Selasa, 8 Oktober 2013

Parodi PAU

Salam berbahagia kepada semua para penonton. Malam ini, kita bakal menyaksikan perlawanan adik-beradik dalam Liga PAU. Siaran langsung ini ditaja sepenuhnya dari Tabung (pssttt apa nama tabung? ... jap I check... ooo .. bukan Tabung laaa .. Abis tu? .. Derma Ikhlas saudara-mara.. ) ehem... siaran langsung ini ditaja sepenuhnya oleh Derma Ikhlas Saudara-mara. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pengadil terdiri daripada , kaum kerabat dan saudara-mara juga. Dan bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan dalam keluarga, tiang gol hanya satu sahaja. Itulah keistimewaannya dalam Liga PAU ini. Tidak seperti EPL dan Liga Perdana Malaysia atau League A Italia, liga PAU ini hanya tiga tahun sekali sahaja. Bagi merebut Piala Liga PAU. Kesemua pemain kecuali Kapten Pasukan dan Timbalan Kapten dikekalkan. Pemain lain kecuali mantan Pemain Sayap P, tidak diberikan pengecualian. Owh, ini kerana Jawatankuasa Pemilihan kata, mantan Pemain Sayap P lebih banyak jasa daripada mana-mana pakcik yang pernah jadi Pemain di bahagian Tengah. Tapi takpa, ini bukan Liga nak berlawan. Ini Liga Persaudaraan Adik-beradik. Saja suka-suki nak bermain sesama sendiri setiap tiga tahun. Tiang gol pun satu jer. Jadi tiada yang kalah kecuali Pemenang Sahaja. Yang ada cuma Pengalah dan Penarik Diri sahaja. 

Untuk pengetahuan para penonton semua, setiap pemain diberikan bukan sebiji bola, tapi berbiji-biji bola. Selagi mampu disepak, selagi itu sepaklah bola-bola yang ada. Dan dalam perlawanan ini juga, Tiada Penjaga Gol ! Ini bagi memastikan semua pemain adalah Pemenang ! Waima ada yang kaki bangku. Baiklah, peraturan perlawanan seperti berikut, .. (pssttt mana ? .. Mana apa? ... Buku ... Buku apa? ... Buku Peraturan laaaaa! .. Oooops .. sori penaja tak sediakan banyak-banyak ... errr ko goreng je la apa yang patut) .. errr ... Ehem ! Buku peraturan sedang diedarkan... (Ok tak goreng ne? .. Ok ...Ok ...Ok...) Sebelum permainan dimulakan, semua pemain-pemain diperkenalkan kepada penonton yang membanjiri stadium pada malam ini. Ya, kita dapat melihat semua pemain-pemain sekarang diperkenalkan satu persatu di rostrum oleh jurucakap. Kita dapat mendengar jelas nama dengan nombor jersi yang mereka pakai dan posisi mereka dipadang. 

[Setelah 90 minit berlalu ..... ] , Pengadil meniupkan wisel ! Permainan bermula! ( psstttt ... blom lagi laaa ! .. Owh ye ke? Abis tu pasaipa pengadil tiup wisel? ... Pengadil tiup wisel waktu rehat daaaa ... Haaaa ????) Maaf para penonton, siara secara langsung ini terpaksa ditunda sebentar, sebab pengulas nak buang air kejap.. kejap je .... 

[ Harap jangan sesiapa tersinggung ... anggap saja lawak tak lucu cam bos LPF ulas pasal adegan Namewee kincing Melayu naik motor ... sebenarnya, ambe naik bosan lah plak dengan PAU ini. Pada hemat ambe, PAU ni gempaq je lebih, tapi yang bebenornya, semua calun bukan nak berlawan atau nak bermusuhan, depa sekadar memeriahkan suasana saja. Biasalah, dalam UMNO ini Ukhuwah itu lebih penting, sejak dua menjak Pak Nuor dan balacinya ditendang keluar daripada UMNO dolu !- Bijak Sekarang Bijak Dulu- kepada semua calun-calun tahniah, anda semua berpeluang untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara. Lakukanlah yang terbaik dan ingatlah pesan ini:

KALAU LUPA HAK BANGSA, AKAN JADI BANGSAT
KALAU LUPA HAK AGAMA, AKAN JADI BALA'-BENCANA 
KALAU LUPA HAK NEGARA, AKAN JADI HURU-HARA

POT LUCK TO ALL CALUN-CALUN PAU, YOU ALL SEMUA DA-BEST!

I'M SORRYYYYYY ....