Selasa, 5 Januari 2016

TPPA SEBELUM TSUNAMI BESAR BIASANYA KEADAAN TENANG ... YABEDA BEDOOO 2016

To' Pa Konpiden Kerana Menyangka Isu TPPA Takde Impak dan Efek Dan Berjaya DiNeutralisasikan Oleh Perkumpulan Tukang Canang Yang Setiap Bulan Memakan Kuih Bulan. Tanpa Menyedari Bahawa Fenomena Alam Selalunya Tenang Sebelum Tsunami & Topan Melanda Tiba-tiba 

BISMILLAHI WA BILLAHI WA MINALLAHI
DENGAN NAMA ALLAH DAN BESERTA ALLAH DAN DARIPADA ALLAH HU TA'ALA JUA 
ALLOHUMMA SHOLLI 'ALA MOHAMMAD

SALAMUN 'ALAIKUM 

Pada awal tahun lepas, negara di landa bencana alam yang terburuk. Kemudian sepanjang tahun dipenuhi dengan propaganda isu-isu politikal yang bersifat tak cerdik.

Di awal tahun ini pula ,2016, segalanya nampak tenang, aman dan damai. Senyum simpul semua politikus.  Dah setel segalanya mengikut congakan mereka.

Fenomena alam .... lazimnya bila keadaan tenang aman damai ..... selepas ribut topan melanda .... akan datang Ibu Segala Topan menyudahi anak-anak topan punya kerja sebelumnya.
Sebelum ini ambe ada menulis mengenai betapa pentingnya TPPA kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Blok TPPA menurut fatwa politik ekonomi Najib, bakal menjadi Kuasa Ekonomi ke 4 terbesar. Ya, ambe tak nafikan. Memang betul TPPA 'bakal' menjadi Kuasa Ekonomi ke 4 terbesar. Di sini tiada cacat cela nya pun. Memang logik dan memang rasional.

Cuma ianya berada di 'atas kertas ucapan'. Memang sedap di dengar oleh telinga dan kita amat gembira dengan tahap keyakinan tinggi pasukan TPPA yang berjaya menyakinkan bos mereka.

Majoriti ahli politik negara masakini sejak 1990, mereka lupa bahawa keberadaan mereka itu berkait rapat dengan Indeks Kepuasan Rakyat.

Walaupun, kita boleh berbangga dan berbesar hati dengan kemurahan beberapa agensi penarafan global yang di sebut oleh Najib dalam ucapan Tahun Baru 2016, kita jangan leka cuai alpa dan lupa, bilamana Indeks Penarafan Umum Rakyat tak dapat di bendung, tiada mana-mana agensi penarafan global mampu mengubah minda dan komitmen rakyat yang tak berpuashati.

Sebaik mana pun gerak kerja propaganda penampan dan sebagus mana pun laporan harian, rakyat Malaysia ini jenis pandai menyimpan 'Rasa Terbuku Di Hati'.

Kita ambil contoh, walaupun benar ramai yang menyanggah arwah Madet punya Gila nak jatuhkan Najib, pada masa yang sama, Rakyat menyimpan 'Rasa Terbuku Di Hati'.

Rakyat amat jarang dah meluahkan 'Rasa Terbuku Di Hati' dalam status-status di fesbuku dan di media sosial dan turun ke jalanan untuk demonstrasi. Tapi itu bukan bermakna, Rakyat melepaskan dan mulai suka dengan TPPA, GST , wang derma $2.6 biliyun serta isu bauksit.

Walaupun betul semakin ramai rakyat masih berbelanja besar dan semakin banyak kenderaan di atas jalanraya membayar tol-tol itu akibat perjanjian berat sebelah pentadbiran dulu, itu tak bermakna Rakyat menerima Perjanjian Konsesi Tol dan mampu membayar tol.

Masalahnya, tim-tim media dari pasukan PMO dan Menteri2 yang ada, terlalu lewat untuk menjawab dan terlalu teknikal sangat dalam menepis propaganda2 bertali arus.

Kekuatan tim-tim media goyang kaki ambil kredit gerak kerja oranglain masih terlalu lemah dan lemau dalam menjawab pantas isu-isu propaganda. Mereka amat kurang Kemahiran Menjawab Secara Spontan. 

Tukang-tukang canang puak anti Najib dan anti Malaysia sedang menunggu masa yang sesuai bilamana tahap ketidakpuashati rakyat semakin memuncak. Perkara ini ambe tak fikir tim-tim mampu menangkis serangan propaganda pada waktu itu kerana mereka tidak bersedia langsung.

Isu TPPA ini akan melonjak naik mengambil momentum apabila masanya amat sesuai dengan ketidakpuashati rakyat dengan harga barangan yang masih belum turun dan matawang yang menurun.

Harga minyak mentah dunia turun dan ini memang menjejaskan pendapatan negara. Pada masa yang sama, GST berjaya menyelamatkan kondisi ekonomi negara namun rakyat melihat kenaikan elaun dan gaji ahli parlimen dan ADUN serta EXCO berlaku.

Keresahan rakyat semakin menebal bilamana Rasionalisasi Hutang 1MDB mula dikaitkan dengan GST walaupun perkara itu tidak benar.

Isu GST dan banyak lagi isu-isu lain tidak lagi rakyat luahkan di media sosial tapi secara senyap-senyap dan terbuka di tempat awam, di pejabat dan di mana saja rakyat berkumpul setelah berpenat lelah mencari rezeki.

Maka jangan terkejut bilamana isu TPPA akan mula melonjak naik dan tim-tim media yang ambil kredit oranglain akan mula berpaling arah dari Najib.

Yang tinggal kekal pertahankan Najib adalah mereka-mereka yang selama ini melakukannya kerana tidak mahu negara menjadi kacau-bilau dan bukan bermotifkan apa-apa kepentingan politikal.