Rabu, 1 Jun 2011

SUSUR GALUR & ASAL USUL REFORMASI.

REFORMASI
(Susur Galur & Asal Usul REFORMASI)
Pendustaan Anwar Ibrahim.

Artikel ini akan menganalisa dan mengkaji mengenai susur galur & asal-usul REFORMASI yang di bawa kan oleh Anwar Ibrahim dan bagaimana ianya merupakan 1 Pendustaan Terbesar Anwar Ibrahim.

Ramai yang menganggap bahawa REFORMASI adalah idea asal Anwar Ibrahim. Benarkah begitu? Pertama kali Anwar berteriak mengenainya 12 tahun lalu, ramai yang terikut-ikut melaungkannya sehingga kini tapi tahukah mereka susur galur dan asal-usul REFORMASI ini? Kenapa kalimah REFORMASI dilaungkan? Kenapa bukan kalimah lain? Dari mana terbitnya kalimah REFORMASI ini? Sehingga kini tiada penulisan mengenainya yang ada hanya penulisan kreatif mengenai dasar-dasar, matlamat, wawasan dan semangatnya. Semuanya itu berasal dari mana? Di ambil dari mana? Ianya menjadi 1 misteri yang dimisterikan oleh Anwar bagi mengekalkan pendustaannya mengenai REFORMASI.

REFORMASI bukanlah 1 kalimah rawak yang sengaja di pilih oleh Anwar mahupun ianya timbul dari idea asal Anwar, ianya adalah cedokan 100% dari 1 sumber asing. Selepas perang Salib yang terakhir, apabila peranan KNIGHT TEMPLERS dan kuasa mereka semakin besar dan menakutkan PAUS dan raja-raja Eropah, bermulalah tindakan terhadap mereka. Kekalahan kempen Perang Salib dijadikan alasan untuk pembantaian ke atas puak ini. Ini berlaku sekitar abad ke 13. Bermula dari situ, era zaman Pertengahan Eropah mula digoncangkan oleh gerakan bawah tanah KNIGHT TEMPLERS melalui slogan REFORMASI AGAMA. 

Pada abad ke 15, apabila empayat Mu'awiyah jatuh ke tangan golongan ini di Andalusia (Sepanyol), gerakan ini semakin mendapat tempat di kalangan cendikiawan Eropah yang mula mengambialih peranan dalam bidang keilmuan terutama bidang sains, agama & politik. Dalam abad ke 16, bermulalah gerakan REFORMASI AGAMA yang amat terancang sekali menggangu-gugat penguasaan EMPAYAR ROMAN KATOLIK. 

REFORMASI AGAMA INI dibawa oleh golongan-golongan yang terpengaruh dengan gerakan bawah tanah KNIGHT TEMPLERS melalui MASONIK yang menyebar luaskan fahaman GNOSTIK yakni Ilmu-ilmu yang diharamkan oleh ROMAN KATOLIK VATIKAN PAPAL. 

Fahaman GNOSTIK ini menitikberatkan kesedaran dalaman dan pengalaman kerohanian melalui ilmu mistik MASONIK. Timbullah slogan PENCERAHAN MINDA atau istilah asalnya ialah THE ILLUMINATED MIND. Fahaman ini mengajarkan agar manusia itu menjadi bebas dan berfikir untuk dirinya sendiri. Bebas memilih apa yang dirinya rasa dan fikir baik untuk dirinya. Melabelkan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai mereka sebagai kuno & lapuk. Bahawasa merekalah agen perubahan yang membawa kebebasan dan kemakmuran sejagat. Mereka menghidupkan kembali apa yang mereka dakwa sebagai Hikmah-hikmah Peradaban Lama Yunani & Greek serta falsafah-falsafah Yunani & Greek. 

