Khamis, 1 Mei 2014

ANARKIS SERANG WARTAWAN TAK BERDOSA

Biar gambar berbicara
Sudah ambe katakan ..
Hak himpun aman bila diberikan kepada puak anarkis akan tetap menjadi street fighter punya acara dan pesta keganasan.
Sekarang hangpa nilai sendiri.... dimanakah yang dikatakan puak anrkis perjuangkan hak rakyat?

Depa juga bergasak sesama sendiri.
Dah ada gosip tersebar mengatakan akibat bergaduh sesama sendiri ada kematian akibat ditikam.

Apapun lah..ternyata himpunan 1Mei bukan perjuangkan hak rakyat.
Ianya lebih kepada puak anarkis mabok darah dan tunjuk ganas.

PUAK PERUSUH ANARKIS DAP PKR PAS PSM HARI INI BIKIN PERTUNJUKAN SARKIS LAWAK SAKIT MENTAL KRONIK PALING BEBAL & BANGANG.

Bagi ambe, mereka bukan pejuang hak rakyat atau pejuang kebebasan untuk keadilan saksama.
Tapi mereka adalah badut-badut sarkis politikal yang sakit mental kronik. 

Memang mereka akan menggunakan tema yang sedap disebut lidah tak bertulang dan halwa telinga.
Namun hakikatnya, mereka sendiri pun tak faham motif dan makna sebenar slogan-slogan kemusnahan yang diperhiasi indah dengan sandaran kepada hak rakyat. 
Mereka hanya mencari kepuasan sifat keganasan (naluri haiwani) yang terbit dari kegagalan mereka mengenderai hawa nafsu mereka sendiri.

Mereka tidak membina dan memberikan sebarang manafaat tapi mereka hanya tahu membinasa dan menghancur leburkan semua jenis nikmat dan manafaat.
Dan mereka begitu berbangga sekali melakukannya.
Kebanggaan yang lahir dari sawan-sawan ideologi dan budaya anarkis, revolusi dan sosialis sempit.

Hanya mereka yang berpenyakit hati dan sakit mental kronik sahaja memilih keganasan jalanan berlabel revolusi berslogan bantah sampai tumbang untuk menafikan semua kebaikan dan keamanan dalam negara.
Mereka adalah sampah-sampah masyarakat yang busuk lagi membusukkan.