Isnin, 5 Januari 2015

PUAK PR MASIH ANGKUH & INGKAR WAIMA DITIMPAKAN BENCANA ALAM SEBAGAI PERINGATAN KERAS

Mangsa Banjir Yang Kehilangan Tempat Tinggal. Mereka menanti bantuan daripada kerajaan negeri PAS Yang Ntah Mana Kordinasi & Fokus Bantuan daripada puak PAS. Pemimpin PAS seperti Salahuddin Ayub Hanya Tahu Menyalahkan Kerajaan Pusat dan Agensi Pusat Yang Membantu Mangsa Banjir siang malam tanpa mengira batasan politik.

BENCANA ALAM BANJIR:- Semasa banjir sedang melanda teruk Kelantan, puak macai dap-pkr dikerahkan pemimpin dap pkr menyebar fitnah terhadap DS Najib. Tiada langsung terlintas di fikiran dan hati mereka untuk mengerahkan macai mereka menyebarkan info banjir dan seruan bantuan kepada mangsa banjir. Sebaliknya, mereka memilih melakukan kejahatan. Sedangkan mereka berkemampuan membuat kebaikan membantu dan menolong mangsa banjir. Mereka menyebarkan pelbagai berita-berita palsu mengenai keadaan banjir. Pertama mereka keluarkan dan sebarkan ialah gambar DS Najib bermain golof dengan Presiden USA Obama. Tiada gambar bantuan dan pertolongan daripada mereka kepada mangsa banjir disiarkan dan diterbitkan oleh mereka. Sebab apa? Sebab mereka memang tidak membantu dan menolong pun mangsa banjir ! Mereka biarkan sahaja mangsa banjir dalam musibah. Begitulah angkuhnya puak PR pada masa rakyat di timpa musibah.

Kejahatan PR itu tidak terhenti semasa banjir surut. Malah mereka memperhebatkan lagi kejahatan mereka dengan menyebarkan fitnah mengenai Jet Negara dan DS Rosmah. Bila banjir mulai surut, kelihatanlah kebinasaan harta benda luar biasa dan Balak Hanyut berada di merata-rata tempat di kawasan banjir. Mereka terdiam sebentar. Kerana Allah Hu Ta'ala memperlihatkan kepada semua, Punca Sebenar Banjir berlaku.

Kita fikir mereka (puak PR) akan insaf dan mengakui kesilapan mereka yang menyebabkan punca banjir teruk. Rupanya TIDAK ! Mereka (puak PR) mencari helah pula. Husam Musa meletakkan kesalahan punca banjir kepada pihak Thailand, pihak TNB dan akhir sekali kepada bacaan hidrometer. Bukan itu sahaja, pihak PAS yang pro dap-pkr pula mengambil kesempatan meminta agar kerajaan Pusat memberikan Dana Kewangan melalui Royalti (yang tak pernah wujud dan bukan hak mereka) daripada kerajaan Pusat.

Semasa pihak UMNO, BN dan pemimpinnya sibuk turun banjir melihat keadaan hal ehwal mangsa banjir di samping memberikan bantuan; pemimpin PR pula sibuk di luar negara bercuti. Bila keadaan mulai reda, barulah nampak sikit batang hidung tak mancung mereka (puak PR) dan memberikan alasan, Maaf Tiket Tak Dapat Di Tukar! 

Sewaktu macai PR menyebarkan fitnah-mehnah mengenai banjir dan mengumpat keji bantuan yang diberikan; pasukan penyelamat pun tak terkecuali dari serangan fitnah-mehnah jahat PR; mangsa banjir dibiarkan saja oleh PR. Dan mereka (puak PR) memilih  untuk terus menerus menyebarkan fitnah-mehnah memburukkan pihak yang memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Bukan itu sahaja, pemimpin PAS yang terlibat dalam kegiatan pembalakan (punca kemusnahan & kebinasaan dalam banjir) kini muncul mencari-cari salah pihak yang memberikan bantuan. Langsung mereka tidak mempedulikan nasib rakyat yang mereka (puak PR) tipu selama ini. Mereka (puak PR) langsung tak memikirkan bagaimana mereka hendak membantu mangsa banjir. Mereka (puak PR pengkianat rakyat) hanya tahu mencari salah dan menyebarkan fitnah-mehnah sahaja.

Pasca Banjir, menyaksikan pihak PR masih terlalu sibuk dengan Politiking jahat mereka. Sekarang mereka (puak pr pengkianat rakyat) mengambil kesempatan menekan kerajaan Pusat agar memberikan dana bantuan terus kepada mereka. Bagi ambe, bagaimana kita hendak memberikan amanah kepada mereka (puak PR pengkianat rakyat) sedangkan semasa rakyat di timpa musibah, mereka lebih pentingkan Politiking mereka berbanding kebajikan mangsa banjir.

Ambe membayangkan suatu situasi di mana , bila dana Bantuan disalurkan kepada puak pr (pengkianat rakyat) mereka akan selewengkan dana tersebut. Dan bila mangsa banjir merungut, mereka akan memfitnah kerajaan Pusat. Itulah helah mereka (puak pr pengkianat rakyat). Kita jangan lupa mengenai penyelewengan Tabung Memali dan pelbagai pengkianatan amanah dana negeri yang diamanahkan kepada mereka (puak pr pengkianat rakyat). Puak PR tidak AMANAH !

Bahkan, puak PR pengkianat rakyat hanya memberikan bantuan kepada puak mereka sahaja. Mereka memilih bulu dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Dah lah bantuan yang mereka hulrkan tak seberapa, mereka menjadi selektif plak. Berlaku di Kelantan, di mana puak-puak ingkar itu mengambil barangan bantuan di pusat JKM kemudian menjenamakan semula bantuan itu sebagai daripada mereka. Ada ke patut? Dan berlaku juga kes-kes terpencil di mana, ada kereta 4x4 yang sarat muatan dengan barangan bantuan, di curi dan di rompak. Ada ke patut? 

Rakyat Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia amnya, perlu sedar dan insafi lah, bila nak memilih kerajaan negeri atau pusat, sila lah pilih yang tahu nak membantu dan bukan yang hanya tahu 'Tengok & Sebar Fitnah-mehnah'. Rakyat takkan kenyang dan sejahtera dengan hanya "Politik Ceramah" dan "Politik Dok Cari Salah Orang" 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, 365 hari setahun.