Selasa, 20 Januari 2015

MASALAH SOSIO-EKONOMI & EKOSISTEM MALAYSIA IALAH TEMBOK PREJUDIS SEPERTI TEMBOK BESAR CHINA.

‎Bismillah

لا اله الا الله الملك الحق المبين محمد رسول الله الصادق الوعدالإ مبن


Salamun ‘Alaikum

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Anfaal 8:63) 

Artikel kali ini ambe nak menyentuh dalam Bahasa Mudah mengenai masalah dan punca utama berlakunya jurang sosio-ekonomi & ekosistem dalam negara.

Ini berkait rapat dan berhubung terus dengan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Melayu dengan Pemerkosaan Agenda tersebut.

Ada juga berkait dengan Budaya Kiasu amalan komuniti Cina dan Tamil di Malaysia.

Berkait juga dengan isu-isu politikal bongok melalui propanganda puak PR di media sosial. 

Terkait juga dengan Gusti Lembut di antara bekas pemimpin dengan pemimpin yang ada.

Mengaitkan semuanya dalam satu gambaran seperti sesawang lelabah berkenaan Amalan dan Budaya Lazim Politik, Ekonomi & Pemisahan terdahulu dan pada masakini.

Sedar tak sedar, sejak merdeka, memang ada wujud Tembok Ghaib yang memisahkan semua komuniti dalam Malaysia mengikut kategori:-

1. Kaya & miskin
2. Pemerintah & Rakyat
3. Bangsa Keturunan 
4. Nasionalis & revolusioner
5. Korporat & pekerja
6. Agama & sekular. 

Tembok Ghaib tu ambe namakan Tembok Prejudis. 

Sedar tak sedar, Tembok Prejudis inilah yang membentuk mindset setiap kelompok di dalam dan di luar Tembok Prejudis itu.

Sehingga kini, tiada usaha langsung untuk menyentuh kemalaratan dan kemudaratan Tembok Prejudis itu. Sebabnya?

Sebabnya, tak ada seorang pun berani nak keluar dari Tembok Prejudis itu dan meruntuhkannya. Kenapa?

Kerana, setiap aspek kehidupan dan penghidupan mereka bergantung sepenuhnya kepada sejauhmana Tembok Prejudis itu mampu bertahan dan melindungi mereka dari ketakuan-ketakutan (Fobia). 

Sepertimana tujuan asal Tembok Besar China di bina; begitu jugalah tujuan dan matlamat Tembok Prejudis itu di bina. 

Keluar dan meruntuhkan Tembok Prejudis itu bermakna merubah dan membinasakan STATUS-QUO yang mereka nikmati. Inilah ketakutan (Fobia) yang terbit daripada Tembok Prejudis berkenaan.

Dan Fobia itulah yang menghalangi segala komuniti yang berlindung di Tembok Prejudis melakukan kebaikan dan kebajikan. Semua benda yang diaorg buat adalah untuk melindungi Status-Quo mereka. 

Untuk nampak mereka buat baik, mereka akan gunakan alasan dan justifikasi kononnya apa yang mereka buat untuk kepentingan agama bangsa dan negara. 

Hasil dari Fobia itu terbit pula Mekanisma Defensif.

Mekanisma Defensif inilah terbit pula alasan-alasan kenapa mereka menjadi Selektif. 

Amalan lazim selektif ini pula mengasingkan mereka dari khalayak ramai di luar Tembok Prejudis.

Maka makin menebal lah pula sifat keAkuan dalam diri mereka.

Apabila ada tekanan, desakan dan asakan agar mereka keluar dari Tembok Prejudis itu, mereka akan memetik suis Mekanisma Defensif.

Itulah Kitaran Lazim yang berlaku. Lama-kelamaan ianya menjadi suatu Habit yang sukar mereka ubah dan merubahnya. 

Tembok Prejudis ini kita boleh nampak bila kita buka Mata Hati dan Mata Minda luas-luas. Ada di mana-mana peringkat kelas masyarakat. 

Tembok Prejudis di kalangan komuniti Cina Malaysia bermula dari kebangkitan semangat Nasionalisma Dr Sun yat sen.

Kemudian perjuangan menentang kezaliman Tentera Maharaja Jepun.

Kemudian diterjemah menjadi perjuangan komunis.

Selepas itu menyokong Malayan Union 1946. Berkaitan dengan hal dwi- kerakyatan dan melindungi warisan budaya dan bahasa mereka.

Seterusnya dilanjutkan kepada perjuangan menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Setelah itu, diterjemah kembali dalam Konsep Malaysian Malaysia sehingga kini. 

Di kalangan orang Melayu pula, ianya terbit dari sikap kebencian kepada British dan kelemahan pentadbiran Raja-raja Melayu. 

Kemudian menjadi Semangat Nasionalisma yang berpasak kepada fahaman Sosialis Liberal dan Liberal Demokrat serta Islam. 

Akhirnya berlaku pertembungan aliran. Di istilah kan menjadi Sekular- Islam. 

Maka bangkit pula golongan Muda. Bergerak dalam pergerakan belia. Muncul lah ABIM. 

Berlaku pemisahan dalam politik di antara golongan radikal sosialis-komunis , golongan agama dan golongan liberal. 

Tak lama selepas itu berlaku gerakan dakwah terbesar muncul lah Al Arqam.

