Isnin, 14 Oktober 2013

SALAM AIDILADHA - BERKORBANLAH SELAMA TIGA HARI UNTUK MENGECAPI NIKMAT KORBAN.


Malam ini kita bersama-sama bertakbir dan bertahmid.
Pagi esok, kita berjemaah Solat Sunat Aidiladha
Mana yang berkemampuan, maka lakukan korban.
Sesungguhnya, ISLAM ITU LEBIH TINGGI DARIPADA MANA-MANA PARTI POLITIK.
Tiga Hari Allah Ta'ala kurniakan kepada kita semua selaku umat Islam, merayakan dan merasai kegembiraan melakukan korban. 
Apakah kita semua sudah hilang daya dan upaya untuk menahan diri dan membuang seketika segala persengketaan, kebencian dan permusuhan?
Jika kita gagal berbuat demikian bermakna apakah jenis manusia kita ini?
Sepatutnya kita semua bergembira menyambut Aidiladha ini sebagai kurniaan pemberiaan daripada Allah Ta'ala kepada kita. 
Seharusnya kita menghayati makna pengorbanan dalam Islam dan bukan mengikut mana-mana fahaman politik. 
Lupakan seketika rasa permusuhan dan kebencian dan bersama kita hayati erti Pengorbanan. 

Dengan rendah diri ambe mohon maaf kepada semua pemimpin, sahabat, rakan, kawan dan lawan. 


KES THE HERALD - ISLAM MENANG TAPI PUAK LIBERAL SARKAS MENANGIS TERESAK DENGAN PUAK GEREJA.

Tak perlu nak tulis dan ulas panjang.
Hari ini mahkamah putuskan the Herald tak boleh gunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka. Arahan Menteri KDN tetap terpakai dan tak dimansuhkan oleh arahan lain.
Kes ni jauh berbeza dengan apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak. Ataupun kesilapan politikal membenarkan Bibel bahasa Indonesia diedarkan untuk kegunaan penganut kristian di sana.
Sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia yang menyatakan Agama Islam ialah agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan, keputusan mahkamah itu adalah keputusan yang bukan bersifat prejudis dan menindas kebebasan beragama.
Ambe cuma nak ulas disini tanpa prejudis dan prasangka jahat, mengenai perilaku dan reaksi ketua- ketua orang muda dalam UMNO PAS DAP PKR dalam isu ini. Nampaknya mereka bersepakat dan bersetuju sesama mereka untuk tidak hadir tunjuk muka mereka dimahkamah. Mungkin mereka malu agaknya.
Terutama ketua pemuda Pas dan Cif Liberal Sarkas. Mungkin mereka malu dan merasa aib jika dilihat menyokong dan mempertahankan perjuangan Kalimah Tauhid.
Takpalah. Mungkin mereka ada jawapan lain kepada malaikat mungkar mangkir dalam.kubur bila ditanya MAA ROBBUKA?
Saidina Abu Bakar, saidina Umar dan saidina Ali pernah berkata, jika hendak tahu apa jenis masyarakat sesuatu kaum dimasadepan, tengoklah anak-anak muda mereka. Nak tengok anak-anak.muda kita tengok ketua-ketua mereka. Maka jelaslah kepada kita, bagaimana rupanya masyarakat kita dimasadepan. Mungkin nama malaikat kiri dan kanan mereka pun tak tahu dah.
Pemikitan progresif adalah acuan liberal. ACUAN LIBERAL TIDAK PERNAH MENJADIKAN AGAMA SEBAGAI PANDUAN DAN PEGANGAN MEREKA.
Ya, kita bisa saja lihat mereka mengaji Al Quran, bersolat, mengimamkan solat, berceramah hebat memukau, berpuasa, menunaikan zakat dan mengerjakan haji, tapi jiwa mereka adalah jiwa nasrani dan majusi.
Mereka mungkin ada otak bijak tapi hati mereka amat jahil.
Sudahkah kita nampak bahawa ketua-ketua mereka membawa zaman Mulkan Jabbariyah , zaman dimana ramai manusia direkrut ikut iblis dan syaithon.
Mereka selaku ketua-ketua anak muda dan pemimpin masadepan memberitahu kepada kita bahawa mereka adalah pelacur sejati liberalisma.
Selamatkan anak-anak anda daripada cengkaman mereka.