Jumaat, 22 Januari 2021

PERISTIWA & KEJADIAN TERSIRAT DALAM TERSURAT JAN 2020 SEHINGGA JAN 2021

 BISMILLAH 
Assalamu-alaikom warahmatullahi wabarokatuh 

salam dan selawat keatas baginda Rasul Allah ahli keluarganya dan para sahabat baginda

Banyak perisitwa dan kejadian telah berlaku sejak dari Januari 2020 sehingga Januari 2021.Ramai tidak menjangka berlaku wabak covid19, berlaku Darurat selama 6 bulan sehingga Ogos 2021, pentadbiran bertukar serbis dari PH ke Interim ke PN, kemudian terawang dikatakan hilang majoriti atas alasan tidak mematuhi perjanjian & persetujuan. 

Tapi itulah yang berlaku dan terjadi. Bermula dari perletakan jawatan tun mahathir sebagai PM kerana didesak menunaikan janji menaikkan DSAI sebagai PM sehinggalah berlaku pertukaran pentadbiran. PH tumbang kerana ingkar janji mungkir janji.

Sebelum itu berlaku pertukaran SPB YDPA dari Sultan Kelantan ke Sultan Pahang. Manakala selepas TSMY dilantik dan dipilih SPB YDPA sebagai PM selepas itu berlaku banyak pertukaran pentadbiran dinegeri-negeri. 

Negeri Perak berlaku tiga kali pertukaran pentadbiran dalam jarak masa tak sampai setahun dua. Sabah pula menyaksikan berlaku PRN. Kini sebelum Darurat diisytihar ada usaha mahu menjatuhkan dan menukar pentadbiran yang dilantik SPB YDPA. Tindakan ahli politik dah macam pertunjukan sarkas daaa.

Pentadbiran TSMY dikenali sebagai PN [Perikatan Nasional] tanpa umno baru & BN menyertainya hanya sokongan ahli parlimen bersyarat sahaja sehingga PRU15. Pentadbiran TSMY ialah Pentadbiran Kejawen Bugis dibawah Kerajaan BETA. 

Ironisnya yang mahu menjatuhkan Pentadiran Kejawen Bugis ini adalah dari kalangan ahli politik keturunan Jawa dan Bugis jugak. Kenapa ya? Inilah yang akan dirungkai dan diulas sikit sebanyak apa yang berlaku.

Tujuan tidak lain tidak bukan hanya mahu semua berdamai dan kembali kedalam kewarasan serta menuju ke satu titik Wasiat 7 Raja-raja Melayu.

Apa yang berlaku ada perkaitan dengan apa yang terjadi sejak 1980 dan Gambaran Israk Mikraj 1992.

Ok lah berhenti dulu nanti kita sambung ke artikel lain sebab ceritanya panjang dan korang pun waima dalam PKP sampai 4hb Febuari 2021 bukan nak baca panjang-panjang cepat serabut kepala kan. So santai-santai dan sikit demi sedikit iyer.