Sabtu, 2 Mei 2015

P.091 PRK ROMPIN: SHABERY CHIK CAKAP LAIN, YANG DI FAHAM JADI LAIN. CAM SEOT LA.

"GUANO DEMO BOHs, " Ungkapan ni gerenti ada orang salah faham punya ! Payoh mentaliti imaginasi yang suka melancap minda sendiri sampai terinzal macam-macam halusinasi. Kamonlah, dari mula keluar tewit DS Najib mengwar-warkan tanggungjawab dan amanah setel dengan TELCO memang terletak pada Shabery Chek; sampailah ke 'Tajuk Portal', tak abis-abis ada manusia masturbasi minda mereka dengan macam-macam setail lancapan minda nak syokkan diri mereka. Apa sebab? Sebabnya,  ada yang alah malu lah kerana tersilap cakap sebelum ini . Dok mandai-mandai nak obertake di selekoh tajam. Buat kerja yang bukan dalam bidang tugasan. Kuar stetmen kena trol kow-kow. 

Apa yang dipetik dan dijadikan tajuk 'Berita' kat sesetengah portal itu, jangan dok difahamkan cam Shabery Chek ini takde hati perot dan tak fikir langsung pasal rakyat marhaen dan impak sokongan kepada BN. Bukan salah Shabery Chek ke atas pemilihan 'Tajuk Berita' yang disengajakan oleh portal untuk mensensasikan rangking portal mereka. Takkan dengan begitu mudah, minda korang dilancap sesuka hati dek tajuk-tajuk berita camtu? Kata dah otai dengan Game Psywar Media Sosial, tapi korang punya latah cam nenek bongkok tiga. 

Shabery Chek itu menyentuh mengenai pelbagai sudut yang perlu dipertimbangkan dalam isu GST ke atas Kad Tambah Nilai perkhidmatan talipon prabayar. Shabery Chik hanya menyentuh mengenai pertimbangan cadangan pemansuhan GST ke atas kad Nilai Tambah Prabayar sahaja. Bukannya Shabery Chik menekankan mengenai kerugian di pihak gomen semata-mata. Angka itu hanya di sebut sebagai perbandingan dan justifikasi betapa ruginya rakyat jika pemansuhan GST ke atas Kad Nilai Tambah prabayar dimansuhkan. 

Lancapan minda bermula bila ada yang menyanggah kenyataan Shabery Chek dengan memberikan alasan bahwa sebelum GST, setiap kad Nilai Tambah prabayar sudahpun dikenakan SST 6%. Betul ke atau sekadar lancapan minda akibat kekeliruan dengan kadar cukai yang dibenarkan sebelum ini mengikut Akta yang berkuatkuasa? Tang ini ambe kena tanya Shabery Chek bila berpeluang berjumpa beliau. Kalau jumpa la. 

Yang ambe nampak ada dua perkara mengenai lancapan minda terbaru ini:-


1. Pasal bidangkuasa Menteri untuk penetapan atau pemansuhan GST ke atas kad Nilai Tambah prabayar; 


2. Pasal rakyat marah kononnya sebelum ini SST sebanyak 6% sudah dikenakan. Jadi bila tolak SST itu dan digantikan dengan kadar GST (kadar yang sama 6%) sepatutnya tiada penambahan. Ini kefahaman lancapan minda yang berlaku lah. 


Pada pemahaman ambe pulak, cer tengok la sapa empunya saham terbesar dalam TELCO ni kan. Apa yang ambe kaji dan analisa ialah, TELCO ni macam nak sabotaj gak la GST ni. Cuma sapa punya Game ni sebenarnya? 



P.O91 PRK ROMPIN PENGUNDI TANYA " UNDI PAS DAPAT APA???"

Politikus sedar dan semua jentera parti politik tahu, pengundi semakin cerdik. Kadangkala terlebih cerdik dari mana-mana graduan doktorat dan pemegang skor 3.87 CGPA. Tapi dek kerana politikus dan jentera parti politik 'merasai' status quo pou mereka lebih tinggi sebab duduk dalam kerajaan; mereka buat-buat lupa lah fakta penting tu dalam setiap PRK & PRU. Ini kisah pasal bagaimana kelompok jentera PAS nak perbodohkan pengundi di kawasan Parlimen Rompin dengan slogan:-

(a) Undi PAS 1 undi Tolak GST.
********************************
Jentera PAS hengat mudah ke nak nipo pengundi camtu? Ya betul ramai pengundi bersungut pasal GST; tapi pengundi pun sedar dan tahu; puak PAS pun takkan hapuskan GST kalau PAS menang. Tengoklah apajadi pada manipulasi politikal isu HUDUD oleh PAS. Dari masa poknik masih hidup sampai poknik jadi arwah; PAS masih gagal nak realisasikan  HUDUD. Apatahlagi dengan isu pasal GST ne. Kalo PAS MENANG sekalipun dan dapat tambah kerusi di Dewan Rakyat; korang hengat PAS akan gunakan kelebihan tu untuk perjuangkan Hak rakyat? Tengoklah apajadi pada PAS di DUN Selangor, ada 15 kerusi DUN pun tak mampu nak jadi Speker dan MB Selangor. Nak rampas bir pun PAS tak mampu nak buat. Nak halang gerakan misionaris pun PAS tak mampu. Dalam Parlimen; PAS bukan nak pertahankan kalimah ALLAH tapi jadi pemborong menjual kalimah suci tu kepada Dapigs & PKR. Takkan korang dah lupa episod tu???  Kalo PAS menang, calon PAS dapat gaji dan elaun ahli Parlimen yang baru naik; Orang KAMPUNG DAPAT APA??????

Tanyalah semua pengundi yang beri undi kepada calon PAS.... APA MEREKA DAPAT DARIPADA PAS?

MEMILIH BIARLAH BETUL

Memilih Wakil Rakyat ne tak boleh pilih ikut selera nafsu-nafsi cam pergi shopping di pasar malam. Kita perlu memilih yang betul-betul boleh berkhidmat dan bawa suara kita di Parlimen untuk didengari. Kalo takat suara wakil yang dipilih di Dewan Rakyat saja yang berdegardegar tapi suara kita tak didengari; tak guna. Di antara suara calon PAS dengan suara calon BN; dah tentu suara rakyat lebih terjamin didengari bila disuarakan oleh calon BN. Makanya; molek benarlah calon BN dipilih. Pengundi yang bermastautin diluar tapi berdaftar sebagai Pemilih Berdaftar di kawasan Parlimen P.091 Rompin; baliklah untuk mengundi. Undi anda amat penting bagi masadepan semua penduduk dalam kawasan parlimen berkenaan. Boleh dak balik mengundi? Sebab 5hb Mei pun dah diisytihar cuti oleh kerajaan negeri Pahang. Moh Balik Mengundi BN!