Khamis, 16 Oktober 2014

KENAPA PERLU BERJUANG DEMI MENYELAMATKAN ANWAR IBRAHIM? DAH SASAU SANGAT KE?

Kata cerdik sangat daripada semua pengundi dan penyokong BN dan UMNO serta genk Songkok Tinggi Keris Telanjang .. Tapi kenapa begitu bahlol bertingkat-tingkat berjuang, berdemo semata-mata nak menyokong perbuatan jenayah seksual Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim ada ke atau takde ke, serupa sahaja keadaan di Malaysia pun.

Apa korang dapat pun ? Anwar Ibrahim jugak yang untong. Korang dapat apa untung?

Anwar Ibrahim bukan keramat bukan Nabi Allah bukan Imam Mahdi bukan Pemimpin Harapan Rakyat bukan Anugerah Tuhan, bukan mangsa konspirasi, Anwar Ibrahim kalau kentot pun bau busuk jugak sama seperti orang lain. 

Anwar Ibrahim adalah seorang manusia biasa je tak maksum pun, tak istimewa pun. Beliau tetap ada nafsu-nafsi gak cuma beliau ada sikit luarbiasa punyai nafsu yang sama dengan kaum Nabi Luth alaihis salaam. 

Kenapa nak bersusah payah untuk membantu Anwar Ibrahim melepaskan dirinya daripada Hukuman?

Kesemua bukti dan keterangan telah di cabar dan di uji di dalam mahkamah.

Perbicaraan Anwar Ibrahim pun punyalah lama dan barisan peguambela Anwar Ibrahim tidak pernah di halang dari membuat bermacam-macam permohonan yang ada dalam buku undang-undang. 

Apa rasionalnya dan kewarasannya untuk membela Anwar Ibrahim ini?

Pelik betul penyokong dan pentaksub PKR dan manipulator DAP. Depa sendiri tak turun tapi suruh oranglain turun. 

Tak Logik Sungguh Nak Berdemo Depan Istana Kehakiman dan Menggangu Proses Peradilan di Negara Sendiri gara-gara seorang politikus monopos cam Anwar Ibrhaim ini. 

Buang masa je layan Anwar Ibrahim ni. 

APA LAGI POLITIKUS MALAYSIA MAHU?

Setelah 57 tahun berlalu sejak kemunculan pertama kelompok politikus di Malaysia; kita melihat dari bapak sampai ke anak sampai ke cucu; politikus mewariskan jawatan dan pangkat ikut suka hati mak bapak diaorg macamlah Malaysia ni pesaka nenek moyang mereka.

Contoh paling dekat ialah DAP-PKR. Dua buah parti cap ayam itu dah jadi harta pesaka dua buah keluarga.

Manakala dalam UMNO pula; berlaku juga tapi taklah seterok DAP PKR.

Apalagi yang Politikus Malaysia mahu?

Pangkat dah di beri
Jawatan dah di beri
Kuasa dah di beri
Harta bertimbun sampai sebelas keturunan tak abis pun dah di beri

Politikus Malaysia Ini Tak Reti Nak Bersyukur Dan Berpuashati dengan apa yang dah di beri?

Masih nak kufur nikmat?

23 tahun lamanya mereka diberikan peringatan demi peringatan.

Tapi mereka masih Ego..sombong..bongkak ... angkuh seolah-olah Malaysia ini harta pesaka keluarga keturunan mereka.

Mereka pesongkan sejarah ....
Mereka gantikan tulisan Jawi ...
Mereka ubah Perjanjian Persetiaan...
Mereka bina empayar mereka sendiri....
Mereka akur dan tunduk kepada orang luar ....
Mereka takut nak berkata benar...
Mereka takut nak buat benda betul...
Mereka takut hilang kuasa ....
Tau Plak Mereka Takut Hilang Kedudukan, Pangkat, Harta dan Keistimewaan.

Tapi mereka tak tunjuk pun mereka takut kepada Allah Hu Ta'ala ....

Takpe lah; biarlah Allah Hu Taala yang menghukum mereka ..... Allah Hu Taala sahaja yang berhak menghukum ...

Kita tengok je la bagaimana mereka di hukum Allah Hu Taala jika mereka masih enggan bertaubat dan mengembalikan Hak kepada yang Berhak ...

APA YANG TAK KENA DENGAN POLITIKUS MALAYSIA?

Malaysia ada 29.8 juta manusia.
Dari bilangan itu, hanya 222 dan 576 orang ditakdirkan menjadi politikus diperingkat kepimpinan tertinggi.

Dari bilangan itu, hanya
1 PM
1 TPM
20 Jemaah Menteri

10 MB
3 KM
EXCO kurang lebih dalam 140 orang

dan pada pikiran kita, mereka terpilih kerana mereka bijak, pandai, disukai orang dan berbakat besar.

TAPI JIKA ANDA FIKIR BEGITU... ANDA MELAKUKAN KESILAPAN YANG AMAT BESAR!