Khamis, 8 Disember 2016

PAKATAN M-DAP , BERAKHIR ERA POLITIK NANYANG

Tugu Peringatan Perjuangan Politik Nanyang Yang Bakal Berakhir 
Pengasas & Pendukong Politik Nanyang
Kit Siang, Mendiang Karpal Singh, Chan Tech Chan,  Dr Chen Man Heng 

BISMILLAHI
Salamun 'Alaikom
anak cucu cicit Nabi Allah Adam alaihis salam & Selamat Sejahtera Tanah Kuning / Tanah Jawi / Tanah Mengandong / Tanah Melayu dari Perlis sampai ke Johor (Johol).

AL KESAH TANAH MELAYU 

Pada zaman Melaka, semasa anak raja Palembang di beri izin menjadi Sultan Melaka oleh Pimpinan dan Pemegang Amanah Pesaka Tanah Melayu, Maharaja Cina menghantar Laksamana Cheng Ho. Dan Cheng Ho meletakkan rombongan Puteri Hang Li Po di mana akhirnya menjadi keturunan Baba & Nyonya.

Dalam Terombo Lisan Temuan, di sebot kan, anak-anak kepada Bathin Terjeli bersama isterinya Puteri Ambong iaitu Maharaja Bepang membuka negara China, Korea dan Jepun. Ini di awal zaman semasa Dunia Bumi mula diduduki oleh keturunan manusia roh rohani insani.

Semasa, penjajahan British, sekitar abad ke 19, British membawa masuk imigran Cina ke Tanah Melayu dan Tumasik. Terutama selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

Bila Maharaja Cina dari Dinasti Ching berjaya ditumbangkan melalui revolusi, komuniti Cina di Tanah Melayu dan di Temasik mula berubah. Mereka tidak lagi memegang nilai-nilai beraja. Selepas itu berlaku Perang Saudara berlarutan di Tanah Besar China di antara golongan nasionalis dengan komunis melahirkan dua buah negara China. Satu bernama Republik Rakyat China di bawah regim komunis. Dan kedua bernama Taiwan yang di bawah regim Nasionalis Koumintang.

Kebangkitan Jepun sebagai kuasa besar Dunia pada 1930an-1940an. Menjajah Tanah Besar China dan menewaskan kuasa Imperial British-Malaya. Komuniti Cina di buru oleh Tentera Imperial Jepun di mana saja. Komuniti Cina terpaksa mengangkat senjata terhadap tentera Imperial Jepun.

Penyerahan kalah tentera Imperial Jepun, menyaksikan gerakan penentangan komuniti Cina terhadap Tentera Imperial Jepun, cuba mengambil alih Tanah Melayu dalam peristiwa 14 hari Komunis melakukan kekejaman tanpa belas kasihan.

Apabila golongan nasionalis politik Tanah Melayu menuntut kemerdekaan daripada Ingeris, sekali lagi komuniti Cina menjadi resah gelisah. Menyebabkan mereka hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap mana-mana golongan tempatan asal di Tanah tempat mereka berlindung. Keadaan ini tambah burok apabila aktivitis politik komuniti Cina rata-rata nya terpengaroh dengan aliran nasionalisma Taiwan dan komunisma Tanah Besar China.

Komuniti Cian sentiasa dihantui oleh peristiwa-peristiwa hitam sejarah lampau berkenaan. Menjadikan mereka begitu ekslusif dan mengamalkan Dasar Tutup Pintu dan kerjasama terhad. Budaya Kiasu semakin menebal. Mereka juga menjadi komuniti yang amat sensitip.

Sudah tiba masa komuniti Cina keluar dari kepompong ketakotan mereka sendiri. Sekarang zaman moderen dan berada di alaf baru. Tak perlu lagi mereka hidup di dalam kegelapan peristiwa-peristiwa hitam lampau. Mereka perlu belajar menjadi pemaaf dan melupakan masa lampau.

Kembali kepada pergolakan politik masakini akibat hasutan-hasutan golongan politik seperti Dr Chan Man Heng, Kit Siang, Teresa Kok, Tony Pua, Guan Eng dan ramai lagi di dalam DAP, komuniti Cina perlu membebaskan diri mereka dari belenggu-belenggu yang di bawa golongan politik mereka sendiri.

Komuniti Cina perlu memberanikan diri mereka menyahut cabaran-cabaran transformasi masakini dan masa depan. Ini kerana, apa yang diperjuangkan oleh DAP sendiri tidak menjaminkan sebarang masa depan kepada komuniti Cina.

Sebaliknya, perjuangan DAP akan tetap kekal membawa komuniti Cina hidop bernostalgia mengenai sejarah-sejarah hitam yang mereka lalui sejak British membawa mereka masuk ke Tanah Melayu. Perjuangan DAP mahukan komuniti Cina bersaing dengan Melayu demi survival mereka. Sedangkan, mereka tak perlu bersaing dengan Melayu dan agama Islam.

Kelangsongan survival komuniti Cina di masa depan bukan lagi bergantung kepada sejauh mana mereka mampu bersaing dengan Melayu dan agama Islam, tetapi sejauh mana mereka mampu menjadi pemaaf dan membuka tangan serta hati mereka untuk bersama-sama Melayu demi survival Tanah Melayu.

Ramai tak semestinya Kuat, Seorang tak semestinya Lemah. Kaya Tak Semestinya Bahagia, Miskin Tak Semestinya Merempat. Perjuangan DAP tidak di terima oleh generasi muda mana-mana kaum di Tanah Melayu. Sebaliknya, generasi muda sedang menolak dan merubah perjuangan DAP itu sendiri. Kerana itu, Pakatan M-DAP bakal berakhir kerana perjuangan nasionalisma Nanyang sudah tak relevan pada masa kini dan di masa depan.

walaikumus salam