Di saingi oleh pemikiran lapuk Tun Dr Mahathir membawa Konsep Melayu Baru. 

Akhirnya Al Arqam terkubur. Tinggallah puak jumud Melayu baru Tun Dr Mahathir yang di sokong kuat puak ABIM. 

Berlaku lagi perubahan drastik bila UMNO 1946 diharamkan. Maka puak Melayu Baru menguasai senario dan membentuk kluster baru acuan mereka.

Puak Melayu Baru inilah yang mula mengasingkan Melayu dengan pemikiran-pemikiran mereka. Mereka mula mengkategori Melayu dalam klasifikasi ciptaan dan khayalan mereka sendiri. 

Mereka mahu Melayu menjadi Hebat, Gagah, Perkasa tapi mereka menolak semua teras yang menjadi Melayu itu gagah, Perkasa dan Hebat. 

Selepas berlaku tragedi 13 Mei 1969, muncul lah pula Dasar Ekonomi Baru. Berakhirnya era golongan tua dalam UMNO. Bermula pula era golongan muda di bawah allahyarham Tun Razak dan Tun Dr Ismail. 

Malangnya, semasa era Tun Dr Mahahtir, setelah dipengaruhi oleh pemikiran sosialis Islam Liberal dalam aliran ABIM, segala sasaran DEB gagal dipenuhi. Kenapa?

Ini kerana Tun Dr Mahahtir dan kumpulan Melayu Baru nya lebih fokus kepada usaha-usaha membina sebuah Dunia Baru Utopia. Akhirnya gagal. Kerana Dunia Baru Utopia itu di bina di atas keangkuhan dan prejudis. 

Bila berlakunya, pemisahan antara beliau dengan anwar Ibrahim, maka Konsep Melayu Baru itu diterjemah anwar Ibrahim kepada Reformasi. 

Bila kumpulan Melayu Baru acuan TDM gagal melawan arus kebangkitan Reformasi, maka TDM undur diri. Dan berakhir era Melayu Baru. Namun, simpatisan dan gerakan itu masih menghantui dan menjadi Duri dalam Daging. 

Sejak 2003, selepas TDM letak jawatan, sel-sel dan kluster Melayu Baru terus menerus menyerang semua pengganti TDM. Pak Lah menjadi mangsa terakhir apabila menang besar mengalahkan semua kemenangan semasa TDM. 

Apabila puak kluster dan sel Melayu Baru menggantikan Pak Lah dengan DS Najib, mereka berfikir boleh bernafas semula. Dan meneruskan Agenda mereka setelah terbantut pada 2003. 

Mereka menjadi pengacau kepada semua corak dan polisi pentadbiran Ds Najib. Ada saja yang tak kena pada mereka. 

Mereka juga masih menggunakan khidmat Anwar Ibrahim secara diam-diam. Seboleh-bolehnya mereka mahu mewariskan Malaysia ini kepada satu keturunan sahaja yakni keturunan yang mereka boleh perkotak-katikkan. 

Mereka menolak semua warisan Melayu.

Mereka jugalah yang menghapuskan semua imuniti Raja-raja. 

Mereka jugalah yang memeluk dan menerima idea-idea pluralisma dan liberalisma. 

Mereka menggunakan sumber kekayaan dan rangkaian sosial serta perniagaan mereka untuk membuat kacau sana sini dan menghasut.

Mereka mempromosikan agenda Melayu Baru mereka. 

Tembok Prejudis yang mereka cipta lebih dahsyat dan lebih kejam dari Tembok Prejudis ciptaan dapigs ke atas komuniti Cina Malaysia. 

Agenda Pemerkasaan Melayu menjadi Agenda Pemerkosaan Melayu. Inilah Tembok Prejudis puak Melayu Baru di bawah pimpinan TDM. 

Disebabkan oleh kerakusan merekalah UMNO BARU dibenci dan dijauhi golongan generasi muda-mudi Melayu.

Maruah Melayu tercalar.

Martabat Islam di hina dan di cabar pula oleh puak dalam Tembok Prejudis dapigs. 

Tembok Prejudis mereka dengan PKR dan dapigs adalah setara, sama, serupa cuma baju sahaja lain. 

Oleh itu Melayu kebanyakan wajib menjauhi mereka dan berhati-hati serta waspada dengan jerat dan perangkap mereka.

Mereka memang pandai berlakon dan bermain wayang.

Mereka juga cukup licik mengenalpasti kambinghitam dan memperalatkannya untuk kepentingan mereka. 

Mereka juga mempunyai ciri-ciri khas untuk dikenalpasti. 

Ego mereka memang tinggi, 

Penampilan mereka nampak waraq, boleh dipercayai dan baik. 

Hati mereka adalah hati serigala yang sentiasa lapar. 

Mereka memang pakar menghasut dan mengadu domba.

Mereka dengan dapigs, pkr, pas lebih kurang sama sahaja.

Benarlah seperti firman Allah Hu Ta'ala di bawah ini:-

'audzubillahiminassyhaitonirrojiim 
Bismillahirohmaanirrohiiim 

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَابِرَ مُجْرِمِيهَا لِيَمْكُرُوا فِيهَا ۖ وَمَا يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya.
(Al-An'aam 6:123)