Jumaat, 23 September 2016

SEBAB UTAMA BN / UMNO BARU DI BAWAH NAJIB TAK KALAH PRU 14.

BN / UMNO BARU ibarat Se-Gelas Teh Tarek Yang Penoh Air Sampai Melimpah Ruah Yang Berbuih-buih 

BISMILLAHI 
SALAMUN 'ALAIKOM 

POLOTIK di Malaysia ini dimulakan oleh sekumpulan penggiat semangat terober nak Merdeka. Pada masa itu, pada pikiran mereka, merdeka ialah membebaskan diri dari belenggu apa Bos Ingeris arahkan. Nak rasa perintah dan tadbir sendiri Tanah Tumpah Darah sendiri. dan nak rasa bagaimana menjadi Pentadbir dan Pemerintah dalam sebuah sistem demokrasi yang di pilih rakyat lima tahun sekali. 

Semangat berkobar-kobar terkobar pada masa itu dicetoskan oleh sifat pengecot Ingeris main blah bila Abam Busat Jepun datang bawak Pedang Samurai dan Senapang naik besikal. Itulah yang kita baca dalam buku sejarah.

Tapi tak ramai nak ambil tahu apa yang berlaku sebenar nya. Kenapa Abam Busat Jepon datang ke Tanah Melayu. Dan kenapa semangat penggiat2 merdeka terkeliro dan terpedaya dengan propaganda Polotik dan pahaman Polotik.

Kenapa ada Regimen Askar Melayu DiRaja yang mana ramai anggotanya terkorban pertahankan Tanah Melayu dari serangan Abam Busat Jepon? Adakah mereka pertahankan hegemoni kekuasaan dan penjajahan Ingeris atau mereka pertahankan kedaulatan Tanah Melayu itu di bawah panji2 Dato Undang Nan Ampat dan Raja-raja Melayu?

Hasil carian imej untuk Regimen Askar Melayu Di Raja
Barisan Awal RAMD 

Hasil carian imej untuk Regimen Askar Melayu Di Raja
Jata & Cogankata RAMD 

Dan apakah sebab dan punca sebenar askar Ingeris begitu cepat blah dan terus berkubu di Singapura? Kata menjajah seluruh Tanah Melayu, takkan Ingeris bangang sangat nak beri dan serah semua kepentingan dan kekayaan mereka kepada Abam Busat Jepon?

Dan kenapa Abam Busat Jepon tak berikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu? Takkan bebal dan bongok kepala otak Abam Busat Jepon.

Bab ini ramai yang tak paham pasal butiran sejarah Tanah Melayu sebelom Perang Dunia Pertama sehingga selepas Perang Dunia Kedua.

Sebelom Perang Dunia Pertama, dan kejatohan Empayar Uthmaniyyah Turki, kebangkitan Wahhabi ke atas Tanah Hijaz Arab dan kebangkitan semangat kebangsaan Arab di seluruh Jazirah Arab. Tanah Melayu hanya terpecah kepada sistem pentadbiran :

1. Negeri-negeri Melayu Bersekutu
2. Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu
3. Negeri-negeri Selat

Ingeris hanya berkuasa penoh dalam Negeri2 Selat sahaja. Manakala, dalam Negeri2 Melayu Bersekutu dan Tak Bersekutu, Ingeris hanya menjadi Pentadbir dan Penasihat yang di sebot sebagai Residen British. Namun, pegawai2 Ingeris melangkaui bidangkuasa mereka tetapi Residen British adalah Penajwat Awam di bawah Dato Undang Nan Ampat dan Sultan2 Melayu.

Hasil carian imej untuk tentera wahhabi di Hijaz
Pemberontak Wahhabi Yang Di Sokong Ingeris di Bawah Pimpinan Lawrence Of Arabia 

Setiap negeri-negeri Tanah Melayu merupakan entiti berdaulat mengikot kedaulatan masing-masing di bawah Dato Undang Nan Ampat dan Sultan2 Melayu. Residen British hanya pentadbir di atas nama dan kuasa Dato Nan Ampat dan Sultan2 Melayu berdasarkan kepada Perjanjian-perjanjian dan persetian-persetiaan yang di buat dari masa ke semasa.

Maka disinilah timbol kekeliruan dan kecelaruan di akal fikiran para penggiat awal polotik. Mereka tak mengkaji benar-benar akan duduk perkara. Mereka terpengaroh dengan pahaman-pahaman politik yang mereka perolehi daripada pihak-pihak penjajah sendiri dari luar negara. Maka mereka buat kesimpolan yang salah yakni Tanah Melayu di jajah. Kenapa jadi begitu? Kerana mereka adalah etnik-etnik Melayu yang berhijrah ke Tanah Melayu dari kepulauan Melayu lain.

Mereka tak tahu
Adat Adap,
Adat Hukom,
Adat Peratoran
Adat Istiadat

Tanah Melayu kerana mereka bukan berasal dari Tanah Melayu cuma mereka adalah etnik-etnik Melayu dari kepulauan Melayu yang tak sama Adat Adap, Adat Hukom, Adat Peratoran dan Adat Istiadat. Mereka kurang tahu sejarah asal Tanah Melayu. Mereka hanya mengikot tafsiran yang diberikan oleh penajajah. Sebenarnya merekalah yang terjajah dan gagal bebas merdeka dalam ertikata yang sebenar.

Kerana itu kelompok berkenaan mahu Merdeka di Tanah Orang. Maka mereka turut menerima kehadiran kaum-kaum lain bersama mereka. Mereka SEKAPAL SENASIB, SEKEPAL SESUAP NASI. Lahirlah logo KAPAL PERIKATAN.

Mereka meminta-minta daripada Dato Undang Nan Ampat dan Sultan-sultan Melayu berkongsi kuasa mentadbir Tanah Melayu di bawah sistem politik. Maka diberikan tertaklok kepada

PERJANJIAN DURBAR 1931-1939
WASIAT 7 RAJA-RAJA MELAYU
PERKARA 153 PERLEMBAGAAN

Pada awal mulanya ok lah selepas 1957, tiba-tiba datang idea mereka nak buat MALAYSIA pada 1963. Maka, mereka laksanakan. Di situ ahli-ahli Politik sudah mula mengubah

PERJANJIAN DURBAR 1931-1939
WASIAT 7 RAJA-RAJA MELAYU
PERKARA 153 PERLEMBAGAAN

Namun, mereka berantakan kerana tamak haloba sesama mereka sendiri sehingga Singapura dikeluarkan. Akibatnya berlakulah Tragedi 13 Mei 1969. Perubahan dari situ , muncul lah BARISAN NASIONAL dengan logo DACING meminta HAK SAMARATA plak. dah terubah lagi 3 Perjanjian tadi.

Itupun mereka masih tak berpuashati , mereka cipta pula istilah BUMIPUTERA untuk menyamakan status mereka dengan MELAYU PERIBUMI.

Mereka tetap tak berpuashati, lalu mereka cipta WAWASAN 2020 dan MELAYU BARU. Akhir sekali mereka mencipta UMNO BARU.

Tetap juga mereka tak berpuashati, lalu mereka berusaha menukar ganti Dato Undang Nan Ampat , Balai Adat dan Balai Lembaga bagi setiap 4 Luak Berundang itu dengan puak-puak mereka menjawat jawatan2 berkenaan.

Mereka tukar ADAT MEMPATEH dengan ADAT PERPATEH dan ADAT KETEMENGGONGAN maka mereka kini menjadi LETIH dan TERMENONG BINGONG lah sendiri menanggong akibat perbuatan mereka sendiri melalui Politik.

Akibatnya, mereka kini berpecah belah, hilang haluan, hilang tujuan dan hilang kewarasan dalam setiap tindakan mereka. Aqal dan Fikiran mereka bercelaru dan berserabot menyebabkan Kalbo mereka berjerebo.

Ini berlaku ke atas semua ahli-ahli politik dan rakyat jelata. Oleh itu, mereka tak boleh lari lah. Dunia bumi ini tetap milik mutlak Allah Hu Ta'ala. Malah seluruh semesta Alam pun milik mutlaq Allah Hu Ta'ala. Ke mana mereka nak bersembunyi dan melarikan diri?

Disebabkan itulah BN/UMNO BARU takkan kalah dalam PRU 14.