Jumaat, 9 Oktober 2015

TPPA - MALAYSIA MENJAJAH DUNIA

Mentaliti Di Malaysia Tak Sukar Nak Dirungkai ..
Setiap Yang Di Bantah Adalah Benda Yang TERBAIK !

BISMILLAHI-ALLAH-HU-AKBAR 

TPPA - Perjanjian Bilateral -Multilateral antara negara-negara yang menguasai ekonomi global. Ianya merangkumi 40% pasaran dunia. Malaysia-Brunei antara negara-negara majoriti Melayu yang sanggup berada dalam kerangka TPPA. Kenapa dan apa sebab nya ?

Brunei Darussalam sebagai sebuah negara berdaulat Kesultanan Melayu yang kaya-raya sanggup menyertai TPPA. Begitu juga Jepun. Bekas wilayah Melayu purba, Vietnam pun sanggup menyertai TPPA sedangkan Vietnam mempunyai sejarah perang moderen melawan USA pada abad 20 lalu. Kenapa mereka sanggup menyertai TPPA?

Malaysia, sebuah negara kerangka Raja Berperlembagaan dengan 9 orang Sultan-sultan membentuk sebuah Majlis Raja-raja serta memilih Yang DiPertuan Agong menjadi Kepala Utama Negara, tak jauh beza dengan Brunei Darussalam. Ini termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. 

Singapura, negara yang Perlembagaannya tak jauh berbeza dengan Malaysia yang menjadi pujaan para pemuja mendiang dapigs-pkr pun sanggup menyertai TPPA. Sedangkan di Singapura tiada UMNO!

Tapi kenapa Indonesia tidak menyertai TPPA?

Mengapa Thailand tidak menyertai TPPA? 

Kenapa Benua India tidak menyertai TPPA?

Kenapa negara-negara Timur Tengah tidak menyertai TPPA?

Kenapa Korea Selatan tidak menyertai TPPA? 

Cerita yang dikisahkan kepada anda, itu skrip lakonan pilem versi Hollywood dan Bollywood. Tapi bukan versi Kapsul yang gagal meraih simpati penonton. 

Kita tekel satu-persatu secara pukal isu mengenai TPPA ini. 

Pertama, pembantah TPPA mengatakan TPPA ialah alat menjajah ekonomi Malaysia. Mangsa utama ialah Melayu. Kata merekalah. Siapa 'Mereka' ? Itu lah pepuak yang join Kelab Majusi. Kenapa Kelab Majusi?

Majusi ialah satu kaum yang menyembah api. Mereka mendakwa Api itu Suci. Wang ringgit, dinar dan dirham atau harta dunia ini menjadi bahan bakar api neraka sebagai siksaan ke atas mereka yang enggan membayar zakat dan menyintai duniawi.

Dalam bahasa zaman sekarang, majusi ini sama sahaja dengan golongan Kapitalis. Kerana Dinar itu dalam sebutan bahasa Melayu jadi Dineraka, Manakala Dirham pula menjadi Dinerakajahanam.

Kembali kepada persoalan awal. Kenapa golongan kelab elit Majusi membantah TPPA dengan menakut-nakutkan Melayu melalui label 'Penjajahan Ekonomi'? 

Majoriti ahli Kelab Majusi di Malaysia adalah mereka yang selama ini menyakau polisi-polisi fiskal. Merekalah Penyamun Tarbus Nombor Satu di Malaysia. Golongan ini banyak lahir pada zaman 22 tahun arwah madey kerala jadi 'Raja Tak Raja' di Tanah Melayu ini. Pengisahan ini bloger RPK telahpun memperjelaskan dalam artikel-artikel beliau di FMT. Korang carilah sendiri artikel-artikel berkenaan. 

Golongan Majusi inilah yang sentiasa menyekat peluang-peluang ekonomi dari sampai ke tangan-tangan rakyat marhaen. Sebab mereka tamak haloba. Mereka tak mao ada pesaing lain. Mereka nak kaut semua keuntungan dan peluang ekonomi yang ada.

Cara mereka amat mudah, segalanya mereka akan salahkan pihak lain untuk menakut-nakutkan pihak lain turut serta mengambikl peluang-peluang yang ada. Di depan kita, golongan majusi berapi-api membantah TPPA. Di belakang kita, merekalah yang menjelirkan lidah seperti anjing nak menjilat semua peluang-peluang terbuka dalam kerangka TPPA. 

Golongan Majusi inilah juga yang bertanggungjawab mendesak polisi afirmatif DEB dihapuskan. Ofkorslah mereka gunakan pihak lain. Kerana, selagi ada DEB, selagi itulah akan wujud peluang pesaing baru muncul. Majusi tak nak ada pesaing baru. Nanti apa mereka nak makan? 

Oleh kerana majusi di Malaysia ini amat tamak haloba mengalahkan qorun dan Firaun; sebab itu mereka membantah TPPA. Ini samalah sikap mereka yang ikuti hawa nafsu gelojak & gelodak tamak haloba mereka semasa mereka berkempen menghapuskan DEB. 

Puak majusi ini tidak sesekali akan berkongsi ilmu, pengalaman dan rangkaian mereka dengan kamu. Apa yang tinggal sedikit pada kamu, kaum majusi nak. Apa yang banyak pada mereka, kaum majusi enggan berkongsi dengan anda. 

Kaum majusi inilah selama ini dilindungi oleh pentadbiran arwah madey kerala. Mereka ini berada di merata-rata dalam setiap parti politik. Kalu tak camne nak kowtim ? Itu pasal arwah madey kerala mempunyai terlalu banyak sangat rangka hidup dalam almari-almari beliau. Ianya dikongsi bersama oleh saf-saf kepimpinan dalam parti-parti poli-tikus lain. Tapi bukan semua lar .... 

Ok, abis lah bab bebel pasal utama kenapa ada bantahan terhadap TPPA. Sekarang ini, meh kita bukak stori sikit pasal sejarah bagaimana TPPA ini wujud. 

TPPA ini bukan cerita baru. Ianya muncul sejak zaman arwah madey kerala lagi. Diteruskan perbincangannya sehingga zaman pentadbiran Najib. Oleh kerana pada awalnya, arwah madey kerala sudah kowtow, Najib perlu meneruskan tapi dengan terma-terma yang tak menyusahkan rakyat jelata. 

TPPA muncul dari P-4 , satu setengah dekad dahulu (sekitar 2000) dalam APEC yang pada masa itu mahu menyaingi WTO pentadbiran Bush. Apabila, arwah madey kerala berjaya mengekang WTO tapi gagal menyekat P-4, US di jemput menyertai P-4. Dari situ bermula lah perubahan menjadi TPPA. 

Liberalisasi pasaran yang dikemukakan dalam TPPA berkisar mengenai penghapusan semua kadar tarif di antara negara anggota. Kerisauan muncul  mengenai kebebasan membenarkan kompeni asing turut membida dalam projek-projek tempatan. Layanan yang sama mestilah diberikan kepada kompeni asing yang turut membida. 

Menurut kacamata puak majusi, kebebasan itu akan menjejaskan monopoli dan penguasaan mereka dalam bidaan-bidaan projek-projek gomen. Sedangkan, jika diteliti dengan baik-baik, di situ ada peluang besar penguasaan orang tempatan dalam saham kompeni-kompeni asing yang membida. Pada awalnya , itu merupakan Isu Singapura. 

Seperkara lagi mengenai halusinasi ketakutan mengenai TPPA ialah mengenai Tribunal yang mengadili semua pihak yang terbabit. Ofkorslah puak majusi takkan mahu diadili oleh Tribunal yang bebas. 

Selain itu, tiada apa sangat nak kecoh pasal TPPA. Puak majusi buat bising kerana bimbang kepentingan terpelihara dan perlindungan yang mereka nikmati selama ini akan terjejas terok oleh kemasukan pesaing-pesaing handalan. 

Apa yang amat ditakuti oleh kaum majusi di Malaysia ialah kemunculan kumpulan pesaing baru yang bukan dari golongan mereka. Bilamana ada dan wujud satu kumpulan pesaing baru yang di sokong oleh kompeni asing, sikit demi sedikit penguasaan puak majusi dalam ekonomi Malaysia dan global akan terjejas terok. Malah, mereka akan pupus dan digantikan oleh kumpulan baru.

Kumpulan baru pula mempunyai komitmen tinggi dan daya tahan yang tiada dipunyai oleh kaum majusi. Salah satu keupayaan kumpulan baru yang amat digeruni oleh kaum majusi ialah kemampuan kumpulan baru menjajah ekonomi dunia dan tempatan dalam sekelip mata. 

Bagaimana pula begitu? Tahukah kita bahawa TPPA akan mengujudkan kekayaan dan kemewahan baru? Kekayaan dan kemewahan baru lebih besar dan lebih luas berbanding kekayaan dan kemewahan lama yang dikuasai oleh kaum majusi. 

Sudah tentulah dalam kerangka kekayaan dan kemewahan baru itu, kaum majusi akan kehilangan segala-galanya. Sebab itu lah mereka bantah TPPA.

Bayangkan, TPPA sebenarnya membuka ruang dan pintu kepada Malaysia menjadi Penjajah Ekonomi Global. Kenapa ambe katakan begitu ? Korang tunggulah artikel selepas ini.