Rabu, 8 Januari 2014

SEMUA POLITIKUS DARI PR @ BN SUDAH WAJAR LETAK JAWATAN TERUTAMA POLITIKUS KAUM MUDA @NajibRazak

MALAYSIA hadapi satu penyakit merbahaya. Golongan politikus Malaysia semuanya tak boleh pakai langsung. Tiada persefahaman dan tiada kerjasama diantara mereka demi kepentingan rakyat. Kehidupan rakyat semakin menekan dan semakin tertindas dengan karenah politikus yang sentiasa pijak perot rakyat setiaphari.

Politikus Malaysia masakini adalah spesis paling biadap dan kurang ajar serta banyak cakap tapi kerja tak pandai. Semua mengaku pandai tapi sebenarnya tengkorak mereka kosong tiada otak. 24 jam kerja mereka hanya berpolitik. Kebajikan rakyat terbiar dan tidak dihiraukan langsung.

Taraf hidup rakyat di bandar dan diluar bandar masih tak banyak berubah. Yang banyak berubah ialah kehidupan para politikus. Kalu dulu, bawa proton saga kini boleh beli mercedes dengan plat PIG. Kalau dulu gaji ciput sekarang gaji mereka naik berlipat kali ganda.

Rakyat dizalimi dan dianiayai oleh kedua belah pihak demi kepentingan perot para politikus dan anak-beranak mereka sahaja. Satu sen diberikan kepada rakyat dan 99 sen mereka ambil. Mereka kata semuanya kerana usaha mereka. Rakyat patut bersyukur dan jangan kufur nikmat. Rakyat jangan jadi pemalas nak mintak subsidi, dan bla ... bla ... bla ... bla ...politikus poket sendat akaun penuh kosong, kosong,kosong,kosong, kosong, kosong kosong, memanglah boleh cakap camtu. Tidur bertilam empuk didalam rumah bernilai berjuta ringgit. Dan boleh hisap curut yang harga sebatang melebihi gaji sebulan mak cik cleaner.

Politikus sentiasa menyesakkan kepala otak rakyat dengan isu-isu politikal yang bersifat retorik dan memperbodohkan rakyat sepanjang masa. Politikus golongan muda pula lebih banyak berkhayal dalam jamban mengenai kehebatan diri mereka. Walhal, belum tentu mereka mampu tandingi kehebatan Stopa Ali dan Anwar Ibrahim diatas ranjang.

Kononnya Laifsetail sekati dua tahil dan sikap anarkis adalah semangat anak muda. Ya semangat nak masuk kubur lebih cepat dan menjahanamkan negara. semuanya nak diubah oleh perlancapan minda politikus muda yang hanya tahu dan prihatin berapakah harga segelas kopi di hotel lima bintang berbanding harga sekilo kopi yang dijual dipasar malam. Politikus muda hanya pandai bercakap , bergaya dengan fesyen terbaru, berposing untuk instagram, fesbuk dan twitter, hanya copy n paste kata-kata falsampah yang ntah hapa-hapa setiaphari selama lima tahun.

Politikus Muda sekolah tak cukup syarat kelulusan wajib dalam semua matapelajaran KEMAHIRAN HIDUP.

Rakyat terus tertekan dengan sikap lewa dan banyak politking politikus yang siangmalam merompak sana sini dan menipu dengan bermacam-macam slogan 'Perjuangan'. Apa sudah jadi kepada Malaysia kini? Tiada lagi pejuang sejati dikalangan politikus. Yang ada hanya perebutan kuasa dan perebutan kontrak bernilai berbilion ringgit.

Sampai bila rakyat dari semua kaum dan semua agama sanggup bertoleransi dengan semua politikus masakini di Malaysia? Pada akhirnya nanti, politikus kaum muda akan hilang jatidiri mereka sebagai manusia dan sifat insan mereka. Manakala politikus veteran dan otai pula akan menempah tiket ke sorga atau ke neraka mengikut amalan mereka sendiri dan apa yang mereka tinggalkan.

Era zaman kerajaan tahu semua yang baik sudah berakhir, sekarang ini era zaman politikus semua tak tahu hapakebender yang mereka buat seharian. Yang mereka tahu, makan tidur lepak , berak dan kencingkan rakyat selagi usus mereka dan ginjal mereka mampu melakukannya.