Isnin, 18 Oktober 2010

ANCAMAN FAHAMAN ASING.


MISI SELAMATKAN NEGARA 
(ANCAMAN FAHAMAN ASING)

Berapa ramaikah di antara golongan anak muda sedar & tahu siapakah sebenarnya musuh mereka yang mengancam negara dan anak cucu mereka di kemudian hari? Berapa ramai pula di kalangan mereka yang bergelar mahasiswa/i di IPTA & IPTS sedar bagaimana ancaman ini dipropagandakan? Apakah bentuknya? Rupanya ? Wajahnya? Siapa? 

Musuh sesebuah negara tidak pernah datang dalam bentuk jet pejuang,kereta kebal, kapalselam, tentera artileri dan tentera berjalan kaki,. Itu merupakan ancaman terakhir. Apakah yang akan dilakukan terlebih dahulu? Musuh akan menyusup masuk melemahkan dahulu fikiran rakyat terutama golongan muda melalui penyebaran fahaman-fahaman yang membangkitkan kemarahan dan kebencian kepada pemerintah negara yang hendak dihancurkan. Paling tidak, diharapkan agar berlaku perang saudara. Perang saudara ini tidak perlu berlaku dalam bentuk peperangan sebenar, tapi dalam bentuk perpecahan dan pergaduhan berpanjangan. Jika berlaku pertumpahan berdarah itu kira bonus buat musuh.

Pertama-tama, musuh akan menggambarkan seolah-olah pemerintah itu zalim dan kejam serta bersifat menindas. Kononnya berlaku ketidakadilan dalam pelbagai aspek kehidupan sosial, agama, ekonomi & sejarah. Kononnya berlaku gejala rasuah yang berleluasa. Kononnya berlaku penindasan kaum. Kononnya ada berlaku penyelewengan kuasa. Kononnya negara masih terjajah dengan penjajah-penjajah lama dan pelbagai kononnya. Itu sudah pun berlaku semenjak 10 tahun lalu apabila ramai yg berteriak REFORMASI !

Tahukah anak-anak muda itu asal-usul REFORMASI? Ianya bukan baru tapi sudah ada sejak abad ke 16 lagi. Fahaman REFORMASI inilah yg mencetuskan pelbagai masalah dunia sehingga sekarang. Ianya bermula dari gerakan REFORMASI AGAMA. Berkembang menjadi gerakan politik yang melahirkan fahaman-fahaman politik seperti SOSIALISMA yang melahirkan KOMUNISMA, UNITARIANISMA, DEMOKRAT dan REPUBLIKAN. Melahirkan DEMOKRASI dalam bentuk samar. Kononnya kuasa rakyat memilih pemerintah. Ianya melahirkan revolusi-revolusi seperti REVOLUSI PERANCIS, REVOLUSI BOLSHEVIKS, REVOLUSI di China yg menumbangkan Dinasti Qing, REVOLUSI PERUSAHAAN, REVOLUSI PEMIKIRAN, mencipta zaman RENAISSANCE dan mencipta 2 perang dunia dan beribu perang saudara.  Kini ancaman itu kembali timbul di Malaysia. 

Anak-anak muda mudah dipengaruhi minda dan jiwa mereka kerana manusia pada perkembangan ini menyerap cepat dan beremosi tinggi disebabkan perkembangan yang berlaku dalam pertumbuhan tubuh badan. Jika salah ditangani maka membawa padah buruk sekali kepada masyarakat dan negara. Kematangan manusia hanya sempurna pada umur 40 tahun, dan ini ada disebutkan di dalam Al Qur'an. Fikiran-fikiran dan jiwa-jiwa muda mudah terpedaya dengan hiasan-hiasan indah dalam sesuatu fahaman. Kekurangan pengalaman hidup dan kematangan berfikir menjadi 2 unsur yang sangat dimanipulasikan oleh musuh-musuh negara ke atas anak-anak muda. Apabila mereka mencapai umur kematangan pada usia 40 tahun, tiada lagi jalan berpatah balik untuk mereka. Mereka akan hidup dan mati di atas apa yang mereka percayai. Inilah yang sedang diusahakan oleh musuh-musuh negara. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa