Rabu, 24 Jun 2015

PENCETUS PARANOIA 1MDB DI TAHAN POLIS THAI.


BISMILLAHI-ALLAHU AKBAR !

Gambar di atas gambar malaon yang mencetuskan Paranoia 1MDB selama ini. 

Nama malaon tu Xavier Andre Justo, warganegara Swiss dan bekas pekerja PetroSaudi International Limited. 

Dua tahun lepas, malaon tu di pecat oleh majikannya. Selepas di pecat, malaon tu pun setat kegiatan peras ugut terhadap bekas majikannya. Malaon tu ugut nak bocorkan maklumat dan dokumen-dokumen urusniaga sensitif yang malaon tu dakwa di curi oleh beliau. Nak tahu berapa jumlah yang malaon tu peras ugut? 

Malaon tu peras ugut 2.5 juta Swiss franc (RM10 juta) , p.s. nkorang yang paranoid pasal 1MDB dapat apa? Malaon tu buat sebab nak peras ugut bekas majikannya. So nampak tak betapa nkorang yang mainkan isu fitnah pasal 1MDB kena fuck dek Mat Salleh pemeras ugut tu? Tak ke korang rasa bongok sekarang? 

Dikatakan , segala maklumat dan dokumen yang dibocorkan oleh malaon tu melalui emel dan sebagainya, dah di pinda oleh pengguna maklumat cam Sarawak Report. 

Sebab itu dari awal ambe dah kata, paranoia pasal 1MDB ni sebenarnya suatu pembohongan & penipuan semata-mata. 

Berikut adalah petikan laporan penangkapan malaon tu:-

Polis Thailand telah memberkas seorang bekas pegawai PetroSaudi International Ltd dan mendakwanya atas tuduhan memeras ugut syarikat tersebut.
Demikian yang dipetik oleh media Thailand.
Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pumpunmuang memberitahu wartawan, polis Divisyen Jenayah Pemaksaan telah menahan XAVIER ANDRE JUSTO, seorang warganegara Switzerland ekoran waran penangkapan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan.
Polis turut menggeledah rumahnya, merampas komputer serta beberapa peralatan yang mereka percayai, telah digunakan untuk melakukan jenayah berkenaan.
Menurut Polis Thailand, Justo yang melarikan diri ke Thailand merupakan bekas eksekutif di PetroSaudi. Syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi itu, membuat pelaburan dalam industri minyak dan gas, tetapi sangat dikenali dan mempunyai kaitan dengan Malaysia ekoran pelaburan syarikat tersebut dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Dua tahun selepas dia dipecat dari syarikat berkenaan, Justo didakwa cuba mengugut dan memeras PetroSaudi sekurang-kurangnya 2.5 juta Swiss Franc (lebih kurang RM10 juta). Justo mengugut untuk menyebarkan maklumat-maklumat perniagaan sulit, yang didakwanya dicuri dari syarikat sekiranya tuntutannya tidak dipenuhi.
Ugutan dan peras ugut itu menyebabkan beberapa e-mel dan dokumen muncul di blog bermotifkan politik, Sarawak Report, sekaligus mencetuskan gelombang besar tuduhan demi tuduhan ke atas 1MDB.
Kesemua e-mel dan dokumen yang telah disiarkan oleh blog tersebut telah DIPINDA, sekaligus mewujudkan kesangsian atas kesemua tuduhan yang dilemparkan.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Riyadh, PetroSaudi berkata, mereka amat mengalu-alukan penangkapan Justo dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Thailand.
PetroSaudi juga berkata, mereka sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas lelaki berkenaa.
"Kami lega Justo akan dihadapkan ke muka pengadilan. Kami telah menjadi mangsa kepada jenayah yang kemudiannya telah dipolitikkan di Malaysia," jurucakap PetroSaudi dilaporkan sebagai berkata. "Kami gembira kerana akhirnya bukti sudah ada dan kami memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana masalah yang ditimbulkan oleh salah seorang bekas pekerja kami yang haloba."
SUMBER NST ONLINE
baca juga THE MALAYSIAN INSIDER yang tidak menyebut langsung tentang e-mel dan dokumen yang dipinda oleh Sarawak Report.
Saman-menyaman sibil tak main lar, kita terus tangkap je malaon-malaon yang bertanggungjawab.

Najib masih lagi PM & Presiden UMNO serta mendiang PR masih dalam jirat dan arwah Tun M masih lagi mantan ketika artikel ini di tulis.