Isnin, 15 Julai 2013

Berapa Lama Nak Simpan Tunggul Kayu Bernama Soi Lek Ni?

Norma politik Malaysia, selain menjadikan anggota Dewan Rakyat sebagai Orang Kurang Upaya dan tunggul-tunggul kayu pak pacak, ahli politik Malaysia juga suka menyimpan barang antikuiti di kalangan mereka. Bukan apa, manalah tahu, kot-kot kalau di gosok akan keluarlah Jin Toncet yang mampu mengabulkan tiga permintaan. Cuma, tunggulan kayu bertaraf ankuiti yang di simpan oleh ahli politik Malaysia, tak mampu mengabulkan permintaan tetapi mengabihkan boreh. Itulah perumpamaan yang setimpal dengan Chua Soi Lek.

Kita maklumlah, Soi Lek itu cina bangsanya, sudah tentulah beliau akan perjuangkan apasaja berkenaan cina. Tapi wajarkah Soi Lek selaku tunggulan kayu bertaraf antikuiti dalam BN hanya bersuara mengenai hak dan kepentingan cinabeng? Apakah suara beliau masih ada nilai dan mempunyai kuasa magik menarik semula sokongan cinabeng kepada BN? Sampai kiamatlah dok menunggu si Jin Toncet tu nak kabulkan permintaan BN. 

Kalau terlalu banyak sangat diberikan kepada cinabeng, apa yang tinggal kepada yang lain? Inilah persoalan dan cabaran utama yang perlu segala tunggulan kayu antikuiti dalam lingkungan politik Malaysia perlu menjawabnya dan mendepaninya. Kita tak mahu lagi sok-sek, sok-sek mengenai cina sahaja. Teruk sangat ke Cina Malaysia ini sehinggakan semuanya hendak diberikan kepada mereka dan untuk kesenangan mereka sahaja? Sedangkan, Cina Malaysia begitu berbangga dan sentiasa mendabik dada; bahawa mereka mampu berjaya tanpa sokongan dan bantuan kerajaan. 

Sudah terlalu banyak toleransi dan tolak-ansur yang diberikan kepada komuniti Cina di Malaysia. Tapi mereka berterusan berlagak sombong dan angkuh kerana sokongan dan dokongan ahli-ahli politik yang menjadi tunggulan kayu bertaraf antikuiti. Kononnya, mampu melembutkan hati cina Malaysia. Sedangkan majoriti Cina Malaysia sudah kerasukan para dewata sembahan mereka dan hasutan perkauman DAP yang tak pernah diberikan hukuman setimpal. 

Berat sungguh mulut tunggul-tunggul kayu bertaraf antikuiti di Dewan Rakyat yang nampaknya semakin enggan membuka mulut. Mungkin kerana Jin Toncet dalam lampu ajaib Aladdin berada dalam mulut mereka. Jadi mereka bimbang Jin Toncet kabulkan permintaan rakyat pula. 

PRK Kole Besout, Ke Mana Hala Ahli Politik Hendak Tuju ?

Ini adalah posting duti-free lah. Tidak memihak kepada mana-mana pihak. Hanya pandangan ambe manusia kerdil di antara 29 juta rakyat Malaysia yang risau melihat gelagat ahli politik yang sedang berkempen untuk meraih undi di Kole Besout. Jadi ambe tak menyentuhlah mana-mana peribadi calun. Kerana kedua-duanya adalah bangsa ambe yang beragama Islam, cuma berlainan parti politik sahaja. Pada perkiraan ambe, artikel ambe ni tidak akan menjejaskan dan memprejudiskan mana-mana kempen oleh kedua-dua belah pihak. Cuma ambe ajak semua berfikir dan mengambil iktibar sahaja. 

Kita semua tahu, adat politik ialah 'mesti menang' Kalau tak menjadi pemenang, kuranglah syarat menjadi ahli politik. Bagaimana hendak menang dan takrifan menang, itu bergantung kepada faktor-faktor yang hanya ahli dan pakar politik sahaja lebih arif mengenainya. Persoalannya, adakah dalam faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh ahli politik dalam memperhitungkan kebarangkalian peluang kemenangan mereka di dalam PRK, kebajikan serta kehendak rakyat diberikan keutamaan?

Di dalam mana-mana pertandingan merebut undi dan sokongan untuk menang, ahli politik dengan licik dan bijak memanipulasikan emosi untuk mempengaruhi 'decision-making' kelompok pengundi agar memberikan kemenangan kepada mereka. Cuma bila menang, apa ahli politik lakukan dengan mandat yang diberikan? Ke gaung? Atau setakat memberikan khidmat nasihat kepada orangramai dalam bilik berhawa dingin mereka? Menghadiri kenduri-kendara dan solat berjemaah di masjid?

Kita perlu juga bertanya, ke mana hala ahli politik tuju dengan mandat yang diberikan? Jika jawapan kepada persoalan itu adalah kurang jelas dan tidak menepati kehendak serta aspirasi rakyat terhadap calun-calun, anda sendiri tahulah siapa yang anda perlu pilih bukan? Fikirlah semasak-masaknya dan jangan hanya membuat pilihan tanpa berfikir. Paling tidak berfikir sikitpun tak mengapa. Asalkan berfikir. Sebab, seboleh-bolehnya, ahli politik mahu menguasai fikiran anda dalam membuat pilihan.


Anda perlu mengambil tahu dan kalau boleh bertanya 'on the spot' kepada calun-calun bertanding. Ke mana hala mereka tuju dengan mandat yang diberikan? Ambe yakin, semua pengundi mahukan ahli politik mengikut rentak dan kehendak mereka dan bukan sebaliknya. Untuk itu, kita perlu menilai peribadi dan bahasa badan calun-calun semasa mereka di tanya soalan cepumas tersebut. Jika anda nampak riak wajah mereka macam 'blur' anda sendiri tahulah , kemana hala mereka tuju dengan mandat anda!

Pada hemat ambe, sewajarnya, hala ahli politik tuju dengan mandat yang diberikan ialah mempertahankan amalan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Islam sebagai agama Persekutuan. Di samping, membangunkan taraf sosio-ekonomi rakyat setempat. Dan juga mendidik rakyat setempat dengan satu kesedaran mengenai peri pentingnya politik kepada mereka. Dan membuka peluang-peluang kepada rakyat setempat untuk lebih berdaya saing dan memajukan diri mereka. 

Ambe juga yakin bahawa rakyat Kole Besout tidak mahu , hari ini undi, esok lusa, nama mereka pun dilupakan terus oleh ahli politik yang mereka berikan mandat. Atau, dek kerana mandat yang mereka berikan, tiba-tiba satu usul di Parlimen diluluskan untuk memberi laluan kepada peliwat menjadi Perdana Menteri. Atau, mana-mana akta melindungi agama Islam di tarik balik serta-merta. Atau tiba-tiba, fahaman sosialisma, komunisma, liberalisma dan pluralisma di terima masuk dalam kesepakatan politik. Sendiri mau berfikir dan sendiri mahu ingat kan.....