Jumaat, 18 Mac 2016

KEBURUKAN POLITIK ARWAH MADET KEPADA TANAH MELAYU

BISMILLAHI
ALLAHUMMA SHOLLI ÃLA MOHAMMAD

POLITIK adalah ciptaan raja iblis azazil laknat tullah. Di bawa orang putih yang menyembah dewa-dewa sekutu raja iblis laknat tullah melalui perdagangan dan peperangan ke Tanah Melayu.

Bilamana anak raja di sebuah negeri kota di Palembang yang bukan beragama Islam di bawa masuk menjadi Sultan Melaka, tak bermakna seluruh Melayu Peribumi Asal itu bukan beragama Islam.

Kami Melayu Peribumi Asal sejak zaman berzaman beragama Islam mengikut syariat Nabi Allah Adam alaihis salam yang sah sampai akhir zaman. Tulisan kami ialah tulisan Jawi.

Siapa yang kata kami bukan beragama Islam sejak dari awal?

Kini Kami melihat bagaimana Melayu Pendatang dan bangsa-bangsa lain datang ke Tanah Melayu ini.

Mereka datang dengan Kapal Layar. Kerana itu perikatan politik mereka yang pertama menggunakan lambang Kapal Layar.

Kami amat musykil melihat gelagat dan kesombongan anak cucu cicit mereka setelah kami berikan keizinan untuk tinggal di Tanah Melayu.

Sejak seorang anak Kerala yang ibunya orang Riau ambil alih perikatan politikal mereka pada 1980; mereka mula mengubah dan melanggar semua Perjanjian 7 Perkara, Perkara 153 dan DURBAR.

Institusi kami yakni Dato' Undang nan Empat dikacau ganggu oleh mereka. Melalui Dato' Mentunggang yang mentunggang-terbalikkan Adat Temengong kepada Adat Perpatih.

Akibatnya Adat Orang Menang Laga Kerbau membolehkan mereka pula jadi Raja di Tanah Melayu. Dan mereka mengaku pula mereka berhak menjadi Raja.

Bahkan seluruh keturunan orang menang laga kerbau mengubah sejarah dan adat kami Melayu Peribumi Asal dan di bantu ahli politik yang sentiasa lapar tamak halobakan Hak-hak Kami Melayu Peribumi Asal.

Sehingga kini 6 Perdana Menteri adalah bukan Melayu Peribumi Asal. Dan sikit demi sedikit hak-hak Melayu peribumi asal di kikis dan institusi Dato' Undang Nan Empat diperkecilkan dan diperlekehkan ahli politik.

Kini Kami mahu menceritakan pula Kisah Sebenarnya mengenai TANAH MELAYU.

Kerana selama ini kamu semua hanya mendengar cerita versi daripada orang politik dan orang menumpang yang menidakkan hak-hak kami Melayu Peribumi Asal.