada RAJAGOPAL & FAM di atas usaha mereka selama ini sehingga dapat melahirkan sebuah pasukan yang MANTOP gitu,

3. Keseluruhanlah, permainan dikuasai sepenuhnya oleh pasukan INDONESIA , pasukan MALAYSIA cuma bertahan dan sekali sekala menyerang. TAKTIK ini kebiasaannya digunakan dalam mana-mana kejuaraan yang mempunyai pusingan FINAL 2 kali, Itu biasa. Malah begitulah juga KEBIASAAN TEBIAT RAKYAT MALAYSIA. Mudah SELESA dengan apa yag ada dan MEMPERTAHANKAN APA YANG ADA tanpa mahu berusaha lebih gigih maju kehadapan dan memanafaatkan semua peluang dan luang yang ada. Kalah perlawanan takpe asal tetap MENANG. 

4. Apapunlah TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA ! psst lainkali jangan persiakan segala peluang, luang dan ruang yang ada, jika dapat skor gol .. skor je lah .... di samping mempertahankan KEMENANGAN lagi elok ditambah lagi KEMENANGAN. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa