HIKAYAT MODEREN PAKATAN MAKSIAT.
1. PIS [PUAK INKAR SYARIAT] diberitakan banyak terlibat dalam kegiatan maksiat? Tidak memeranjatkan kerana mereka adalah manusia biasa cuma agak luarbiasa kerana selama ini mereka mengatakan bahawa mereka lebih faham ISLAM & iman mereka lebih tinggi daripada ahli-ahli UMNO atas alasan para isteri mereka & golongan muslimah mereka menutup aurat berbanding para isteri ahli-ahli UMNO & golongan muslimah UMNO, Walaupun ada berjuta gambar yang memperlihatkan golongan muslimah UMNO juga menutup aurat; namun gambar Datin Seri Rosmah juga yang menjadi tatapan idaman mata mereka.
2. Bercerita mengenai isteri-isteri golongan PIS ini, akhir-akhir ini dikhabarkan bahawa penutupan aurat oleh sesetengah mereka gagal membentuk sahsiah & akhlak yang mulia seperti yang dituntut dalam ISLAM. Kenapa perkara ini berlaku, kita hanya mampu terkedu.
3. Kita tidak mempersoalkan keimanan golongan PIS ini kerana kita maklum mereka bukanlah para wali Allah, para anbiya, para solihiin, para siddiqiin, para syuhada', para da'ie, para mursaliin, para muqarobbiin kecuali mereka adalah MANUSIA BIASA yg biasanya boleh terjerumus ke dalam dosa-dosa besar. Mengutuk, mencerca & menuduh para ahli UMNO sebagai munafiq, kufur dan menolak hukum-hakam Allah Ta'ala bukanlah jaminan bagi golongan PIS ini menjadi MAKSUM & bersih daripada segala dosa-dosa besar.
4. Terbaru, dikhabarkan bas, keretapi & entah apa lagi bakal dibongkarkan mengenai perlakuan sumbang puak PIS ini, Apakah mereka sudah dijangkiti penyakit hati?
4. Kita amat kesali dengan perkhabaran-perkhabaran mengenai kelakuan-kelakuan 'luarbiasa' yang dikaitkan dengan puak PIS ini. Kita juga amat kesali kerana kini barulah kita sedari bahawa mereka juga mampu & berkebolehan melakukan dosa & maksiat. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa