Sabtu, 3 Ogos 2013

Kesemua 222 Tunggul Kayu Di Minta Jangan Permainkan & Mempolitikkan Keselamatan Nyawa Rakyat Lagi.

Kadar jenayah meningkat bukanlah satu perkara yang boleh dipolitikkan, Ini soal nyawa manusia, bukan soal nyawa-nyawa ikan. Ini berkenaan dengan Hak Rakyat mendapat perlindungan dan jaminan keselamatan nyawa dan hartabenda dalam Perlembagaan. Pada hari ini kita selaku rakyat melihat bagaimana 222 Tunggul Kayu setiaphari dok main batu dan bertikam lidah. Tiada tindakan proaktif. Memasing pihak seolah-olah begitu gembira bertemasya maki hamun sesama sendiri sedangkan rakyat di luar di ancam oleh peluru sesat ' Perang Gengster'! Berapa ramai lagi harus terkorban sebelum 222 orang Tunggul Kayu nak sedar?!

Kelembapan dan strategi lembab politik dalam insiden Lahad Datu masih belum cukupkah menjadi pengajaran kepada 222 Tunggul Kayu? Sebaliknya Tunggul Perdana dan Penunggu Tunggul dok riangria gembira memberi pingat kepada bloger cuti-cuti Malaysia. Apa ini? Adakah dengan memberi pingat maka keesokan harinya, Temasya tembak-menembak akan terhenti? Masih belum cukupkah pemerkosaan kepada Perlembagaan dengan memansuhkan I.S.A dan Ordinan Darurat?

Sepatutnya, kesemua 222 Tunggul Kayu segera meluluskan undang-undang pencegahan jenayah atau menggubal sementara undang-undang memberikan kuasa eksekutif tambahan mencegah jenayah. Ini tidak, baik Tunggul Perdana mahupun puak Ketua Tunggul Umum pembangkang masih bermain politik dengan nyawa rakyat ! Dimanakah tanggungjawab dan keprihatinan mereka selaku ahli Parlimen Malaysia yang diamanahkan oleh rakyat ?

Kenapa 222 Tunggul Kayu masih main tarik-tali ni? Keadaan mendesak, keselamatan nyawa dan hartabenda rakyat terancam dek Perang Gengster. Dimanakah kesedaran 222 Tunggul Kayu ini dalam menjaga keselamatan dan melindungi nyawa dan hartabenda rakyat? Jangan lengah-lengah lagi sebarang tindakan untuk melindungi dan menjamin keselamatan nayawa serta hartabenda rakyat! Cukup-cukuplah berpolitik dan membiarkan keadaan begini? Sungguh menakutkan cara 222 Tunggul Kayu termasuk Tunggul Perdana serta Ketua Tunggul Pembangkang bertindak dalam menangani masalah kadar jenayah ini.

Kita selaku hamba rakyat mahu 222 Tunggul Kayu cepat sedar dan mula bertindak. Jangan asik nak syok beri pingat tapi gagal bertindak cepat dalam keadaan mendesak seperti sekarang ini. 

WAKE UP LAH TUNGGUL-TUNGGUL KAYU !

Pemansuhan I.S.A., EO dan Bantuan Sekolah Vernakular Adalah Pemerkosaan Perlembagaan.

POLITIKUS ialah manusia yang bergiat di dalam politik di atas dua tujuan:-
  1. Untuk memperolehi nikmat dan membeli 'sokongan'; dan 
  2. Untuk mengekalkan status-qou kekuasaan, kedudukan, jawatan dan pangkat.

Kelompok politikus tidak berjuang di atas sebarang prinsip, intergriti, kewibawaan dan kepentingan umum. Poket dan perut mereka diutamakan. Politikus tiada setiakawan dan bertindak seperti sekawan serigala berbulu bebiri. Sanggup memijak kepala rakan untuk naik ke atas.

Kelompok Politikus tidak mengenal siapa pembodek, siapa pengampu, siapa yang benar-benar komited dan siapa yang benar-benar berkorban. Kelompok politikus gemar  membela dan menyimpan para pengkhianat di kalangan mereka. Politikus mudah di beli dan tiada sedikitpun sifat keberanian. 


Kadar jenayah semakin meningkat kerana politikus berkuasa. Kerana terlalu ramai para pembodek dan pengampu yang mengipas bontot politikus. Menyebabkan politikus tiada sifat keberanian mahu membantah kehendak pembangkang. Bila I.S.A. dan E.O dimansuhkan , ianya dilakukan atas dasar kebaculan politikus. Bukan berdasarkan kepada mematangkan masyarakat. Aliran sekolah vernakular yang diberikan bantuan kerana politikus mahu 'membeli' sokongan dan undi. Akhirnya, strategi itu memakan diri politikus sendiri. 

Pemansuhan I.S.A. , E.O dan bantuan sekolah vernakular adalah pemerkosaan politikus kepada keluhuran Perlembagaan Malaysia. Agak malang, kerana 13 juta pengundi Malaysia bukan memilih negarawan tetapi politikus yang menjadi tunggul-tunggul kayu cantik di dalam Dewan Rakyat. Malah, kita selaku pengundi bersalah kerana memilih politikus menjadi tunggul-tunggul kayu yang kemudiannya memperkosa Perlembagaan.

Semasa I.S.A dan E.O dimansuhkan, para politikus tunggul kayu, tidak bersedia memantapkan Polis. Kini, setelah temasya tembak-menembak berlaku, barulah politikus tunggul kayu sedar betapa perlunya I.S.A. dan E.O. Begitu juga bila politikus memberi bantuan kepada sekolah vernakular yang akhirnya melahirkan warga Malaysia yang tidak patriotik dan penentang kerajaan.

Teramat malang, kerana tindakan pemerkosaan politikus tunggul kayu kepada Perlembagaan berterusan. Ini kerana para pembodek dan pengampu mereka mempertahankan pemerkosaan itu berlanjutan tanpa remedi. Berbagai slogan dan cogankata politikal murahan di cipta bagi menjustifikasikan pemerkosaan tersebut. Tapi apa faedahnya kepada rakyat dan pembelaan kepada Melayu ?

Selagi politikus menjadi tunggul kayu dan terus memperkosa Perlembagaan, selagi itulah kita mengurut dada kita melihat Perlembagaan terus-menerus diperkosa tanpa belas kasihan. Bila kadar jenayah naik mencanak, ambe lebih cenderung mempersalahkan para pembodek, pengampu dan tukang karut para politikus. Kerana merekalah, pemimpin negara menjadi politikus tunggul kayu. 

Kita perlu mendesak dan menyedarkan para pemimpin bahawa mereka sedang diperkosa oleh para pembodek, pengampu dan tukang karut yang mereka bela sendiri. Selagimana, para pengampu, para pembodek dan tukang karot lebih berkuasa daripada pemimpin, selagi itulah pemimpin menjadi politikus tunggul kayu. Apakah ini yang rakyat mahukan?