Lahirlah gerakan REFORMASI AGAMA seperti yang dipelopori oleh MARTIN LUTHER dan timbullah golongan-golongan seperti PURITAN dan PROTESTAN yang mahu menjernihkan ajaran Nabi Isa a.s. dan tidak mahu mengikuti apa yang ditetapkan oleh GEREJA ROMAN KATOLIK PAPAL di VATIKAN. Gerakan REFORMASI AGAMA ini menjalar kepada GERAKAN REFORMASI POLITIK seperti yang terjadi di England pada masa OLIVER CROMWELL, seorang Puritan.Oliver Cromwell telah memperkenalkan Sistem Republik Komanwel melalui demokrasi terpimpin. Di sini lah bermula kembali sistem demokrasi menentang arus sistem kerajaan berbentuk Raja-raja.

Pada abad-abad seterusnya, gerakan REFORMASI AGAMA & POLITIK ini semakin hebat dan mendapat momentum di Eropah sehingga pada awal kurun ke 20, sistem Demokrasi mula merebak dengan meluas menghapuskan sistem Raja-raja. Di Amerika pada abad ke 18 pada 1771, sebuah REPUBLIK IDAMAN yang sama seperti REPUBLIK KOMANWEL CROMWELL telah berjaya ditubuhkan. Bertitik tolak dari sinilah, jenis REPUBLIKAN menjadi popular dan dianggap sebagai REFORMASI POLITIK. Apabila tercetusnya REVOLUSI PERANCIS dan pelbagai perang saudara di Eropah, bermulalah sistem SEKULARISMA yang mengasingkan kuasa GEREJA ROMAN KATOLIK VATIKAN PAPAL dengan sistem demokrasi. 

Revolusi Industri dan zaman RENNAISSANCE merupakan REFORMASI di bidang ekonomi dan Sosio-budaya dan timbullah pula idea KAPITALISMA. Setelah itu dirasakan perlu dibuat 1 lagi REFORMASI EKONOMI, POLITIK & SAINS yakni timbullah SOSIALISMA, KOMUNISMA dan teori Sigmund Freud dan Darwinisma. Kononnya, inilah yang dikatakan kebebasan bakat manusia yang membawa kpd Illuminated Mind (Pencerahan Minda) yang menjadi pra-syarat perlu dipenuhi bagi mencapai NIRWANA kESEMPURNAAN KEWUJUDAN MANUSIA.

Tema-tema spt (1) Keadilan Sosial, (2) Hak Samarata, (3) Kemanusiaan Sejagat (4) Keagamaan Sejagat (5) Ketelusan (6) Keterbukaan (7) Intergriti (8) Alam Sekitar (9) Hak Sosial merupakan mimpi-mimpi yang didagangkan. Dalam bentuk falsafah ianya amat mengujakan minda-minda anak-anak muda yang mentah. Pada realitinya, tema-tema itu terlalu subjektif sehingga apabila diperbincangkan; tidak akan ada sebarang penyelesaian utuh dan muktamad yang boleh dicapai kerana masing-masing akan berdiri di atas pendapat kebebasan sendiri dan permuafakatan sengaja tidak diajarkan di dalam fahaman REFORMASI ini. REFORMASI hanya mahu manusia itu bersifat egois dan tidak mendidik manusia itu bersifat musyawarrah. 

3 ulasan:

  1. PENGANUT2 PKR DAN YANG SEANGKATAN DENGANNYA ADALAH MANUSIA YANG PALING BANGANG SEKALI DIDUNIA INI.

    BODOH MACAM NAK MAMPOSSSSSS

    BalasPadam
  2. memang bangang diaorg sbb main follow je tanpa benar-benar fahamn apa yg diaorg follow

    BalasPadam
  3. korang sume benar2 pham ke ape yg korg follow 2?
    maksiat semakin menjadi2,kilang arak sebesar2 alam,board of director org melayu,clubbing berlambak..duit rakyat jadi santapan mereka yg berkepentingan..rakyat dapat ape..

    reformasi

    making changes to improve; reformatory; reformation; reforming

    so what the problem making change to improve rather than stay n watch n critic other like u and all other blogger..ckp x guna,tembak xkena..

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa