Selasa, 23 Jun 2015

KEBIJAKAN MELAYU PRIBUMI DIPERLUKAN UNTUK AMANKAN SENGKETA POLITIK.



BISMILLAHI-ALLAHU AKBAR 

Ambe taknak melayan isu-isu politikal ciptaan para politikus zombi seperti puak arwah Tun m, puak mendiang yahudi Timur dapigs , puak arwah Melayu Klon PASMA & puak sepi diam seribu bahasa TALIBAN PAS. 

Ambe cuma nak menulis mengajak semua Melayu Pribumi kembali sedar akan tanggungjawab dan amanah memikul wasiat tok nenek moyang kita dulu. Itu yang amat penting dan bukan melayan hawa nafsu manusia-manusia hewani yang ada dalam kelompok politikus zombi. 

Ambe nak menceritakan Hakikat Kenyataan perilaku sekelian politikus zombi. Jika mereka nak beramok sesama sendiri, biarkan sahaja. Dah memang mereka jenis yang dilahirkan untuk beramok , membinasa dan memusnahkan alam dunia. 

Ambe nak tulis apakah yang kita Melayu Pribumi perlu buat untuk hadapi karenah dan peramokan puok-puok tak sedor diri tu. 

Mahu tak mahu memang kita perlu memilih pihak. Ini penting untuk kita memberi undi kepada pihak yang bertanding di PRU dan PRK. Kita tak boleh enggan keluar mengundi. Itu akan merugikan kita. 

Kita juga tak mahu dek kerana karenah dan kebebalan puak politikus zombi, maka kita berkelahi. Akhirnya kita rugi dan binasa. itu yang puak politikus zombi mahukan. Kita jangan beri !

Sekarang ini, kita selaku Melayu Pribumi kena sedar dan perlu sedar bahawa Allah Hu Ta'ala sedang menunjukkan kepada kita betapa sekelian politikus zombi di laga-lagakan agar mereka memusnahkan kekuatan mereka sendiri. 

Namun, sistem pemerintahan yang ada, masih memerlukan kita menajdi pengundi dan membuat pilihan. Kerana itu kita selaku Melayu Pribumi kena bijak Memilih dan bijak mencaturkan pilihan. 

Kita selaku Melayu Pribumi perlu sedar sampai bilakah kita perlu ikut bontot politikus zombi? Sedangkan mereka berkuasa kerana kita memilih mereka dalam sistem yang ada. 

Kita tak boleh tukar sistem yang ada kerana itu adalah persetujuan tok nenek moyang kita dulu dengan mereka. Kecuali, puok politikus zombi dah musnah akibat sengketa sesama mereka. itu lain cerita lah. Sebab dah takde puok tu maka perjanjian terbatal dan kembali kepada status-quo, Itu Adat Beradat mereka yang tok nenek kita setuju !

Kita selaku Melayu Pribumi tetap berpegang kepada al quran nuur kariim. Selagimana politikus zombi pegang janji, kita pun pegang janji. Tapi sesekali kita tak akan beramok cam mereka sesama mereka. Itu tebiat mereka. Kita Melayu Pribumi ada Adat. Tak kira lah Adat Temenggung ke atau Adat Perpatih.  Dan tetap kita Melayu Pribumi berpegang kepada Adat Beradat Tanah Mengandung.

Kita pegang pada Wasiat 7 dan persetiaan Durbar di antara Sultan-sultan dengan Tok Undang Nan Empat. Kita pegang artikel 153. Dan kita pegang al quran nuur kariim. Kita tak pakai Undang-undang Rimba pasal Hak Asasi Manusia. 

Kita pegang kata-kata ini
Hak Kita Hak Kita
Hak Orang Hak Orang
Hak Orang Kita tak mahu
Hak Kita Jangan lagi di beri kepada orang 

dan dalam setiap sengketa politik antara politikus zombi kita pegang teka teki ini
Bila Bulu kusut Paruh betulkan 
Bila Paruh kusut Kaki betulkan 

Kita juga tak pakai semua falsampah politik bawaan dan amalan para politikus zombi yang ada. 

Soal Hak, Kita jelas 

Soal Amanah, Kita jelas 

Soal Pegangan, Kita jelas

Lantak lah kat puok politikus zombi nak mampos sesama sendiri. KIta tak suruh pun mereka pilih jalan tu. Itu pilihan mereka sendiri. Biarlah mereka binasa akibat perbuatan mereka sendiri. Kita jangan campur. Kita cuma elak dan kawal agar sengketa mereka tak membinasakan kita bersekali. 

Mereka ada hartanah dan rangkaian di luar negara. Mereka boleh naik jet dan terbang sekelip mata selamatkan diri. Kita? Sebab itu setiap sengketa politikal mereka, kita jangan campur. Biarkan mereka jadi gila meroyan sesama sendiri. 

Tiba masa mengundi, kita tahu sapa kita nak pilih. Anak-anak buah dan pengikut mereka nak beramok masa kempen , kita tengokkan sahaja. Mana yang sakit, pingsan, mati kita bantu hantar ke hospital. 

Kalau kita campuri sengketa mereka, kita yang binasa. Jadi lebih baik kita tak campur. Biar mereka yang binasa sesama sendiri. Itulah balasan buat mereka. Kita berkecuali. 

Bila mereka dah buntu, tahu lah mereka nak cari kita minta tolong. 

Kita jangan ambil peduli dan jangan heran lah dengan berapa puluh biliyun yang puok depa dah samun. Nanti tahu lah harta benda tu balik sendiri kepada empunya Hak. 

Mereka nak undi, kita beri

Mereka nak kuasa, kita buat janji 

Mereka nak harta, kita tak curi 

Bila mereka mungkiri , mereka akan binasa sendiri. 

Itulah Kebijakan Melayu Pribumi.

Barulah aman sentosa semua yang ada dalam negeri. 

Mereka ada kapal tanker, Kita ada Lanchang Teraju Tiga. 

Mereka ada pengikut, kita ada sekelian hamba Allah Hu Ta'ala.

Apa lagi yang kita nak bergantung kepada mereka? 

Kita takkan hukum mereka. Biarlah mereka nak jadi Tukang Hukum sesama mereka. 

Kita ada surah an naas dan surah al falaq. 

Kita Melayu Pribumi maklum kesemua 6 Perdana Menteri bukan dari kalangan Melayu Pribumi pun. Takpelah, dah tok nenek moyang kita dah berjanji. Kita pegang janji. Mereka nak mungkiri janji. 

Dah abis tempoh masa RAHMAN maka timbul pula tempoh masa RAHIIM.

Maka biarkanlah mereka jadi Tukang Hukum menghukum sesama mereka ikut Hukum Toghut mereka .

Kita selaku Melayu Pribumi Jalan Terus ikut al quran nuur kariim itu Jalan Paling Selamat berbanding nak ikut politikus zombi. 

Dan masa mengundi nanti, kita jangan pilih pihak yang salah lagi cam tahun 2008 & 2013. Kita tak boleh undi dan pilih puak mendiang dapigs, pkr PASMA & PAS lagi dah.